Malaysian Revolution: Anonymous Survival Guide for Citizens

anonymous(27191)

 

Klik utk Download:-

 

Survival-Guide-During-Revolution

15 KESILAPAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : “Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.” Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.” – (Maksud Al-Hadith )

 

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa 

 Kurang berdoa semasa mengandung. 
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. 
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:

Menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Sumber : Darulharis

Rahsia Disebalik Perang Di Jalur Gaza

(Peristiwa perang di Jalur Gaza saat ini) :

Hadits Nabi saw : “Berbahagialah bagi orang yang ditempatkan Allah disalah satu dari dua mempelai ; Askhelon dan Gaza”. (HR. Dailami dalam kitab Jami’us Shagir karya Imam Suyuthi : hadits no.5295)

“Boleh jadi awal dari keberakhiran (bidayatun nihayah) adalah pada tahun 2012 M. Itulah yang kita harapkan terjadi dan kita tidak dapat memastikannya, kecuali apabila telah menjadi kenyataan…” (Syekh Safar Al Hawali dalam kitab Yaumul Ghadhab, hal. 122)

Kesimpulan :

Perang besar (di sebuah lembah/gunung) di wilayah Palestin akan terjadi tidak lama lagi, yang membawa kepada tanda-tanda kedatangan Imamul Mahdi sebagai pembela ummat Islam itu akan muncul ke muka bumi sedikit masa lagi. Inshaallah..

Allahuakbar 3x

“Islam Adalah Agama Rasmi Di Sabah” – Tun Datu Mustapha

Tulisan di bawah ini hanyalah sekadar untuk menukilkan kembali poin sejarah berkenaan perjuangan Islam dibumi Sabah, agar ia sentiasa segar dalam ingatan dan hidup tertanam dalam jiwa para anak muda yang masih mencari-cari.

Sejarah dan kisah bagaimana Islam diperjuangkan di Sabah sangat berbeza daripada situasi di Semenanjung. Perkembangan Islam di Sabah tidak pernah sunyi daripada masalah hinggalah dunia menuju ke abad IPhone dan Komputer tablet.

Islam di Sabah tidak diperturunkan melalui pendidikan yang teratur. Tidak mempunyai pondok pesantren agama, tidak ramai ulama mursyid seperti wilayah-wilayah Indonesia dan semenanjung. Akibatnya di Sabah, Islam tidak dapat diperturunkan dengan baik kepada setiap generasi penerus. Oleh itu tidak hairan jika harini kita melihat ada orang Islam yang ‘main sabung ayam’ selepas solat Jumaat. Jika di pasar ikan, peniaga-peniaganya penipu (tidak semua), walaupun solat 5 waktu… itupun, kedai jualan mereka biasanya ada yang berdekatan dengan masjid dan surau.

Walaubagaimanapun, perjuangan pemimpin-pemimpin Islam di Sabah sedikit sebanyak mampu memberikan sedikit harapan kepada usaha dakwah Islam terutamanya sejak tertubuhnya USIA menjelang akhir tahun 1969. Kemunculan USIA dengan cita-cita perjuangann serta gerakan dakwah yang dilancarkannya telah memberikan kesan penting terhadap perkembangan Islam dan pemikiran masyarakat di Sabah. Agama Islam dan pengikutnya di Sabah telah menikmati hak-hak tertentu yang sebelum itu tidak pernah berlaku. MUIS yang tertubuh hasil daripada perjuangan USIA, telah membolehkan beberapa masalah pentadbiran berhubung dengan agama Islam dijalankan dengan lebih kemas berbanding masa-masa sebelumnya.

Sungguhpun perjuangan ini mendapat tentangan hebat daripada pemimpin agama Kristian, USIA tetap meneruskan usahanya tanpa tolak ansur. Hasilnya, strategi dakwah USIA yang dijalankan selama ini semakin menampakkan kekuatan dan berupaya memjamin kejayaan melalui sudut politik. Sebagaimana MUIS, usaha USIA untuk menjadikan Islam sebagai agama rasmi di Sabah sudah tidak menghadapi kesulitan apabila usul tentangnya dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri pada 23 September 1973. Didalam pindaan Perlembagaan Negeri Artikel 5(A), agama Islam dicatatkan sebagai agama negeri tanpa menghalang agama-agama lain diamalkan dalam keadaan aman dan harmoni seperti berikut:

“Islam is the religion of the State, but other religions may be practiced in peace and harmony in any part of the state.”

Pengiktirafan agama Islam sebagai agama rasmi Negeri sabah disifatkan sebagai kejayaan untuk meletakkan agama itu pada kedudukan yang paling tinggi oleh pemimpin USIA seperti kata Tun Datu Mustapha:

“The religion of Islam reaches its highest status in the recognition of Islam as the religion of the state of Sabah”

Tinggal lagi kejayaan ini perlu diisi dalam usaha memberi erti terhadap usaha generasi sebelumnya……

Siapakah lagi pemimpin Islam yang lantang memperjuangkan Islam di Dewan Undangan Negeri (Sabah) pada hari ini agaknya..?

Syeikh Imran Hosien May 17 Interview by Morris

День Победы – 9 Мая 2012

image

Manhaj Politik UMNO & PAS

UMNO (United Malays National Organization)

UMNO menggunapakai ijtihad Sheikh Ahmad Al-Fathani sebagai manhaj siasah mereka; iaitu menekankan kepada penguasaan ilmu dan kepandaian meliputi segala bidang serta strategi politik yang berkesan sebagai wasilah perjuangan untuk membina tamaddun bangsa Melayu yang muafakat dengan syarak. Ijtihad Sheikh Ahmad Al-Fathani adalah berdasarkan penyaksian terhadap faktor-faktor kegemilangan dan kejatuhan Daulah Uthmaniyah. Pemikiran beliau boleh dirujuk melalui Kitab As-Siyasatu wat Tadbir, Kitab Jumanah At-Tauhid (1876), Kitab Tashil Nail Al-Amani (1882), Kitab Al-Fatawal Fatahaniyah (1889), Hadiqul Azhar War Rayahin (1890) dan Kitab Mir-at Al-A’ajib (1906)

PAS (Parti Islam Semalaysia)

PAS pula berpegang kepada ijtihad Sheikh Abdul Qadir Al-Mandili, iaitu anak murid kepada Pak Cu Him dan Pak Da Eil (sepupu Sheikh Ahmad Al-Fathani) sebagai mazhab politik mereka; iaitu dengan mewajibkan umat Islam menyertai PAS untuk menolak pemikiran nasionalisme, undang-undang penjajah, kepemimpinan bukan Islam dan mewajibkan perjuangan menegakkan negara Islam. Ijtihad Sheikh Abdul Qadir Al-Mandili adalah ekoran daripada lahirnya pelbagai fahaman barat yang menolak Islam. Pemikiran beliau boleh dirujuk melalui buku-buku karangan beliau sendiri seperti Pendirian Agama Islam (1956), Islam : Agama dan Kedaulatan (1959), Kebagusan Undang-undang Islam dan Kecelaan Undang-undang Ciptaan Manusia (1961) dan Siasah dan Loteri dan Alim Ulama (1962)