15 KESILAPAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : “Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.” Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.” – (Maksud Al-Hadith )

 

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa 

 Kurang berdoa semasa mengandung. 
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. 
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:

Menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Sumber : Darulharis

Kitab Lama , Yahudi dan Khazanah Bangsa Muslim

Dipetik dari blog sahabatku umaralfateh.wordpress.com mengenai kisah hidup belajar dan berjuang dibumi Moskow, Russia pada tahun 2010… 

Dua purnama yang lalu, sahabat saya menceritakan satu keadaan yang menjadi salah satu dari titik sejarah  kami di sini….

Tiga orang lelaki mengiringi beliau dalam perjalanan menuju ke suatu tempat yang pada mulanya sudah diberitakan tempatnya, suatu bank yang menyimpan bahan-bahan sejarah, tetapi diminta menukar arah pada minit-minit terakhir.

Kereta berhenti di pinggir jalan, dan pemandu kereta keluar ke suatu arah  yang menjauhi kereta, 2 orang diminta mengawasi sahabat saya di dalam kereta.

Selepas hampir 30 minit dibiarkan menanti , seorang lelaki dengan badan agak berisi, dengan bermata seperti mata helang dan senyuman seperti jocker di dalam cerita batman, memang dapat dicam wajah bengis ini walau tidak diberitahu siapa dia.

Seorang Yahudi.

Kami di sini diajar serba sedikit bagaimana mengecam wajah yahudi.

Seperti ada sesuatu dikepitkan dibawah lengannya.

Berjalan ke arah kereta yang diawasi, pintu kereta dibukakan oleh pemandu tadi, dan tanpa bicara ,sebuah buku lama diberikan kepada sahabat saya.

Buku tersebut dibelek-belek, diambil gambar seketika beberapa keping sebagai bukti dan kemudian diserahkan semula kepada lelaki berbadan agak gempal tersebut.

Pintu ditutup semula, dan pemandu kereta terus menuju ke arah tempat pemanduannya dan kereta terus dipacu tanpa bicara yang menyusul.

Sangat cepat, tiada bicara.

(Seperti dalam cerita-cerita tentang urusan mafia di dalam movie , saling tidak tumpah)

———————————————————————————–

Bagaimana orang yahudi tersebut menyimpan bahan khazanah ini? Ini persoalan kami.

Orang Melayu pertama memegang kitab yang berusia hampir 800 tahun.

Orang Melayu pertama memegang kitab yang berusia lebih 200 tahun , Kitab HIDAYA.

—————————————————————————————–

Kami sebenarnya sedang dalam proses untuk mendapat pembeli bagi sebuah kitab arab yang ditulis pada tahun 1221 hijriah, mengandungi 327 helai dan 654 muka surat, ditulis tangan.

Kitab ini kami ada salinan surat perakuan dari kerajaan ianya adalah buku lama, topik utama fiqh.

Kitab ini dijual pada harga paling rendah  $100 000 USD (seratus ribu Amerika dolar).

Kini , kami diberitahu ada orang Arab cuba membeli kitab ini, tetapi Professor yang menjadi orang tengah kami mengatakan , bahawa mereka tidak suka berurusan dengan orang Arab, dan jika orang dari Nusantara cuba membeli kitab ini, mereka lebih suka berurusan dengan orang Nusantara.

Tapi, jika tiada pembeli dalam masa terdekat, mereka akan menjualnya juga kepada orang Arab.

Di dalam kitab ini, ada khazanah yang mungkin kita dapat menyingkap serba sedikit hukum yang sedia ada pada zaman dahulu dan seterusnya membantu kita memahami realiti masyarakat dahulu dan aplikasi zaman kini.

Kami cuba cari siapa yang boleh beli kitab ini dan kaji isi di dalam kitab ini, agar umat islam mendapat manfaat.

Museum, orang perseorangan atau siapa yang dapat memanfaatkan kitab ini secukupnya, kami sedia membantu.

Jika kalian ada mengenali sesiapa yang boleh cuba kami hubungi untuk diperbincangkan, kami alu-alukan.

umar_alfateh@yahoo.com

 

Muka Depan Kitab Hidaya

Protests Over Anti-Islam Film in Moscow

This slideshow requires JavaScript.

“Islam Adalah Agama Rasmi Di Sabah” – Tun Datu Mustapha

Tulisan di bawah ini hanyalah sekadar untuk menukilkan kembali poin sejarah berkenaan perjuangan Islam dibumi Sabah, agar ia sentiasa segar dalam ingatan dan hidup tertanam dalam jiwa para anak muda yang masih mencari-cari.

Sejarah dan kisah bagaimana Islam diperjuangkan di Sabah sangat berbeza daripada situasi di Semenanjung. Perkembangan Islam di Sabah tidak pernah sunyi daripada masalah hinggalah dunia menuju ke abad IPhone dan Komputer tablet.

Islam di Sabah tidak diperturunkan melalui pendidikan yang teratur. Tidak mempunyai pondok pesantren agama, tidak ramai ulama mursyid seperti wilayah-wilayah Indonesia dan semenanjung. Akibatnya di Sabah, Islam tidak dapat diperturunkan dengan baik kepada setiap generasi penerus. Oleh itu tidak hairan jika harini kita melihat ada orang Islam yang ‘main sabung ayam’ selepas solat Jumaat. Jika di pasar ikan, peniaga-peniaganya penipu (tidak semua), walaupun solat 5 waktu… itupun, kedai jualan mereka biasanya ada yang berdekatan dengan masjid dan surau.

Walaubagaimanapun, perjuangan pemimpin-pemimpin Islam di Sabah sedikit sebanyak mampu memberikan sedikit harapan kepada usaha dakwah Islam terutamanya sejak tertubuhnya USIA menjelang akhir tahun 1969. Kemunculan USIA dengan cita-cita perjuangann serta gerakan dakwah yang dilancarkannya telah memberikan kesan penting terhadap perkembangan Islam dan pemikiran masyarakat di Sabah. Agama Islam dan pengikutnya di Sabah telah menikmati hak-hak tertentu yang sebelum itu tidak pernah berlaku. MUIS yang tertubuh hasil daripada perjuangan USIA, telah membolehkan beberapa masalah pentadbiran berhubung dengan agama Islam dijalankan dengan lebih kemas berbanding masa-masa sebelumnya.

Sungguhpun perjuangan ini mendapat tentangan hebat daripada pemimpin agama Kristian, USIA tetap meneruskan usahanya tanpa tolak ansur. Hasilnya, strategi dakwah USIA yang dijalankan selama ini semakin menampakkan kekuatan dan berupaya memjamin kejayaan melalui sudut politik. Sebagaimana MUIS, usaha USIA untuk menjadikan Islam sebagai agama rasmi di Sabah sudah tidak menghadapi kesulitan apabila usul tentangnya dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri pada 23 September 1973. Didalam pindaan Perlembagaan Negeri Artikel 5(A), agama Islam dicatatkan sebagai agama negeri tanpa menghalang agama-agama lain diamalkan dalam keadaan aman dan harmoni seperti berikut:

“Islam is the religion of the State, but other religions may be practiced in peace and harmony in any part of the state.”

Pengiktirafan agama Islam sebagai agama rasmi Negeri sabah disifatkan sebagai kejayaan untuk meletakkan agama itu pada kedudukan yang paling tinggi oleh pemimpin USIA seperti kata Tun Datu Mustapha:

“The religion of Islam reaches its highest status in the recognition of Islam as the religion of the state of Sabah”

Tinggal lagi kejayaan ini perlu diisi dalam usaha memberi erti terhadap usaha generasi sebelumnya……

Siapakah lagi pemimpin Islam yang lantang memperjuangkan Islam di Dewan Undangan Negeri (Sabah) pada hari ini agaknya..?

Alam Fana’

Terfana’ oleh ciptaan ilahi….! gambar di bumi Seoul, Korea Selatan…. harap2 la berjumpa lagi

Warkah 5 Tahun Lepas, Sempena Sambutan Hari Lahir 2006

Alhamdulillah,

Rasa syukur dan sangat terharu dengan sahabat2 yang masih mengingati. Kata2 itu lebih berharga dari sekilo silika,. 🙂  Walaupun ada yang sudah lama tidak bertemu.. ana hanya mampu hadiahkan doa sebagai balasan kebaikan antum terhadap ana..  Moga Allah pelihara kita dengan anugerah Istiqamah dalam amalan, dan teguhkan pendirian kita dalam berjuang. Amin..

Sahabat2ku,

Ini ana copy kembali artikel 5 tahun lalu, untuk ingatan antum.. berjumpa & berpisah dijalan dakwah, manisnya masih terasa..

Sehari selepas warkah ini diedarkan, beberapa sahabat non-muslim datang berjumpa ana dan menyatakan simpatinya terhadap nasib umat Islam kini…

[ Warkah ini ana lakarkan sempena sambutan ulangtahun ke-21 hari kelahiran ana yang diadakan di sebuah restoran di Shah Alam, Selangor…  Bertarikh 20 Feb 2006…. sambutan ringkas ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Mentor-Mentee ana, dan turut hadir pada waktu itu ialah Puan Syamsulbariah beserta suami dan seorang anak perempuan dia yang cute… Surat ini diedarkan oleh jawatankuasa program dibantu oleh En. Taufik kepada semua rakan yang hadir….muslims and non-muslims…thanks for u all… ana cuma mengharapkan keredhaan Allah…… ]

In the name of God, the most graceful and most merciful,
My all friends,

Firstly I want to thank to god. Because of his mercifulness and gracefulness we all can be gathered in this meaningful occasion.

Tidak lupa saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih khas untuk puan Syamsulbariah selaku mentor, dan saya amat menghargai sangat-sangat usaha beliau yang telah berusaha membawa kita, membantu dan banyak menasihati kita untuk sentiasa sama-sama bekerja dan melaksanakan program yang bermakna seperti ini. Hanya tuhan yang dapat membalas jasa beliau dan semoga rahmat dan kasih sayang tuhan sentiasa bersama-sama beliau sekeluarga.

Brother Thiru selaku presiden kita that work hard to make this program success.. The others committee, yang bertungkus lumus membuat persiapan….. abang Taufik, leong, ‘akak azimah’,cik nor dini,Our big brother Sakhti and thim. Saya seronok bekerja dengan mereka walaupun tidak dinafikan yang kami masih baru dalam membuat kerja seperti ini dalam satu pasukan, kurang pengalaman dan komunikasi efektif…… tetapi teamwork seperti ini merupakan satu tanggungjawab yang manis bagi kami, we learn many things……. Mengajar kami untuk sentiasa maju dan saling bertolong-tolongan dalam menjayakan impian yang sama.

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua rakan yang sudi hadir meraikan majlis ulang tahun kelahiran saya, Mahesh dan muru. Tanpa kalian, majlis ini mungkin tidak seceria seperti hari ini. Kedatangan anda sekalian amatlah bermakna bagi saya dan sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih.

Sebelum pergi lagi jauh, terlebih dahulu saya mengucapkan selamat menjamu selera dan selamat berbahagia dengan Kentucky fried chicken yang garing dan berlemak ini. 

Saya ingin mewakili Mahesh dan muru disini berterima kasih sekali lagi kepada semua, dan selamat merikan sambutan ulangtahun harilahir kami yang ke 21th (daus azinun), 22th (Mahesh & muru).

Rakan-rakan sekalian,
Memikirkan umur yang semakin meningkat, saya tersedar yang kita sudah memasuki pertengahan alam remaja, dan disinilah bermulanya kita memahami apa itu erti kebebasan, disinilah bermulanya kematangan, kita sudah mampu menentukan keputusan sendiri tanpa bantuan our parent. Kita sudah berada pada alam keseronokan, zaman keemasan.
Kita sudah boleh membeli motosikal, handphone, computer ataupun aksesori yang mahal-mahal mengikut kemahuan sendiri. Playstation, laptop, red tab jeans, body fit….. semua ini tidak lagi menjadi masalah bagi kita, kerana kita adalah REMAJA. Everythings ‘happy go lucky punya…..

Kita mengenal apa itu cinta, dan apa matlamat kita selepas ini. Gelap, cerah, lorry driver, doctor.. Semua ini sudah kita tentukan dan sudah menjadi pilihan kita mengikut kemahuan masing-masing. Pilihan itu sedang bermula, dan ketentuannya mungkin 5 atau 6 tahun lagi akan diketahui.

Rakan-rakan yang saya kasihi,
Mungkin elok jika ditinjau sejenak mengenai realiti yang berlaku di dunia kita sekarang.

Sepatutnya kita lebih bersyukur kerana kita adalah multi-racial country yang dapat hidup dalam suasana aman dan damai. Sebenarnya saya berasa bertuah kerana di negara ini, saya berpeluang mengenali Gobal, Thim, nancy, kalavani dan yang lain. Saya dapat mesra serta berkongsi pendapat, dan belajar budaya mereka dan begitu juga mereka terhadap saya. Dan memang bertuah, bukan sahaja kerana keunikan ini disebabkan kami berlainan budaya, bahkan berlainan agama. Suasana ini sebenarnya tidak wujud d mana-mana country didunia, yang masyarakatnya terdiri daripada berbilang bangsa dan agama serta kepercayaan, dalam masa yang sama dapat bergaul dan berinteraksi mesra dan tolerance.

Rakan-rakanku sekalian,
Atas kapasiti individu, saya ingin berbicara sedikit dan berkongsi beberapa masalah yang rasanya bukan melanda saya seorang, bahkan ribuan dan jutaan lagi orang yang mengamalkan Islam sebagai cara hidup mereka seperti saya…..

Seperti yang kita ketahui bermula daripada tragedi 9/11, Islam telah dilabelkan sebagai agama terrorist. Muslims di cop sebagai terrorist. Dan semua orang tahu mengenai Osama bin laden, beliau merupakan bekas agen CIA yang telah dituduh sebagai mastermind dalam serangan WTC hanya kerana beliau seorang yang mengamalkan islam sebagai cara hidup. Sedangkan….. tuduhan bahawa beliau yang menyerang WTC sehingga sekarang masih tidak dapat dibuktikan oleh Amerika Syarikat.

Persoalannya bagaimana mungkin 4 kapal terbang dapat di rampas dan semuanya mengenai sasaran, melainkan dengan bantuan CIA sendiri. & MOSSAD (Agen Perisikan Yahudi)…jika d nilai berapa berapa orang yahudi yang terkorban..jawapanya tiada langsung.
Sedangkan staf-staf WTC terdiri daripada ramai pekerja yang berbangsa yahudi.
Tambahan lagi senarai penumpang asal tidak sama seperti yang d keluarkan oleh Pentagon.
Bahkan ada yang masih hidup lagi…..

Keadaan ini memang cukup memberi tekanan terhadap pemeluk islam seperti saya. Bahkan lebih teruk apabila islam diburuk-burukkan dengan propaganda jahat media melaporkan kes ‘memotong kepala’ (beheaded) seperti Berg’s killing itu adalah dilakukan oleh orang-orang islam. Sedangkan tiada bukti, dan islam sendiri mengharamkan perkara seperti itu. Orang menjadi takut kepada islam (islamophobia). Dan saya sendiri akui terasa sedikit sebanyak impact daripada kejadian seperti ini.

Ini belum lagi mengambil kira kezaliman barat terhadap islam seperti isu penahanan tentera islam yang didera di kem tahanan Guantanamo, bagaimana tahanan islam di telanjangkan,muka di lumurkan dengan najis, di siksa dan leher mereka dikelar oleh tentera Amerika dalam penjara Abu Ghraib.

Negara-negara islam diperangi tanpa sebab munasabah. Afghanistan dan Iraq di jajah dan Bandar-bandarnya di bom sesuka hati oleh tentera-tentera barat.
Dikala mereka melakukan perbuatan jahat ini, label pengganas terhadap umat islam masih lagi di”highlight”kan di akhbar-akhbar dan mulut-mulut pemimpin dunia yang lain. Situasi ini bertambah complicated dan memberikan kemelut yang bertindih-tindih terhadap penganut islam.

Tertekan!!

Pressure…..

Kalau kita renung Bagaimana nasib umat islam di selatan Thailand yang dibunuh beramai-ramai oleh tentera Takhsin…..?

Nasib orang-orang islam di Palestin yang negara mereka dirampas oleh orang-orang yahudi…!?
Semua ini berlaku without any justice to us and …

At the same time Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (UN) hanya tutup mulut dan membisu.
Semua ini berlaku dihadapan mata kita.
Dan masyarakat dunia melihatnya.
Masyarakat dunia menonton bagaimana Islam dilayan sekarang.

mengapa sampai seteruk ini sekalipun islam masih dilabelkan sebagai agama pengganas??………..

Dan baru-baru ini sangat-sangat menyanyat hati saya sebagai seorang yang beragama islam, apabila nabi yang kami sanjungi dan kasihi dihina terang-terangan di dalam media Denmark dan kerajaan mereka masih tidak memohon maaf sehingga sekarang.

Bahkan ia turut disertai dan disusuli pula oleh penghinaan daripada akhbar-akhbar eropah yang lain.

Memang kita mendukung kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar tapi malangnya penerbitan karikatur ini adalah ini suatu penipuan yang besar dan fitnah terhadap Pemimpin kami sebagai umat Islam.

sudah tentu anda marah apabila girlfriend atau boyfriend anda di caci maki, begitu juga apabila ibu atau ayah atau keluarga anda di hina di khalayak umum. Apatah lagi apabila agama anda di ‘insult’ dan di hina dan nabinya di fitnah yang bukan-bukan.

Semua ini saya telah alami…..
.. dan penghinaan itu berlaku keatas saya dan seluruh orang islam.

Truly,
Agama Islam tidak pernah mengajar & melarang sekeras-kerasnya untuk menghina pemimpin dan pegangan agama-agama lain. Begitu juga kami mengharapkan supaya supaya kami dilayan sedemikian, adil dan hormat-menghormati.

Sangat kasihan apabila perkara besar ini hanya di diamkan oleh Persatuan Bangsa-bangsa bersatu (united nation) tanpa sebarang tindakan.

Bagi saya perkara ini sengaja dilakukan Barat untuk mencetuskan kemarahan orang-orang islam, dan hasilnya mereka ingin mengeksploitasi kemarahan tersebut untuk menunjukkan kepada dunia bahawa islam memang pengganas!!

Saya amat terkilan, apabila dalam masa yang sama juga pemeluk-pemeluk islam dilarang melaksanakan tuntutan ajaran islam.
Ini berlaku di banyak negara…. Perancis, Australia, hinggalah di turki sendiri mengharamkan pemakaian tudung di institusi-institusi awam.
Bahkan, banyak sekolah agama islam diarahkan supaya ditutup hanya atas alasan ‘ditakuti akan melahirkan pengganas’.

Rakan-rakanku sekalian,
Jihad bukanlah pembunuhan sepertimana yang digembar-gemburkan US dan barat. Jihad digambarkan sebagai violent, pembunuhan dan bom bunuh diri oleh media-media barat.
Tetapi jihad dalam ertikata sebenar didalam islam adalah ‘usaha sedaya upaya’….

… islam bukanlah agama peperangan. Islam adalah agama keamanan dan cintakan kedamaian.
Begitu juga dengan tuduhan terhadap Negara-negara islam yang lain, Lebanon, Syria, dan yang berlaku sekarang, Iraq pula cuba dikaitkan dengan senjata pemusnah.
Sedangkan kesnya masih sama….ia merupakan tuduhan tanpa sebarang bukti sehingga kini.

Mengapa Islam diperlakukan sebegini??………….

Kalau lah semua agama di dunia ini betul, mengapa harus islam yang selalu di persalahkan…..
Saya yakin, seperti saudara, ..saya juga sentiasa menyemak isi kandungan pegangan agama saya….. saya check satu-persatu kandungan Kitab yang menjadi asas pegangan orang-orang Islam….

al-quran juga di jual di mana-mana sahaja dan tiada masalah sekiranya penganut agama lain ingin membelinya untuk mengkaji..membandingkan atau meniliti maksud-maksud didalamnya….. tidak ada masalah sekiranya mereka ingin bertanya mengapa orang islam menyembah hanya Allah as a god…. kenapa itu dan ini, semua ini kita boleh terangkan dan kita boleh berbincang……..

segala apa yang di ajarkan didalam islam adalah kebaikan, menuntut keamanan dan keharmonian hidup serta menjadikan islam sebagai salah satu cara hidup. Tidak satupun didalam kitab islam ini menganjurkan kezaliman, huru-hara dan penindasan…. dan saya tahu semua kita sudah maklum.

Rakan-rakan yang saya hormati,
Namun demikian, saya berbangga dapat hidup dengan aman dan damai di Malaysia bersama rakan-rakan yang beragama lain. Chinese, indian’s, dan yang lain…. Saya bersyukur dan terima kasih kepada anda semua. Moga-moga kita dapat mengekalkan keadaan ini. Dan tidak ada masalah sekiranya jika kita ingin berkongsi pandangan mengenai agama masing-masing dalam suasana yang baik.. tidak ada masalah sekiranya kita ingin mendalami agama lain untuk mengetahui lebih dalam….. tidak ada masalah untuk bertanya dan berbincang..kerana kita merupakan komuniti yang harmoni….. Selagi kita mempamerkan rasa hormat dan menghormati pegangan masing-masing.

Akhir sekali…
I want to dedicate my appreciation to our penganjur…. and congratulation to all committees that have given their full efforts for this event. I hope Thiru and all my friends can make and keep event like this will still held onwards. I end my word with tahniah kepada semua AJK yang telah melaksanakan tugas dengan baik. Moga Thiru dapat meneruskan usaha seperti ini dengan rakan-rakan yang lain…… Tahniah.. And thanx……..a…lot………….


Selepas 5 tahun ini, soalan yang sama tetap juga berpusing di kepala… “sudah jadi manusia yang macam mana aku sekarang?

Menyoal Revolusi 2011

“Apabila diserahkan sesuatu urusan itu kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran” – Nabi Muhammad S.A.W

Lagi hadis daripada junjungan Nabi Muhammad s.a.w…

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab: “Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (musik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – (HR. Ibnu Majah)

Gelombang Revolusi Pandemik, begitulah gambaran peristiwa yang sangat dramatik bagi permulaan tahun 2011.

Tunisia, Mesir dan sekarang Libya menanti giliran untuk kepimpinannya ditumbangkan.

Mungkin ada yang sedang ghairah meneriakkan berbagaimacam slogan ‘kebebasan’ dan ‘perjuangan hak’ dan sibuk membakar semangat rakyat lain untuk turut sama dalam kancah revolusi ini.  Revolusi tidak boleh dihalang! begitu ceritanya…

Pandemik adalah situasi jangkitan global. Boleh jadi ia merentas beberapa negara dan benua. Semakin diprovokasi dan dibakar2, semakin merebaklah jangkitan ini. dan antara negara yang sedang ‘guncang’ dengan jangkitan ini adalah Bahrain, Arab Saudi, begitu juga terdapat beberapa pemimpin negara Islam yang lain sedang berusaha untuk menyemarakkan semangat ini termasuklah di Malaysia. Tidak dinafikan memang terdapat ulama yang memanfaatkan situasi ini untuk memperjuangkan Islam, semangat ini cuba untuk terus dipacu sehinggalah ke titik pudarnya.  Namun, sama2lah kita melihat kemana hasilnya nanti..

Walaubagaimanapun,

Sewajarnya hadis-hadis nabi Muhammad s.a.w ditelaah dan diulang kaji bila melihat sesuatu peristiwa. Bahkan ayat al-quran sangat jelas dalam menyimpulkan sesuatu kejadian. Bertitik tolak dari situ, mungkin ada baiknya jika beberapa peristiwa revolusi yang sedang berlaku di beberapa negara Islam ini diteliti dan dibahaskan mengikut rangka landasan wahyu. Janganlah semata-mata kerana kebencian hati dan protes, menyebabkan kita membuat kesimpulan mudah terhadap sesuatu peristiwa. Sedangkan peristiwa-peristiwa ini selayaknya ditadabbur sepertimana yang disarankan Allah didalam Al-Quranul karim.

Beberapa persoalan berkenaan revolusi tahun ini untuk sama-sama difikirkan:-

1. Negara-negara Arab memang sudah sepatutnya dibiarkan ‘kacau’ untuk membolehkan kedudukan Israel di timur tengah sentiasa kukuh dan ‘stabil’. Bukankah begitu?

2. Revolusi pertama di Tunisia dimulakan dengan ‘membakar diri’. Hal ini jelas bertentangan dengan syar’ie. Walhal, ianya sangat menyerupai modus operandi sepertimana disebutkan Protokol Zionis yang menggunakan orang tertentu untuk membuat provokasi seberti membakar, mencederakan diri dan tunjuk perasaan.

3. Terdapat maklumat yang mengatakan beberapa kedutaan asing di Mesir telah menyalurkan sumbangan dan ‘supply’ senjata kepada para demonstran. Mubarak sempat meluahkan hal ini namun tidak menyebutkan kedutaan2 yang terbabit secara spesifik.

4. Rakyat marhain dan massa cuba digerakkan untuk menumbangkan sebuah rejim yang berkuasa sudah tentulah memerlukan penyusunan yang teratur. FB semata2 masih tidak mencukupi untuk membuat kempen. Pencatur sudah tentu mesti wujud. Yang dicatur adalah pemimpin2 demonstran, orang2 berpengaruh dan pemimpin parti politik yang membangkang rejim pemerintah. Pihak manakah yang mencatur agaknya?

5. Jika kedai2 tutup dan ekonomi lumpuh, demonstran tetap memerlukan makanan selama demonstrasi berlangsung. Lebih2 lagi jika demonstrasi berlaku hingga berminggu2. Jika sehari, setiap orang perlukan lebih kurang sepuluh ringgit untuk makan. Bagaimana pula dengan jumlah yang ribuan manusia di tiap-tiap bandar. Dimanakah makanan-makanan ini disediakan? ‘Katering’ mana satu yang supply? Pihak manakah yang sediakan bajet yang sangat besar ini untuk cover makan minum dan pastikan semangat revolusi ini untuk terus berlangsung selama berminggu2? Jika perhimpunan ‘BERSIH’ di KL yang berlangsung satu hari saja pun , sudah membuatkan ‘pemimpin2 tertentu’ garu kepala dan terpaksa minta dana hingga ke Australia dan Singapore. Jd, pihak manakah yang support dana untuk jumlah yang sangat besar sebegini?

6. Revolusi ini berlaku selepas peristiwa wikileaks mendedahkan pelbagai kecurangan, penyalahgunaan kuasa dan skandal politik yang dilakukan oleh kerajaan-kerajaan dunia. Menyebabkan rakyat bawahan marah dan cuba mencetuskan pemberontakan. Siapakah disebalik Wikileaks? Ketahuilah, orang muda yang mengoperasi wikileaks ini telahpun membuat ‘deal’ dengan kerajaan Israel untuk tidak mendedahkan apa2 yang boleh mencalarkan imej Israel secara teruk.

7. Mengapakah terlalu ramai ‘konspirator teorist’ semacam mengumumkan bahawa kiamat berlaku 2012. KETIDAK STABILAN ini dimulakan dengan kejatuhan nilai USD sedikit demi sedikit, negara yang menyimpan USD sebagai rizab mereka pun ikut jatuh. Rakyat akan kebuluran dan kemiskinan serta KETIDAK STABILAN berterusan melarat. adakah peristiwa Revolusi sepanjang 2011 ini sebahagian daripada storyline mereka sebelum klimaks 2012? KETIDAK STABILAN disebarluaskan hinggalah mudah dimunculkan Dajjal sebagai ‘PENYELAMAT’? Ingatlah bahawa zaman kedatangan Dajjal adalah zaman ketidakstabilan dan kelaparan, tidak heranlah jika orang ‘Islam’ pun turut serta dengan Dajjal sebab mahukan ‘Syurga Air dan Makanan’.

8. Dan yang lebih penting sekali, adakah segala macam revolusi ini bermula atas dasar tuntutan keimanan dan rasa Taqwa kepada Allah?

wallahu a’llam