Hentikan bayaran kepada waris Kesultanan Sulu, kata Karpal

KUALA LUMPUR – Peguam Karpal Singh berkata kerajaan harus segera menghentikan bayaran penyerahan wilayah tahunan sebanyak RM5,300 kepada individu yang mendakwa diri keturunan Kesultanan Sulu.
   
Karpal berpendapat bayaran itu adalah suatu kesilapan terutama selepas Sabah mencapai kemerdekaan dan berkata keturunan Kesultanan itu tidak mempunyai locus standi bagi menerima bayaran berkenaan.
   
“Hanya kerajaan Filipina mengambil beberapa langkah dalam membuat tuntutan ke atas hak wilayah Sabah kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), namun selepas lawatan rasmi bekas Presiden Ferdinand Marcos pada lewat 1960-an dan perlakuan pentadbiran selepas beliau, mereka sudah mengetepikan tuntutan itu.
   
“Ini boleh dilihat dengan jelas daripada tindakan kedua-dua kerajaan yang bersetuju mempertingkat hubungan diplomatik daripada status konsulat kepada duta, (yang membuktikan bahawa) kemerdekaan Sabah diiktiraf kerajaan Filipina,” katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah di sini hari ini.
   
Karpal juga berkata beliau bersetuju dengan pendirian tegas kerajaan yang tidak mahu berunding dengan penceroboh dan penggunaan kekerasan bagi mengusir mereka dari Sabah.
   
“Pasukan keselamatan tidak seharusnya membenarkan sebarang kesilapan keselamatan selanjutnya dengan bertindak segera menghapus segala unsur ekstremis yang mungkin masih wujud di Sabah,” katanya. – Bernama

Advertisements

Kenyataan Tuanku Datu Mudarasulail Kiram Mengenai isu pencerobohan di Sabah

The Sulu sultanate says it leased Sabah to the British North Borneo Co. in 1878, an agreement Malaysia views as a cessation of territory.

Peristiwa Tembak Menembak di Pasar Lahad Datu, Sabah

Peristiwa dan Video lama, namun Wajar direnung kembali.

North Borneo (Sabah) Adalah Rumah Kami – Sultan Sulu

North Borneo (Sabah) Adalah Rumah Kami - Sultan Sulu

“Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri?
Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami)…” – Sultan Sulu

Sultan Sulu Bertitah