“Saya tidak tahu kenapa.. – (Laporan Dakwah Sabah)

“Saya tidak tahu kenapa hati saya tertarik kepada Islam walaupun ditentang oleh anak-anak saya, hati saya berkata, saya tetap memeluk Islam.” – Gembala (penggerak dakwah) Kristian di Kanibungan, Sabah

Gembala (penggerak dakwah) Kristian di Kanibungan telah memeluk agama Islam dalam ucapannya dia berkata, “Saya tidak tahu kenapa hati saya tertarik kepada Islam walaupun ditentang oleh anak-anak saya, hati saya berkata, saya tetap memeluk Islam.” Demikian ucapan beliau setelah mengucap syahadat pada 12 Februari yang lalu. 

Laporan Dakwah Al-Fadhil Ust Abd Halim Abas

Advertisements

Inikalilah orang-orang Dusun!

Isnin 10.03 pagi 24/4/2006

Di Rumah Azman Badit Pasir Putih, Putatan

Basmalah wal hamdalah

Turki menjadi menjadi empayar Uthmani telah melahirkan pewaris-pewaris sunnah Rasulullah SAW melalui tazkiah dan tarbiah. Bangsa yang tak punya apa- apa dan tak dipeduli orang telah bangun menjadi pembela agama yang luar biasa. Luar biasanya sungguh mengejutkan sejarah. Ketika dunia Islam telah kucar kacir maka bangun Turki sebagai benteng pertahanan Islam yang gagah perkasa.

Di Malaysia bahkan di Asia Tenggara suku Dusun lah yang paling akhir memeluk Islam. Ghirah kepada agama yang baru bagi mereka mendorong mereka membentuk sikap mahu tahu dan mahu bertindak, beramal dengan perintah-perintah Allah dan Rasulnya. Hanya yang diperlukan kepada mereka ialah murabbi yang sanggup bertungkus lumus mendidik dan membimbing mereka dengan sabar.

Pemikiran mereka masih dekat kepada kaum fitrah memungkinkan mereka teguh dengan pegangan yang baru. Mereka tidak punya sejarah pertikian mazhab dan tidak punya sejarah penyelewangan akidah. Yang mereka alami hanya gelap kekufuran dan cerahnya keimanan.

Yang diperlukan sekarang ialah gembala atau murabbi yang ikhlas dalam mendidik mereka untuk bangun jadi kaum mujahidin. Mempertemukan murabbi yang ikhlas dan mempersiapkan gelanggang latihan utntuk saudara-saudara baru atau mereka yang baru mendalami syariat adalah tugas kita bersama. Inilah peluang terbaik dalam membangkit kembali agama ini melalui kaum-kaum muallaf saudara-saudara baru ini.

http://www.alrisalah111.com/

Protests Over Anti-Islam Film in Moscow

This slideshow requires JavaScript.

Syeikh Imran Hosien May 17 Interview by Morris

Manhaj Politik UMNO & PAS

UMNO (United Malays National Organization)

UMNO menggunapakai ijtihad Sheikh Ahmad Al-Fathani sebagai manhaj siasah mereka; iaitu menekankan kepada penguasaan ilmu dan kepandaian meliputi segala bidang serta strategi politik yang berkesan sebagai wasilah perjuangan untuk membina tamaddun bangsa Melayu yang muafakat dengan syarak. Ijtihad Sheikh Ahmad Al-Fathani adalah berdasarkan penyaksian terhadap faktor-faktor kegemilangan dan kejatuhan Daulah Uthmaniyah. Pemikiran beliau boleh dirujuk melalui Kitab As-Siyasatu wat Tadbir, Kitab Jumanah At-Tauhid (1876), Kitab Tashil Nail Al-Amani (1882), Kitab Al-Fatawal Fatahaniyah (1889), Hadiqul Azhar War Rayahin (1890) dan Kitab Mir-at Al-A’ajib (1906)

PAS (Parti Islam Semalaysia)

PAS pula berpegang kepada ijtihad Sheikh Abdul Qadir Al-Mandili, iaitu anak murid kepada Pak Cu Him dan Pak Da Eil (sepupu Sheikh Ahmad Al-Fathani) sebagai mazhab politik mereka; iaitu dengan mewajibkan umat Islam menyertai PAS untuk menolak pemikiran nasionalisme, undang-undang penjajah, kepemimpinan bukan Islam dan mewajibkan perjuangan menegakkan negara Islam. Ijtihad Sheikh Abdul Qadir Al-Mandili adalah ekoran daripada lahirnya pelbagai fahaman barat yang menolak Islam. Pemikiran beliau boleh dirujuk melalui buku-buku karangan beliau sendiri seperti Pendirian Agama Islam (1956), Islam : Agama dan Kedaulatan (1959), Kebagusan Undang-undang Islam dan Kecelaan Undang-undang Ciptaan Manusia (1961) dan Siasah dan Loteri dan Alim Ulama (1962)