Malaysian Revolution: Anonymous Survival Guide for Citizens

anonymous(27191)

 

Klik utk Download:-

 

Survival-Guide-During-Revolution

Analisis: Pencerobohan Lahad Datu Oleh ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ – By Andak Jauhar

gempur

1. Siapakah Yang Menceroboh?

Kumpulan penceroboh yang dikenali sebagai ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ (The Royal Sulu Sultanate Army)1 datang dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira 200-400 orang, dengan 20-100 orang daripada mereka bersenjata2. Kumpulan ini diketuai oleh ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram, adik kepada ‘mantan sultan’ Jamalul Kiram III dan ‘sultan’ Ismael Kiram II.3 4 Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk jawatan senator dalam pilihanraya Filipina.

tenterasultan

2. Adakah Kumpulan Penceroboh Ini Mewakili Kesultanan Sulu?

Tidak.

Ini kerana kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat dua pihak utama yang mengaku sebagai Sultan Sulu:

Pertama, Muedzul Lail Tan Kiram, anak kepada Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina, Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram. Beliau dilantik sebagai Raja Muda pada hari penabalan bapa beliau sebagai sultan.

Kedua, Ismael Kiram II, abang kepada ketua penceroboh, ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram.

mahakuttah

Majlis penabalan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai Sultan Sulu pada 1974. Kelihatan sedang berjalan ialah anak beliau, Muedzul Lail Tan Kiram, yang ditabalkan sebagai Raja Muda. Kumpulan penceroboh ialah pengikut Ismael Kiram II, yang tidak pernah ditabalkan sebagai Sultan Sulu yang diiktiraf oleh kerajaan Filipina.

3. Apakah Tujuan Kumpulan Penceroboh?

‘Mantan sultan’ Jamalul Kiram III menyatakan bahawa kumpulan ini ingin menjadikan Sabah sebagai ‘rumah’ mereka:

“Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami). Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami”.2

4. Adakah Filipina Pernah Membuat Tuntutan Terhadap Sabah?

Ya.

Filipina membuat tuntutan terhadap Sabah kerana menganggap Kesultanan Sulu, yang pernah berpusat di Filipina, memiliki hak ke atas Sabah.

Setiausaha Kehakiman, Kementerian Luar dan Pejabat Presiden Filipina kini telah diarahkan untuk melakukan kajian mengenai tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.5

5. Adakah Malaysia Boleh Membuat Tuntutan Terhadap Wilayah Milik Filipina Sekiranya Kesultanan Sulu Menjadikan Sabah Sebagai Pusat Pentadbiran?

Sabah tidak pernah menjadi pusat Kesultanan Sulu.

Malah, Sabah dianggap kurang penting oleh Kesultanan Sulu sehinggakan ia diserah kepada British North Borneo Company pada 22 Januari 1878.

Pusat Kesultanan Sulu terletak di Maimbung, Jolo.

maimbung

Istana Sultan di pusat pentadbirannya di Maimbung, Jolo. ‘Kesultanan Sulu’ tidak memiliki apa-apa kuasa politik di Jolo tetapi mahu menuntut kuasa politik di Sabah.

6. Adakah Pihak Di Malaysia Yang Menyokong Tuntutan Kesultanan Sulu Ke Atas Sabah?

Wakil The Manila Times di Mindanao, Al Jacinto, melaporkan bahawa pencerobohan ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ berlaku ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua Pakatan Rakyat, mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.6

manila

The Manila Times melaporkan bahawa pencerobohan ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ berlaku ketika Dato’ Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.

ABS-CBN News melaporkan bahawa kumpulan penceroboh tersebut telah dijemput oleh seorang ahli politik pembangkang:

A Philippine military officer interviewed by Reuters also said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu – an island group off the southern Philippines – who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.7

(Seorang pegawai tentera Filipina yang ditemuramah Reuters juga berkata bahawa kumpulan tersebut merupakan pengikut kepada waris Sultan Sulu – sebuah kepulauan di selatan Filipina – yang diundang ke Sabah oleh seorang ahli politik pembangkang Malaysia untuk membincangkan isu tanah.)

abs

ABS-CBN News melaporkan seorang pegawai tentera Filipina memberitahu Reuters bahawa kumpulan penceroboh telah diundang seorang ahli politik pembangkang.

The Star melaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika ditanya samada laporan yang mengatakan bahawa pihak pembangkang menjemput kumpulan penceroboh tersebut ke Sabah adalah benar, menjawab:

Who is the one who gave it?8

(Siapa yang beri?)

7. Benarkah Malaysia Membayar Sewa Kepada Filipina Untuk Sabah?

Tidak.

Malaysia membayar ‘cession money‘ sebanyak USD5,000 setiap tahun kepada waris Sultan Sulu.

Cession money‘ ialah bayaran penyerahan, dan bukan bayaran sewa. Selain Sabah, terdapat wilayah-wilayah lain di dunia yang diserahkan (ceded) dengan bayaran, contohnya:

1. Louisiana, diserah oleh Perancis kepada Amerika Syarikat dengan bayaran berjumlah USD15 juta, atau kurang USD0.03 seekar.
2. Alaska, diserah oleh Russia kepada Amerika Syarikat dengan bayaran USD7.2 juta, atau USD0.02 seekar.

cession

8. Apakah Wilayah Yang Menjadi Hak Kesultanan Sulu?

Royal House of Sulu9, laman web rasmi Muedzul Lail Tan Kiram, mendakwa bahawa wilayah-wilayah yang menjadi hak Kesultanan Sulu termasuklah Jolo, Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina, selain Sabah dan Pulau Balambangan di Malaysia. Kepulauan Spratly juga didakwa di bawah hak Kesultanan Sulu.

Jolo, Basilan dan Tawi-Tawi sekarang berada di dalam wilayah pentadbiran Filipina yang dinamakan ARMM (Autonomous Region in Muslim Mindanao – Wilayah Autonomi Muslim Mindanao). ARMM dicadang untuk digantikan dengan wilayah autonomi baru yang dikenali sebagai Bangsamoro.

9. Adakah Filipina Mengiktiraf Kesultanan Sulu?

Tidak.

Kali terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Sultan Sulu ialah pada 24 Mei 1974 apabila Presiden Filipina ketika itu, Ferdinand Marcos, mengeluarkan Memorandum Order No. 427 yang menabalkan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai sultan.

Sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram, kerajaan Filipina tidak pernah lagi mengiktiraf mana-mana individu sebagai Sultan Sulu.

427

Memorandum Order No. 427 ialah bukti terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Kesultanan Sulu. Tiada sebarang memorandum dikeluarkan untuk mana-mana individu yang mengaku ‘sultan’ selepas itu. Filipina tidak mengiktiraf Kesultanan Sulu tetapi pernah menuntut wilayah yang kononnya masih menjadi hak Kesultanan Sulu.

10. Adakah Ini Bermakna Filipina Memanipulasi Kesultanan Sulu Untuk Menuntut Sabah?

Filipina dilaporkan pernah memulakan ‘Operation Merdeka‘ pada 1967, satu operasi ketenteraan untuk melatih pasukan komando daripada etnik Tausug dan Sama yang beragama Islam bagi menimbulkan ketidakstabilan dan kacau-bilau di Sabah.

Namun, sebaik sahaja mengetahui matlamat sebenar operasi ini ialah untuk memerangi kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam, pelatih-pelatih etnik Tausug dan Sama ini telah menuntut agar dihantar pulang. Walau bagaimanapun, Pasukan Bersenjata Filipina (AFP – Armed Forces of the Philippines) dikatakan telah menembak mati para pelatih ini. Dilaporkan seramai 11-64 orang telah mati ditembak. Kejadian ini dikenali sebagai Jabidah Massacre (Pembunuhan Jabidah) atau Corregidor Massacre (Pembunuhan Corregidor).

William Larousse10, Michael Leifer11, Andrew T. H. Tan12 dan Alfred W. McCoy13adalah antara para penulis yang telah melaporkan kejadian ini.

11. Apakah Peluang Filipina Untuk Menuntut Sabah Sekiranya Kes Ini Dibawa Ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)?

Tipis.

Pertama, kerana waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.

Kedua, kerana Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.

Geran pajakan yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.

Ketiga, geran pajakan yang ditandatangani antara British North Borneo Companydan Kesultanan Sulu itu telah diatasi oleh Protokol Madrid 1885.

Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah:

Article 3

The Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government, all claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in the past, to the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along the coasts and which form part of the territories administered by the Company styled the ‘British North Borneo Company’.

(Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah benua Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang berhampiran, dan semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di sepanjang pesisir pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh Syarikat yang digelar ‘British North Borneo Company‘.)14

Keempat, Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.

Kelima, kerajaan Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.

Keenam, laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British diteruskan.

Ketujuh, Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah “ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka” (“wish to bring their dependent status to an end and to realize their independence through freely chosen association with other peoples in their region”).15

Kelapan, jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan milik mereka.

Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini.

By: AndakJauhar

 

 

 

1. “Sulu sultan’s army stakes Sabah claim,” philstar.com, 16 Februari, 2013,http://www.philstar.com/headlines/2013/02/16/909400/sulu-sultans-army-stakes-sabah-claim

2. “Pengikut Sultan Sulu Tidak Akan Tinggalkan Lahad Datu,” mStar Online, 18 Februari, 2013, http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/2/18/mstar_berita/20130218160807&sec=mstar_berita

3. “Salasilah Hubungan Kesultanan Brunei-Suluk,” SMJ-Site,http://www.freewebs.com/julabbi_cairo12/familytree.htm

4. “The true Sultan of Sulu,” http://www.fakesulusultans.com/

5. “Gov’t to assess Sabah claim,” BusinessWorld Online, 21 Februari, 2013,http://www.bworldonline.com/content.php?section=Nation&title=Gov%E2%80%99t-to-assess-Sabah-claim&id=66237

6. “Our Sultan of Sulu and Sabah,” The Manila Times Online, 16 Februari, 2013,http://www.manilatimes.net/index.php/opinion/editorials/41591-our-sultan-of-sulu-and-sabah

7. “‘Royal Sulu Army’ in Malaysia stand-off,” ABS-CBNnews.com, 15 Februari, 2013,http://www.abs-cbnnews.com/nation/02/14/13/royal-sulu-army-malaysia-stand

8. “We did not invite Sulu gunmen, says Anwar,” The Star Online, 22 Februari, 2013,http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/2/22/nation/12745258&sec=nation

9. “Sultan of Sulu,” Sultaniyyah Sin Lupah Sughttp://www.royalsultanateofsulu.org/#!sultan-of-sulu

10. William Larousse, A Local Church Living For Dialogue: Muslim-Christian Relations in Mindanao-Sulu (Philippines), Editrice Pontificia Universita Gregoriana, 2001.

11. Michael Leifer, Michael Leifer: selected works on Southeast Asia, Institute of Southeast Asian Studies, 2005.

12. Andrew T. H. Tan, A Handbook of Terrorism and Insurgency in Southeast Asia, Edward Elgar Publishing Limited, 2007.

13. Alfred W. McCoy, Policing America’s Empire: The United States, The Philippines, and the Rise of the Surveillance State, The University of Wisconsin Press, 2009.

14. “Case Concerning Sovereignty Over Pulau Ligitan And Pulau Sipadan,”International Court of Justice, 17 Disember, 2002, http://www.icj-cij.org/docket/files/102/7714.pdf

15. “Case Concerning Sovereignty Over Pulau Ligitan And Pulau Sipadan,” World Court Digest, 23 Oktober, 2001,http://www.mpil.de/ww/en/pub/research/details/publications/institute/wcd.cfm?fuseaction_wcd=aktdat&aktdat=201010200400.cfm

Sabah: Ground Zero

Sabah – A prized catch

Gabungan Pribumi Prihatin Sabah (Coalition of Concerned Sabah Natives)

The incident involving a large group of Sulu warriors (Royal Army of Sulu) currently locked in a standoff with Malaysian authorities at Lahad Datu in Sabah is not merely about the Sultanate of Sulu enforcing its ancestral claims on Sabah.

Do not be misled as this current unfolding of events is the beginning of a much sinister ploy. Sabah is ground zero in a conspiracy perpetrated by very powerful entities and the Filipino Muslims rebels currently at standoff with Malaysian authorities are merely pawns in a game where lives are ‘meant’ to be lost for a deceptive cause. Claims that Sulu warriors landed in Sabah because the Sulu Sultanate was left out of the recent peace process brokered by Malaysia between Moro Islamic Liberation Front (MILF) and the Philippines Government is NOT REALLY THE FACT!
The following are some facts and evidence that reveal why Sabah is Ground Zero:
 
1. The SMOKESCREEN?
 
This ship – USS GUARDIAN – ran aground in Tubbataha Reefs in Philippines on Jan 17, 2013.
 Image

The USS Guardian, after it ran aground in Tubbataha Reefs is pictured on Jan. 17, 2013, by the Armed Forces of the Philippines Western Command.

 
This ship was ‘deliberately’ made to sail off-course. Imagine with the latest equipment on board and having sailed through the same route many times, this minesweeper ship was unable to differentiate the reefs from the waters.

Despite being warned repeatedly by Tubbataha Reef Marine Rangers, the USS Guardian commander refused to listen and stop.

He even ordered his crew to get into ‘battle position’ when the rangers tried to get on board to make a routine inspection on the ship after it ran aground.
Until today, it remains a mystery: Why were they even near Tubbataha? The Sulu Sea is so vast, and it takes hours from Puerto Princesa to reach it. Why couldn’t they see it when they had all the state-of-the-art maps and navigation systems?” asked Jose Ma. Lorenzo, World Wildlife Fund-Philippines chief executive officer.

THIS is what Philippines Department of Transportation and Communication SecretaryJoseph Emilio Abaya said of the US Sailors on board USS Guardian:  “Some say they probably enjoyed too much of an RnR in Subic, some said error in digital charts, some say they were doing a different thing there on their own…..”

In other words, the Secretary was trying to imply that USS Guardian was running its own ‘clandestine’ operation.
(For further read on the USS GUARDIAN issue, please go to: http://globalnation.inquirer.net)
Could it be that this incident created a smokescreen for some other activities to take place in the Sulu Sea and adjoining Celebs Sea?
* The date of the incident was Jan 17, 2013.
* Members of the self-styled Royal Army of Sulu invaded Sabah on Feb 11, 2013, which is 24 days later.
There was a flurry of activities involving US ships as well as rescue and salvage ships in the Sulu Sea since the Jan 17 incident at Tubbahata Reef region. As a matter of fact, the crew on board USS Guardian were quickly rescued and whisked away to a Japan safe zone. Why were they not brought to Philippines which is the most logical thing to do? Could it be that all this activities that ensued in the Sulu Sea could have provided an opening for hundreds of speed boats with Sulu warriors to sail into Sabah undetected?

Something is just not right with the USS Guardian.

2. The BACK CHANNEL MAN aka DOUBLE AGENT
 Image
Philippines Senator Antonio ‘Sonny’ Fuentes Trillanes IV, a former Navy Lieutenant is the man who knows exactly what is going on Sabah.
Trillanes IV (born 6 August 1971 in Manila, Philippines) is a Philippine military and political figure. (You can find his details in Wikipedia). He is best known for his role in the 2003 Oakwood Mutiny when he and a group of 321 armed soldiers took over the Oakwood apartment towers in Makati City, lined them with bombs and threatened to demolish them because they were tired of corruption in the army and called for the ousting of then-President Gloria Aroyo. He is an incumbent Senator of the Philippines, the first Philippine Senator to be elected while in jail.
Now, he has called on President Aquino’s administration to make known its policy on the country’s claim to Sabah and on the standoff between Malaysian security forces and a group of armed warriors loyal to Sultan of Sulu in the eastern Malaysian territory.
Trillanes was President Aquino’s backchannel link to Beijing at the height of tensions between the Philippines and China over a territorial dispute in the West Philippine Sea (South China Sea) last year. Trillanes, as told to reporters in Manila recently, is the person responsible for directly briefing President Aquino on the Sabah situation. But some in Philippines claim he is a double agent.
He is known to get things done by playing to Washington’s tune. When he was advising Aquino during the tensions with China, he did his job fairly well by getting sound advice from the Americans while sweet talking to the Chinese at the same time. Leaked diplomatic cables reveal that one or two American special agents will always be trailing Trillanes each time he met with top Chinese Government officials, be it in China or Manila, during the crisis negotiations. And the Chinese probably knew it too, but they were busy playing their own games with the Americans and the Filipinos.
Regarding the standoff issue in Sabah, Trillanes was quoted as saying: “It was high time the Department of Foreign Affairs articulated the government’s policy on Sabah. Until then we’ll have to withhold further comment because this is a very sensitive issue and it involves the lives of our countrymen in Sabah”.
It appears that Trillanes knows that some lives could be lost in the Sabah standoff.
 
3. Toothless Tiger  Grows FANGS
 Image
Sultan Jamalul Kiram III has been a toothless tiger for a very long time as he is plagued by a lot of problems, from family infightings, health issues, financial difficulty and rivals claiming his throne, more than a dozen to speak.
One just has to read www.fakesulusultans.com to catch a glimpse of how many ‘sultans’ are claiming the one throne in Sulu.
Jamalul Kiram knows his kingdom is not safe in his hands, and he suffers from liver ailment as well as other illnesses, and lives in constant fear that someone will poison him to claim his throne.
But then, suddenly, the toothless tiger Jamalul Kiram grows fangs and claws. He orders his troops, helmed by his crown prince, to invade Sabah knowing very well that the full might of the Malaysian army will be upon his men.
How did this happen? Any by the way, Jamalul Kiram is still undergoing treatment at a Manila hospital for liver ailment.
This begs the question, who is behind Jamalul Kiram’s renewed vigour in claiming Sabah?
Who gave money to the Sulu warriors aka ROYAL SULU ARMY to buy speed boats, fuel, food, clothes and weapons that include M16 and M14 rifles, M16 carbines and M203 grenade launchers?
This only means one thing –
SOMEONE IS BANKROLLING THE ENTIRE OPERATION.
And the troops that came in via sea were taken in and cared by those living in Sabah, reinforcing the fact that sleeper cells have been activated. Sleeper cells are activated when orders are given to them together with funds as proof of an assignment’s authenticity.
 
4. Sulu Royalties Seek AMERICAN Help To Claim Sabah
While poor old Sultan Jamalul Kiram is having it hard in the Philippines, six of his close relatives and heirs are living the American dream. They reportedly have become American citizens.
Upon receiving news that their patriarch is mounting a challenge to reclaim Sabah, Jamalul Kiram’s relatives, nephews and nieces are very excited. They are so excited with the prospects of reclaiming Sabah that they now want the United States and President Barack Obama to help Sultan Jamalul Kiram with his claim.
Former Senator Santanina Rasul, one of  Jamalul Kiram’s relatives and heirs who lay claim over Sabah, told journalists that one of her sons, Abraham Rasul Jr is an American citizen and has right to claim his share in the inheritance of Sabah.
The articles on Sulu Sultan heirs to ask US help on Sabah can be read here:
 
5. Did PKR duo find facts on CONMAN in Manila or did they learn more?
In early February 2013, two PKR politicians from Malaysian went to Manila to probe on Aman Futures Group conman Manuel Amalilion who defrauded Filipinos of 12 billion pesos in a Ponzi scheme.

Image

 
The duo told Malaysians that they are going to Manila on a fact finding mission on Manuel Amalilio and his Aman Futures Group. They took a Friday night flight, stayed in Manila on Saturday and returned to KL the following day.
The Question is – why did they go to Manila on a fact finding mission when almost 99% of victims swindled by Amalilio were in the Mindanao and Visayas regions? After all, Manuel’s office and centre of operations was in Pagadian City, a city that is1,113km away from Manila.
What were they actually doing in Manila?
Did they meet a CIA agent there under instructions from Anwar Ibrahim’s American contact, or did they meet an agent of Nur Misuari, leader of rebel group Moro National Liberation Front (MNLF)?
Or did they meet an agent of Sultan Jamalul Kiram?
After all, the Sultan is undergoing dialysis treatment in a hospital in Manila. Indeed, hours after landing in Manila, they did meet someone who resembled a special agent. It’s no secret that PKR boss has very close ties with the CIA as well as Philippine rebel groups, and is in a position to help US set up a Navy base in Sabah should his coalition form the new federal government (Read http://sabahdigadai.blogspot.com).
 
6. The MANUEL AMALILIO – SULU SULTANATE CONNECTION
 Before we explain further, please read the court proceeding in Philippines as reported in:http://www.sunstar.com.ph/manila/local-news/2012/11/28/pagadian-mayor-wife-charged-syndicated-estafa-255647
Manuel Amalilio was under the radar of Philippines internal security agency for supporting terrorism activities. After all, he took thousands of Filipino Muslims to the dry cleaners by promising to double up their money with his preposterous scam. Many Filipino Muslims supported him because he projected a greater cause, which is to make the poor Filipino Muslim community wealthier.
He was often seen praying five times a day and making frequent quotes from the Holy Quran while speaking to investors.
“Philippines Justice Secretary De Lima confirmed the National Bureau of Investigations received intelligence information stating that the multi-billion peso windfall from Aman’s (futures group) pyramiding scheme is being used to finance the activities of a terrorist group”.
The above is the actual quote from justice secretary Leila Magistrado De Lima as reported in Philippines media after syndicated estafa charges were filed on Pagadian City Mayor Samuel Co and his wife Priscilla Ann in the wake of the Aman Futures Group Scam end of last year. That is the actual reason why Malaysian police scrambled to stop the deportation of the conman at the Kota Kinabalu International Airport on Jan 25, 2013.
 Manuel Amalilio was in a position to provide Malaysian security forces with valuable information on terrorists/rebel groups such as Abu Sayyaf, MNLF and the Royal Sulu Army that could threaten the security in the region.
So despite knowing it would turn out to be a public relations disaster, Malaysian Authorities proceeded to block Manuel’s deportation. The backlash received by Malaysian Authorities was severe but nonetheless, it was justifiable and worth the trouble. During interrogation, Manuel has spilled the beans on who he was feeding the money to, and it appears that he is not only a conman, but an enemy to the state of Sabah.
Dozens of payment from these banks (list provided by Philippines Justice Department) indicate that they could have found its way to the hands of terrorist and rebel groups that wanted to derail the Bangsamoro Framework Agreement for peace.
Among the banks covered by the freeze order (on Aman Group’s assets) were the Land Bank of the Philippines; Bank of the Philippine Islands; Banco de Oro; Unibank; Allied Bank; Bank of Commerce; BPI Family Savings Bank; China Banking Corp.; Citibank, NA; Development Bank of the Philippines, East West Bank; Hong Kong and Shanghai Bank Corp.; Metrobank; One Network Bank; Orix Metro Leasing and Finance Company; Philippine Bank of Communication; Philippine Savings Bank; RCBC; Security Bank; Standard Chartered Bank; Union Bank; UCPB; and Philippine National Bank.
7. The UNSEEN HANDS
The standoff in Sabah, and its timing, validates the fact that powerful, unseen hands are behind it.
There is a resemblance to many uprisings in the world!
Through highly specialised covert operations, the Government of many countries have fallen.
And often, these clandestine operations are carried out by private defence contractors and mercenaries appointed by the US Government.
The situation in Sabah is no different.
8. The SPOILS
Sabah, it appears, is a prized catch.
For the American, there is a dire need to enhance and strengthen their military presence in the Southeast Asia region, especially to contain China’s rising power. After Philippines closed its doors on US Clark Naval Base, America has since been looking for another base, ideally in the South China Sea.
Getting its ‘hands’ on Sabah by backing a new Government that will bend to its wishes will be the ideal scenario for US. There will be a lot of spill-over effects. It should also be noted that Sabah has oil and gas reserves as big as Kuwait’s.
Besides, there are abundant natural resources and vast mineral deposits such as coal, gold, copper, limestone and etc.
As for some Opposition politicians in Malaysia, the fall of Sabah will signify the ruling coalition, one of the oldest Governments in the world, losing its fixed deposit and hence losing power after a rule of 50 over years.
 
CONCLUSION
The standoff in Sabah has all the trademarks of a cleverly orchestrated plan to topple the current administrators of Sabah with influence from world superpowers. The Sulu Sultanate claim is just a smokescreen.
Common sense will show, if Sulu Sultanate wanted to claim back Sabah, why only NOW ???

Peristiwa Tembak Menembak di Pasar Lahad Datu, Sabah

Peristiwa dan Video lama, namun Wajar direnung kembali.

Imej Malaikat Dalam CCTV

Percaya kepada malaikat adalah antara rukun iman.

Seringkali kita lupa mengenai siapa malaikat dan kenapa wajib percaya Malaikat?

Orang yang sentiasa beringat bahawa malaikat duduk di kanan dan kirinya, mencatit amalan perbuatannya…adalah orang yang sentiasa tertib dan berhati-hati dalam perlakuannya..

Ini artikel mengenai malaikat untuk kita refresh & muhasabah diri…

ambil masa untuk membacanya, insyaallah beroleh berkat:-  …………..

Hubungan malaikat dengan Allah Azza wa Jalla adalah hubungan Ubudiyyah (kehambaan) yang bersih, hubungan taat dan patuh, tunduk yang sempurna kepada segala titah perintah Allah. Inilah hubunga-Nya dan tidak ada hubungan lain. Kerana itu malaikat bukanlah tuhan, bukan puteri tuhan dan bukan anak cucu tuhan sebagaimana kepercayaan orang orang musyrikin dahulu. Firman Allah yang mafhumnya:

“Sebenarnya (malaikat itu) adalah hamba hamba yang dimuliakan. Mereka itu tidak mendahutui Allah dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka (malaikat) dan yang di belakang mereka dan mereka tidak memberi syafa’at melainkan kepada orang yang diredai oLeh Allah. Dan mereka itu selaiu berhati hati kerana takut kepada Nya.” (Al-Anbia’: 26 28)

Dan firman Nya yang mafhum:
“Mereka takut kepada Tuhan dari atas mereka dan mereka melepaskan apa yang diperintah kepada mereka.” 52
Dan finman Nya lagi yang mafhum:

“Mereka tidak mendurhakai Allah akan apa yang diperintah kepada mereka, malah mereka mengerjakan apa yang diperintah.” (An Nahl: 50-53)

Para malaikat adalah salah satu dari makhluk makhluk Allah, sentiasa taat kepada Allah, tidak kuasa membuat sesuatu dengan kekuasaan dari mereka sendiri, tidak boleh memberi sesuatu kepada Allah dengan kekuatan yang diberi kepada mereka. Mereka benar benar taat kepada perintah dan beribadah kepada Nya. Firman Allah yang mafhumnya:

“(Para malaikat berkata): Dan tidak ada siapa pun dari kami ini melainkan adalah di sisi Allah satu darjah yang tertentu. Dan sesungguhnya kami adalah berbaris baris (dalam beribadah kepada Allah) dan kami adalah mereka yang bertasbih memuji Allah.” (As-Saffat: 165-166)

Manakala ini adalah hakikat kejadian para malaikat, sudah tentu termasuk dalam mensyirikkan Allah kalaulah mereka diibadah, diminta pertolongan atau dii’tiqad bahawa mereka mempunyai sesuatu hak kekuasaan. Firman Allah yang mafhum:

“Dan Allah tidak menyuruhkan kamu menjadikan para malaikat dan para nabi sebagai sekutu (bagi Allah), apakah is menyuruh kamu kufur setelah kamu menjadi muslimin.”  (Ali-Imran: 80)

HUBUNGAN MALAIKAT DENGAN ALAM DAN MANUSIA

Apabila hubungan para malaikat dengan Allah adalah hubungan Ubudiyyah dan taat yang penuh kepada perintah Nya, maka hubungan mereka dengan alam dan manusia adalah salah satu cawangan dari ubudiyyah dan ketaatan tersebut.
Ibadah mereka sebagaimana yang diterangkan oleh Allah tidaklah terbatas pada mentasbih dengan memuji dan memuja Allah sahaja, malah ibadah mereka mencakupi pelaksanaan tugas mengikut kehendak Allah iaitu tugas mentadbir, menjaga dan mengurus urusan alam atau makhluk ciptaan Allah yang termasuk setiap gerakan dan perjalanan, setiap yang bernyawa dan tidak bernyawa, setiap hukuman dan peraturan serta meluluskan setiap penentuan Allah mengikut qada’ taqdir Nya pada makhluk ini kesemuanya. Dan melaksanakan kehendak Allah dalam muraqabah (memerhati), mencatit setiap perkara yang berlaku di alam ini, sama ada yang berlaku itu menurut iradah (kehendak) makhluk sendiri atau luar dari iradah makhluk. Mereka diwakili untuk menjaga langit dan bumi, tiap tiap pergerakan dalam alam ini termasuk ke dalam kewajipan yang dipertugaskan kepada mereka mengikut kehendak Allah. Firman Allah yang mafhumnya:

“Maka demi malaikat yang bertugas mengatur urusan.”  (An Nazi’at: 5)

Firman Nya yang mafhum:

“Maka demi malaikat yang membahagikan urusan.”  (Ad-Dzariyat: 4)

Maka ”     ” dan ”      ” adalah para malaikat di sisi ahli iman dan pengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
Al Qur’an dan al Sunnah menjelaskan jenis jenis malaikat yang diperwakili untuk mengurus berbagai bagai makhluk Allah. Untuk mengurus hal matahari ada malaikatnya, begitu juga untuk mengurus hal bulan, cakerawala, bukit bukau, awan, hujan, nutfah (titisan air mani) hingga sempurna kejadian manusia, urusan ajal manusia, kesemuanya ada malaikat yang mengurusnya, sebagaimana untuk mengawal tiap tiap orang hamba, malah tiap tiap makhluk dan kejadian kejadian yang berlaku di cakerawala ini ada malaikat yang mengurusnya.
Tugas para malaikat yang disebut itu tidaklah bercanggah dengan apa yang  dikatakan qawanin (undang undang tabi’i alam ini) dan sebab sebab yang ada hubungan di antara satu sama lain, kerana undang undang tabi’i alam dan sebab sebab itu adalah makhluk Allah juga, maka para malaikat pun diperwakili mengurus dan menjaga undang undang tabi’i slam dan sebab-sebab itu, sebagaimana mereka menjaga makhluk makhluk yang lain:

  1. Seandainya tidak ada kehendak Allah dalam menjaga sebab sebab dan undang undang tabi’i ini
  2. Seandainya tidak ada kekuasaan Allah dalam menugaskan para malaikat untuk menjaga perkara perkara tersebut, nescaya mustahil sama sekali pada akal bahawa cakerawala ini boleh berkekalan selama ini dalam keteraturan dan keindahan penyusunannya.

Ada pun manusia, dengan fitrah hidupnya termasuk ke dalam ri’ayah (jagaan) yang diperwakilkan kepada malaikat, kerana manusia sejenis makhluk Allah di slam ini, malah ia sejenis makhluk yang diutamakan dengan pengurniaan segala apa yang ada di slam ini, sebagaimana firman Allah yang mafhumnya:

“Apakah kamu tidak melihat, Allah telah memudahkan bagi kamu barang yang berada di langit dan di bumi.”  (Luqman: 20)

Maka jagaan malaikat dan ri’ayahnya akan langit, bumi dan segala yang ada di antara kedua merupakan ri’ayah Allah dan pertolongan Nya kepada manusia dalam melaksanakan kewajipan khalifah dan tanggungjawabnya, malah lebih dari itu, para malaikat mempunyai tugas tugas lain berhubungan dengan iradah manusia dalam hidupnya. Tujuannya sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah iaitu untuk memandu manusia ke arah kebahagiaan, membantu mereka dalam hal beribadah dan memilih jalan yang balk dan soleh, menjauhkan mereka dari jalan kejahatan dan kebinasaan. Malaikat sahajalah yang dipilih oleh Allah Rabb al ‘Alamin untuk menyampaikan hidayah Nya kepada manusia penghuni bumi ini melalui para rasul Nya. Dan malaikat yang terpilih untuk tugas ini ialah Jibril a.s. Firman Allah yang mafhumnya:

“Dan sesungguhnya al Qur’an itu turunnya dari Tuhan Rabbul alamin, dibawa turun oleh ar Ruhul amin (Jibril) kepada hati engkau, supaya engkau menjadi salah seorang di antara orang orang yang memberi peringatan.”  (As Syu’ara: 193 194)

Malaikat tetap bersama manusia dan menyertai mereka di sepanjang hidup, demi memandu dan mengarahkan hidup mereka dengan memberi ilham dan menggesa mereka ke arah al Haq dan kebaikan. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud.

Sesungguhnya syaitan itu ada pengaruh dalam lintasan hati anak Adam dan para malaikat juga ada pengaruhnya. Pengaruh syaitan ialah mengilhamkan manusia supaya melakukan kejahatan dan membantahi kebenaran. Ada pun lintasan para malaikat ialah mengilhamkan melakukan kebajikan dan membenarkan kebenaran. Maka barangsiapa yang mendapat ilham kebaikan hendaklah ia mengetahui bahawa itu adalah dari Allah. Dan siapa mendapat sebaliknya hendaklah ia meminta perlindungan dengan Allah supaya jauh dari syaitan, kemudian baginda membaca ayat yang bermaksud: “Syaitan menakutkan kamu akan kepapaan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan, sedangkan Allah berjanji kepada kamu untuk memberi keampunan dan limpah kurnia daripada Nya dan Allah Maha Luas (Pemberian Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Tarmidhi, An Nasai, Ibn Hubban)

Selain dari itu, Allah Ta’ala menugaskan para malaikat berdoa dan memohon ampun untuk para mukmin seperti firman Allah yang mafhumnya:

“Malaikat malaikat yang memikul arasy dan malaikat malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada Nya serta meminta ampun bagi orang orang yang beriman (seraya mengucapkan): Ya Tuhan Kami! Rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu maka berilah keampunan kepada orang orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang bernyala nyala. Ya Tuhan Kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam syurga ‘Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang orang yang soleh di antara bapa bapa mereka dan isteri isteri mereka dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Dan peliharalah mereka dari balasan kejahatan. Dan orang orang yang Engkau lepaskan dari (balasan) kejahatan pada hari itu maka sesungguhnya Engkau telah anugerahkan rahmat kepada Nya dan itulah kemenangan yang besar.”   Ghafir: 7 9

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Tidak ada suatu hari pun yang seorang hamba hidup padanya melainkan dua malaikat turun kepadanya. Salah satunya berkata: Hai Tuhanku, berikanlah kepada orang yang membelanja (hartanya) akan ganti (apa yang dibelanjakannya). Dan satu lagi berkata: Hai Tuhanku, berikanlah kepada orang yang bakhil akan kebinasaan.”  (Bukhari, Muslim)

Para malaikat memberangsangkan hamba supaya taat dan beribadah kepada Allah, memberi galakan supaya berzikir, membaca al Qur’an, belajar dan membuat kebajikan dan sentiasa menghadiri hatinya bersama dengan salatnya dan ketika membaca al Qur’an.
Apa yang disebut itu adalah dibuktikan oleh hadith hadith sahih, di antaranya:
1.    Hadith yang dikeluarkan oleh al Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

“Salat seorang lelaki secara berjamaah pahalanya lebih dari salat seorang diri di rumahnya atau di tempat kerjanya dua puluh darjah lebih. Yang demikian itu adalah kerana apabila seorang itu telah berwudu’ dan menyempurnakan wudu’nya kemudian tuju kepada masjid yang tiada tujuan lain melainkan untuk mendirikan salat, ia melangkah suatu langkah maka diangkatkan dengan sebabnya satu darjah dan dihapus daripadanya satu dosa hingga ia masuk masjid. Apabila ia berada di dalam masjid, ia dianggap berada di dalam salat selama ia menunggu salat. Dan malaikat berdoa kepada orang itu selama isa berada di tempat salatnya: Ya Tuhanku, kasihlah dia, ya Allah, ampunilah dia, ya Allah, maafkanlah kepadanya. Didoakan demikian selama ia tidak menyakiti (orang) dan selama tidak berhadas di tempat itu.”

2.    Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Para malaikat gilir ganti (dalam bertugas mengawal manusia), ada malaikat di malam hari dan malaikat di siang hari, mereka berhimpun di waktu salat Subuh dan salat ‘Asr, kemudian naik ke langit oleh malaikat yang mengawal di waktu malam. Maka Allah bertanya mereka, sedang Allah lebih mengetahui: Bagaimana kamu tinggal hamba hambaKu? Mereka menjawab: Kami tinggalkan mereka dalam hal mereka sedang melakukan salat (yakni salat Subuh) dan Kami datang kepada mereka dalam hal mereka sedang melakukan salat (yakni salat ‘Asr).”

Mengenai pertanyaan para malaikat dalam majlis zikir, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Sesungguhnya bagi Allah beberapa malaikat, mereka bertebaran di jalanraya mencari cari orang yang berzikirkan Allah. Apabila mereka bertemu dengan suatu kaum yang berzikirkan Allah, mereka menyeru: Marilah kepada hajat kamu. Maka para malaikat pun mengelilingi majlis itu dengan sayap mereka hingga kepada langit di dunia. Kemudian Allah bertanya malaikat pada hal Allah lebih mengetahui: Apakah hamba hambaKu berkata? Jawab Malaikat: Mereka mengucap tasbih, tahmid dan takbir.
Tuhan bertanya: Adakah mereka melihat Aku?
Jawab malaikat: Wallah, mereka tidak meiihatMu.
Tuhan bertanya: Bagaimana kalau mereka melihat Aku?
Jawab malaikat: Kalau mereka melihatMu tentulah mereka bertambah banyak beribadah dan bersungguh sungguh memujiMu dan banyak bertasbih kepada Mu.
Tuhan bertanya: Apakah mereka meminta dari Ku?
Jawab malaikat: Mereka meminta syurga dari Mu.
Tuhan bertanya: Apakah mereka melihat syurga?
Jawab malaikat: Tidak, Wallahi mereka tidak melihatnya.
Tuhan bertanya: Bagaimana jika mereka melihat syurga?
Jawab malaikat: Jika mereka melihat syurga tentulah mereka bertambah tamak dan meminta dengan penuh kegemaran.
Tuhan bertanya: Dari apakah mereka meminta pertindungan?
Jawab malaikat: Dan api neraka.
Tuhan bertanya: Adakah mereka nampak neraka?
Jawab malaikat: Tidak, Wallahi mereka tidak nampak neraka.
Tuhan bertanya: Bagaimana kalau mereka nampak neraka?
Jawab malaikat: Jika mereka nampak neraka nescaya mereka bertambah usaha melarikan diri dan bertambah takut kepadanya.
Tuhan berfirman: Aku bersaksi di hadapan kamu bahawa Aku tetah ampun dosa mereka. SaIah seorang dari mataikat berkata: Di antara mereka ada seorang yang bukan dari gotongan mereka, ia datang hanya kerana suatu hajat. Jawab Tuhan: Mereka semua adatah sekumpulan, tidak celaka siapa yang bersama sama dengan mereka.”  (Bukhari, Muslim)

Dalam memberi galakan kepada penuntut penuntut ilmu (ahli ahli ilmu) Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Tidak ada seorang yang keluar dari rumahnya kerana menuntut ilmu pengetahuan melainkan para malaikat merendahkan sayap untuknya reda dengan apa yang ia buat.”  (At Tarmidhi, Ibn Majah, Ibn Hubban, al Hakim)

Para malaikat bertugas juga menetapkan hamba di atas amal soleh, khususnya dalam berjihad fi sabilillah sebagaimana firman Allah yang mafhumnya:

“Ingatlah tatkala Tuhanmu wahyukan kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku bersama kamu. Oleh yang demikian tetapkanlah hati orang orang yang beriman.” Aku akan mencampak kegerunan ke dalam hati orang orang kafir. Oleh itu pancungkanlah tengkuk mereka dan pancungkanlah tiap tiap hujung jari (kaki dan tangan) mereka.”  (Al Anfaal: 12)

Selain dari itu, maka di sana ada lagi tugas para malaikat yang kesannya sangat besar dalam meluruskan hidup hamba dan mengawal mereka dari melakukan kejahatan, sebagaimana penerangan Allah bahawa para malaikat ditugaskan untuk muraqabah amalan amalan hamba dan mencatatnya setelah dihitungnya.
Firman Allah yang mafhumnya:

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan Kami mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya. Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. Ketika dua orang malaikat mencatit amalannya, seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri. Tiada suatu ucapan yang diucapkan melainkan ada didekatnya malaikat pengawal yang selaiu hadir.”  (Qaf. 16-18)

Dan firman Nya yang mafhumnya:

“(Pada hal sesungguhnya) bagi kamu ada malaikat yang mengawasi (pekerjaan kamu), yang mulia di sisi Allah dan yang mencatit (amalan kamu). Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan.”  (Al-Infitar: 10-12)

Dan firman Nya lagi yang mafhumnya:

“Apakah mereka (manusia) mengira bahawa Kami tidak mendengar rahsia dan bisikan bisikan mereka? Sebenarnya (Kami mendengar), dan utusan utusan Kami (malaikat maiaikat) selalu mencatit di sisi mereka.”  (Az Zukhruf:  80)

Pada akhir pembicaraan mengenai hubungan malaikat dengan manusia dan peranan mereka dalam mengawal amal iradi (kehendak atau pilihan) manusia dan yang bukan iradi (luar kehendak manusia). Di sini kami nukilkan ulasan Ibn al Qaiyim rahimahullah mengenai tugas malaikat di dalam bukurlya.
“Para malaikat yang diwakili mengurus kejadian manusia semenjak dari penciptaan nutfah (air mani) hingga sempurna kejadiannya. Mereka diwakili membentuk kejadian manusia dan memindah proses kejadiannya dari suatu kejadian kepada kejadian lain, serta menjaganya dalam ketiga alam kegelapan (iaitu kegelapan dalam perut ibu, kegelapan dalam rahim dan kegelapan dalam selaput yang membungkus anak dalam rahim), mereka mencatit rezeki manusia, amalannya, ajalnya, kecelakaan atau kebahagiaannya, mereka bersama manusia dalam, setiap masa dan keadaan, mereka menghitung amalan dan percakapannya, menjaganya semasa hidup, mencabut rohnya ketika mati dan membentangkan manusia di hadapan Tuhan. Mereka diwakili membawa azab, memberi nikmat dalam alam barzakh dan selepas bangkit, mereka diwakili mengadakan alat alat kenikmatan dan penyiksaan, mereka diwakili meneguhkan hati orang orang mukmin dengan keizinan Allah, mengajar mereka perkara perkara yang memberi manfaat, mempertahan dan membela mereka. Malaikat juga menjadi wali (penolong) orang orang mukmin di dunia ini dan di akhirat. Merekalah yang mendorongkan manusia kepada kebaikan, mencegah mereka dari kejahatan.
Tegasnya, para malaikat juga sebagai penolong manusia, penjaga, pengajar, penasihat, pengajak kepada kebaikan, pendoa, peminta ampun, pengucap selamat untuk manusia selama manusia itu hidup dalam mentaati Allah dan mengajarkan kebaikan kepada manusia lain. Malaikat juga pembawa khabar gembira iaitu penghormatan Allah kepadanya ketika tidurnya, ketika matinya dan ketika bangkitnya semula. Malaikat juga yang menjadikan manusia hidup zahid di dunia ini, menggalakkan mereka kepada akhirat, mengingatkan mereka ketika mereka lupa, memupuk semangat bekerja ketika mereka merasai malas, menetapkan hati mereka ketika dalam ketakutan.
Seterusnya para malaikatlah yang berusaha mendatangkan kebaikan dan maslahah kepada manusia di dunia dan di akhirat. Mereka adalah utusan Allah pada penciptaan Nya dan perintah Nya. Mereka adalah utusan Allah yang menyambungkan antara Allah dengan hamba hamba Nya. Mereka membawa turun perintah Allah keseluruh alam dan membawa naik laporan kepada Allah.”

BILANGAN MALAIKAT

Bilangan malaikat adalah banyak, Allah sahajalah yang mengetahui bilangannya. Firman Allah yang mafhum:

“Dan Kami tidak jadikan pengawal pengawal neraka itu melainkan dari jenis malaikat. Dan Kami tidak jadikan bilangan mereka melainkan supaya menjadi fitnah kepada orang orang yang kafir dan supaya ahlul kitab (Yahudi dan Nasrani) itu yakin kepada (kebenaran al Qur’an) dan supaya orang orang yang beriman semakin bertambah kuat iman mereka. Dan supaya ahlul kitab dan orang orang mukmin tidak ragu ragu. Dan supaya orang orang yang di dalam hati mereka ada penyakit (ragu ragu) dan orang orang kafir berkata, “Apakah tujuan Allah menyebutkan bilangan itu?” Demikianlah Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki Nya dan memberi hidayah kepada siapa yang dikehendaki Nya. Dan tiadalah mengetahui tentera tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri. Dan ia tidak lain melainkan suatu peringatan kepada manusia.”  (A1 Muddathir. 31)

Di dalam hadith marfu’ yang dikeluarkan oleh at Tarmidhi, Ibn Majah dan al Bazar dengan lafaz yang bermaksud:

Bersuara oleh langit dan sebenarnya ia berhak mengeluarkan suara, kerana tidak ada suatu tempat sekadar empat jari meIainkan ada di atasnya malaikat yang sujud.

Di dalam hadith mi’raj pula Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Maka diangkat kepada saya akan al Bait al Ma’mur , lalu saga bertanya malaikat Jibril, is pun menjawab: A1 Bait al Ma’mur ini dilakukan salat padanya setiap hari tujuh puluh ribu malaikat.”  (Bukhari)

BERIMAN KEPADA MALAIKAT SECARA TAFSIL DAN IJMAL

Wajib kita beriman dengan para malaikat yang namanya termaktub di dalam al Qur’an dan al hadith secara tafsil, yang di antaranya tiga malaikat yang menjadi ketua iaitu: Jibril, Mika’il dan Israfil.
Jibril ialah malaikat yang diwakili membawa wahyu, yang dengannya hati dan roh menjadi hidup. Jibril telah disebut di dalam al Qur’an al Karim bersama malaikat Mika’il. Firman Allah yang mafhumnya

“Katakanlah (Ya Muhammad!) Barangsiapa menjadi musuh dengan Jibril maka sesungguhnya ia menurunkan (al Qur’an) kepada hatimu dengan keizinan Allah, menyetujui (isi Kitab) yang sebelumnya dan (sebagai) satu petunjuk dan khabaran gembira bagi orang orang mukmin. Barangsiapa menjadi musuh dengan Allah dan malaikat Nya dan Rasul Nya dan Mika’il maka sesungguhnya Allah musuh dengan orang orang kafir.”  (A1 Baqarah: 97-98)

Allah telah memuji malaikat Jibril di dalam al Qur’an dengan sebaik baik pujian dan mensifatkannya dengan sebaik baik sifat seperti dalam firmanNya yang mafhum:

“Sesungguhnya Aku bersumpah dengan bintang bintang, yang beredar dan terbenam. Demi malam apabila telah hampir meninggalkan gelapnya. Dan demi Subuh apabila fajamya mulai menyingsing. Sesungguhnya al Qur an itu benar benar firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia (Jibril), yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy’, yang ditaati di sana (alam malaikat) lagi dipercayai.”  (At Takwir: 15-21)

Dan firman Allah mengenai sifat malaikat, yang bermaksud:

“Yang mengajarkan (Nabi Muhammad) oleh (Jibril) yang sangat kuat, yang mempunyai akal yang cergas, lalu (Jibril itu) menampakkan dirinya dengan rupa yang asli.”  (An Najm: 5-6)

Mika’il ialah malaikat yang diwakili menurunkan hujan, yang menyebabkan hidupnya bumi, tumbuhan dan binatang. Manakala Israfil ialah malaikat yang diwakili meniup sangkakala, yang menyebabkan hidupnya makhluk semula setelah mati.
Di antara malaikat yang disebut di dalam al Qur’an ialah malaikat Malik yang menjadi penjaga neraka. Firman Allah .yang mafhum:

“Dan mereka (penghuni neraka) menyeru: (Hai Malik!) Hendaklah Tuhanmu hukumkan (mati) ke atas kami.”  (Az Zukhruf 77)

Keempat malaikat itu dan yang lain lagi yang disebut nama nama mereka dalam hadis sahih wajib kita beriman kepada mereka dengan amal/tugas yang diwakili kepada mereka. Ada pun para malaikat yang tidak disebut nama nama mereka wajib kita beriman secara ijmal iaitu beriman dengan jenis jenis mereka dan tugas tugas mereka sebagaimana yang diterangkan di dalam al Qur’an dan al Sunnah.
Oleh yang demikian, kita beriman kepada malaikat iaitu malaikat yang diwakili untuk menjaga dan mencatit amalan kita seperti firman Allah yang mafhumnya:

“Pada hal sesungguhnya bagi kamu ada malaikat mataikat yang mengawasi (pekerjaan kamu), yang mulia di sisi Allah dan yang mencatit (pekerjaan kamu itu).”  (A1 Infitar: 10-12)

Dan firman Nya yang mafhumnya:

“Bagi manusia ada malaikat maiaikat yang selalu mengikutinya, bergiliran di muka dan di belakangnya, mereka menjaga atas perintah Allah.”  (Ar Ra’d: 11)

Dan firman Nya lagi yang mafhumnya:

“Apakah mereka mengira bahawa Kami tidak mendengar rahsia dan bisikan bisikan mereka? Sebenarnya (Kami mendengar) dan utusan utusan Kami (malaikat) selalu mencatit di sisi mereka.”  (Az Zukhruf. 80)

Tersebut di dalam setengah setengah buku tafsir mengatakan: Malaikat yang bertugas mencatit amalan manusia itu ada dua: Satu malaikat di pihak kanan dan satu lagi di pihak kiri. Yang di pihak kanan mencatit segala kebajikan, manakala yang di pihak kiri pula menulis segala kejahatan. Dan ada dua orang malaikat lagi: Satu di pihak hadapan dan satu lagi di pihak belakang. Dengan demikian, bererti seorang manusia berada di antara empat orang malaikat.
Berhubung dengan pengawasan malaikat lagi sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

“Tiada seorang pun daripada kamu melainkan telah diwakili bersama samanya seorang teman daripada jin dan malaikat. Sahabat berkata: Walau pun engkau sendiri ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ya, hingga saya sendiri pun, tetapi Allah membantukan saya untuk menghadapinya, lalu ia memeluk Islam dan tidak menyuruh saya melainkan kebaikan”  (Muslim, Ahmad)

Kita beriman juga kepada malaikat ”           “, malaikat yang diwakili mengambil nyawa makhluk di alam ini. Firman Allah yang mahfumnya:

“Katakanlah (ya Muhammad), malaikat malikul maut yang diwakili untuk (mencabut nyawa)mu akan mematikan kamu. Kemudian kepada Tuhan kamulah kamu akan dikembaiikan”  (As Sajadah: 11)

Al Qur’an al Karim dan al Hadith al Syarif tidak menegaskan dengan terang nama nama malaikat ini, tetapi termaktub dalam setengah isar menyebut nama ‘Izra’il. Wallahu A’lam.
Kita beriman kepada malaikat yang menanggung ‘Arasy seperti yang diterangkan di dalam al Qur’an yang mafhumnya:

“Dan para hari itu (Kiamat) lapan orang malaikat menjunjung ‘Arasy Tuhanmu di atas (kepala) mereka. Dan di antara mereka ialah malaikat Israfil yang diwakili meniup sangkakala.”  (Al Haqqah: 17)

Kita beriman kepada malaikat yang diwakili menjaga neraka. Mereka ialah az Zabaniyah. Yang terkemuka ialah sembilan belas dari mereka.
Firman Allah yang mahfumnya:

“Dan berkatalah mereka yang berada di dalam neraka kepada penunggu penunggu Jahannam: “Mintakanlah daripada Tuhan kamu, moga moga Dia meringankan kami sehari dari azab.”  (Ghafir: 49)

Dan firman Nya yang mahfumnya:

“Penjaga penjaga (neraka) ialah malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang diperintah.”  (At-Tahrim: 6)

Dan firman Nya lagi yang mahfumnya:

“Di atas Neraka Saqar ada sembilan belas (malaikat penjaganya) dan tiada Kami jadikan penjaga neraka itu melainkan dari malaikat.”  (A1 Muddathir. 31)

Kita beriman juga kepada para malaikat yang diwakili menjaga syurga, mereka bertugas memberi sambutan kepada penghuninya seperti layanan makanan, minuman, tempat kediaman dan lain lain, di mana ni’mat ni’mat itu tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di hati manusia.

KESAN KEIMANAN KEPADA MALAIKAT DALAM HIDUP MANUSIA

Sebagaimana kami jelaskan bahawa Allah tidak mengizinkan kita melihat perkara perkara ghaib di dunia ini merupakan suatu nikmat yang besar kepada makhlukNya. Dan di antara limpah kurnia Nya ia memperkenalkan kita sejenis makhluk yang mulia iaitu para malaikat, di mana beriman kepada malaikat adalah termasuk dalam beriman kepada perkara perkara ghaib yang menjadi salah satu sifat orang orang muttaqin yang disebut oleh Allah dalam firman Nya yang mafhum:

“Alif Lam Mim, Kitab (al Qur’an) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat, dan menafqahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”  (Al Baqarah: 1-3)

Beriman kepada malaikat menimbulkan kesan yang sangat mendalam dalam kehidupan seorang mukmin. Di antaranya:

  1. Menjauhkan kita dari terjerumus ke dalam khurafat dan kepercayaan kepercayaan dongeng, kerana Allah telah memperkenal dan mengajarkan kita tentang roh roh mu’minah (para malaikat) yang ghaib berserta dengan tugas tugas mereka, sebagaimana terjerumusnya mereka yang tidak beriman kepada perkara perkara ghaib dan tidak menerima ilmu dari (wahyu ketuhanan)
  2. Menjadikan kita beristiqamah (lurus) di atas perintah Allah, kerana mereka yang tertanam di hatinya dengan kewujudan malaikat selaku tentera Allah dan beriman kepada pengawasan mereka terhadap amalan dan percakapan manusia dan beriman kepada penyeksaan para malaikat ke atas tiap tiap perkara yang keluar daripada manusia dia terasa malu terhadap Allah dan terhadap malaikat. Dengan demikian, is tidak akan menyesali perintah Allah dan tidak mendurhakai Nya, sama ada di waktu terang mahu pun di waktu sembunyi. Bagaimana ia akan mendurhakai Nya sedangkan ia mengetahui bahawa segala sesuatu yang terkeluar darinya akan ditulis, dihisab dan disiksa!
  3. Menjadikan kita bersabar, meneruskan jihad fi sabilillah, menimbulkan ketenangan jiwa, tidak berputus asa, tidak merasai cemas. Perasaan ini adalah lahir dari beriman kepada para malaikat dan tugas tugas mereka

Ketika seorang musafir sesat jalan, ketika jahiliah sedang bermaharajalela dalam masyarakat hingga jadilah seorang mukmin itu sebagai seorang  dagang di watannya dan di kalangan kaum keluarganya, ia menghadapi penentangan, kata kata senda dan halangan dari mentaati Allah dan mengamalkan ajaran, di waktu sesat dan waktu dagang yang seperti ini simukmin itu mendapati dirinya ditemani oleh malaikat,’ ia menyabarkannya, menetapkan hatinya supaya terus tegak di atas jalan kebenaran.
Inilah dia malaikat yang selaku tentera Allah, yang beribadah kepadanya sebagaimana simukmin beribadah, bertawajjuh (tumpu) kepada Allah pencipta langit dan bumi sebagaimana si mukmin bertawajjuh. Dia akan memberkati langkah hidup seorang mukmin, meneguhkan pendiriannya, menyebut baik di sisi Tuhannya. Dengan deniikian, si mukmin itu bukanlah berseorangan dalam perjalanan menuju Allah, malah dia bersama sama dengan makhluk makhluk Allah yang lain yang bukan sedikit bilangannya, dia bersama sama dengan para malaikat yang mulia, bersama dengan para Nabi alaihimus salam, bersama dengan langit dan bumi. Kerana itu, simukmin adalah orang yang paling banyak rakan dan mempunyai tempat bergantung yang sangat kuat.

Perasaan inilah yang menjadikan simukmin itu sabar, tenang hati sekali pun manusia lain menentangnya, malah is bertambah teguh dan makin kuat perjuangannya.

Tidakkah saudara saudara berfikir betapa besarnya nikmat Allah melalui Penciptaan Para malaikat! Dan melalui beriman kepada mereka! Di mana keimanan ini melahirkan kesan dan pengaruh yang kuat dalam jiwa, amalan dan kelurusan hidup seorang manusia.

Beriman kepada malaikat bererti membenarkan Kitab Allah dan membenarkan Rasul Nya al Sadiq al Amin ‘alaih.

Rahsia Disebalik Perang Di Jalur Gaza

(Peristiwa perang di Jalur Gaza saat ini) :

Hadits Nabi saw : “Berbahagialah bagi orang yang ditempatkan Allah disalah satu dari dua mempelai ; Askhelon dan Gaza”. (HR. Dailami dalam kitab Jami’us Shagir karya Imam Suyuthi : hadits no.5295)

“Boleh jadi awal dari keberakhiran (bidayatun nihayah) adalah pada tahun 2012 M. Itulah yang kita harapkan terjadi dan kita tidak dapat memastikannya, kecuali apabila telah menjadi kenyataan…” (Syekh Safar Al Hawali dalam kitab Yaumul Ghadhab, hal. 122)

Kesimpulan :

Perang besar (di sebuah lembah/gunung) di wilayah Palestin akan terjadi tidak lama lagi, yang membawa kepada tanda-tanda kedatangan Imamul Mahdi sebagai pembela ummat Islam itu akan muncul ke muka bumi sedikit masa lagi. Inshaallah..

Allahuakbar 3x

Kitab Lama , Yahudi dan Khazanah Bangsa Muslim

Dipetik dari blog sahabatku umaralfateh.wordpress.com mengenai kisah hidup belajar dan berjuang dibumi Moskow, Russia pada tahun 2010… 

Dua purnama yang lalu, sahabat saya menceritakan satu keadaan yang menjadi salah satu dari titik sejarah  kami di sini….

Tiga orang lelaki mengiringi beliau dalam perjalanan menuju ke suatu tempat yang pada mulanya sudah diberitakan tempatnya, suatu bank yang menyimpan bahan-bahan sejarah, tetapi diminta menukar arah pada minit-minit terakhir.

Kereta berhenti di pinggir jalan, dan pemandu kereta keluar ke suatu arah  yang menjauhi kereta, 2 orang diminta mengawasi sahabat saya di dalam kereta.

Selepas hampir 30 minit dibiarkan menanti , seorang lelaki dengan badan agak berisi, dengan bermata seperti mata helang dan senyuman seperti jocker di dalam cerita batman, memang dapat dicam wajah bengis ini walau tidak diberitahu siapa dia.

Seorang Yahudi.

Kami di sini diajar serba sedikit bagaimana mengecam wajah yahudi.

Seperti ada sesuatu dikepitkan dibawah lengannya.

Berjalan ke arah kereta yang diawasi, pintu kereta dibukakan oleh pemandu tadi, dan tanpa bicara ,sebuah buku lama diberikan kepada sahabat saya.

Buku tersebut dibelek-belek, diambil gambar seketika beberapa keping sebagai bukti dan kemudian diserahkan semula kepada lelaki berbadan agak gempal tersebut.

Pintu ditutup semula, dan pemandu kereta terus menuju ke arah tempat pemanduannya dan kereta terus dipacu tanpa bicara yang menyusul.

Sangat cepat, tiada bicara.

(Seperti dalam cerita-cerita tentang urusan mafia di dalam movie , saling tidak tumpah)

———————————————————————————–

Bagaimana orang yahudi tersebut menyimpan bahan khazanah ini? Ini persoalan kami.

Orang Melayu pertama memegang kitab yang berusia hampir 800 tahun.

Orang Melayu pertama memegang kitab yang berusia lebih 200 tahun , Kitab HIDAYA.

—————————————————————————————–

Kami sebenarnya sedang dalam proses untuk mendapat pembeli bagi sebuah kitab arab yang ditulis pada tahun 1221 hijriah, mengandungi 327 helai dan 654 muka surat, ditulis tangan.

Kitab ini kami ada salinan surat perakuan dari kerajaan ianya adalah buku lama, topik utama fiqh.

Kitab ini dijual pada harga paling rendah  $100 000 USD (seratus ribu Amerika dolar).

Kini , kami diberitahu ada orang Arab cuba membeli kitab ini, tetapi Professor yang menjadi orang tengah kami mengatakan , bahawa mereka tidak suka berurusan dengan orang Arab, dan jika orang dari Nusantara cuba membeli kitab ini, mereka lebih suka berurusan dengan orang Nusantara.

Tapi, jika tiada pembeli dalam masa terdekat, mereka akan menjualnya juga kepada orang Arab.

Di dalam kitab ini, ada khazanah yang mungkin kita dapat menyingkap serba sedikit hukum yang sedia ada pada zaman dahulu dan seterusnya membantu kita memahami realiti masyarakat dahulu dan aplikasi zaman kini.

Kami cuba cari siapa yang boleh beli kitab ini dan kaji isi di dalam kitab ini, agar umat islam mendapat manfaat.

Museum, orang perseorangan atau siapa yang dapat memanfaatkan kitab ini secukupnya, kami sedia membantu.

Jika kalian ada mengenali sesiapa yang boleh cuba kami hubungi untuk diperbincangkan, kami alu-alukan.

umar_alfateh@yahoo.com

 

Muka Depan Kitab Hidaya