Berkenaan Penulis

Diberi nama Mohd Firdaus Bin Azinun. Dilahirkan pada tahun 1985, dan dibesarkan di Semporna, Sabah. Mendapat didikan di SMKA Tun Sakaran, SMKA Kota Kinabalu Sabah, KML & MSU. Kini meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di Russian State Medical University, Moscow.

Penulis adalah guru Takmir Masjid, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia cawangan Negeri Sabah serta merupakan ahli Infitah Training & Consultancy yang memberikan khidmat perunding, latihan dan motivasi.

Laman ini hanyalah perkongsian ringkas termasuk koleksi tazkirah, beberapa idea, berita dan juga merupakan catatan perjalanan hidup saya. Apa yang baik, moga ianya menjadi pahala dan kebaikan bersama. Walaubagaimanapun, teguran dan pandangan daripada sahabat-sahabat pembaca saya dahulukan dengan ribuan penghargaan.

Bersama tok guru.. Syeikh Imran N. Hossien, di Afrika Selatan

Mudah-mudahan tulisan yang kecil ini boleh cuba untuk mengingatkan mana-mana yang lalai dan menjaga mana yang tidur dan menunjukkan mana yang sesat dan menyampaikan satu suara yang menyeru dengan kebajikan, jika tidak pun,moga ianya menjadi catatan agama untuk diri ini..

….Seringkali terdengar kata pesimis yang menganggap bahawa kebangkitan itu suatu utopia dan retorik semata-mata. Tidak kurang juga terdapat golongan yang futur terhadap usaha ini dan berasa Kebangkitan Islam ini tidak akan muncul. Jikapun muncul, bukan Ini zamannya. Malah ada yang sinis dan ketawa dan anggap usaha ini semacam perkara gila.

Kebangkitan Islam adalah suatu yang pasti sebagaimana jelasnya kata sang nabi. Kebangkitan Islam bukan juga sesuatu yang boleh diprojekkan dengan hanya menabur duit. Ianya adalah suatu usaha yang berterusan zaman berzaman. Prosesnya panjang. Bagi hati yang sudah biasa dengan kesenangan, sudah tentu kemenangan seringkali dituntut datang segera walaupun hakikatnya tiada usaha. Sedarlah bahawa ianya panjang dan sangat menguji keikhlasan niat dan ketahanan hati.. hanya yang sabar sahaja memahaminya.

Dan Istiqamah adalah jalannya.. Moga Allah menganugerahkan kepada kita.. supaya tetap hidup, dan mati didalam perjuangan agama ini. Sama-samalah kita berdoa dan mengusahakannya. Amin..

Dari Kiri:- Dr Samsuri (S/U Sulit Presiden), Firdaus Azinun, Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang (Presiden PAS), Ust Tuan Ibrahim Tuan Man ( Ketua Penerangan PAS Pusat), Tn Hj. Asmuni Awi (AJK Kerja PAS Pusat), Dato' Hj Mustafa Ali (SU Agung PAS)

Dari Kiri:- Dr Samsuri (S/U Sulit Presiden), Firdaus Azinun, Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang (Presiden PAS), Ust Tuan Ibrahim Tuan Man ( Ketua Penerangan PAS Pusat), Tn Hj. Asmuni Awi (AJK Kerja PAS Pusat), Dato’ Hj Mustafa Ali (SU Agung PAS)

11 Responses to Berkenaan Penulis

  1. Anonymous says:

    Amin… Ringkas dan padat.

  2. aira says:

    Amin…ust adalh pejuang islam trakhir di dlm kebangkiban duni islam akan dtg..mudah mudahan smua’y brjalan lancar di jln ALLAH..insyaALLAH

  3. arif mandangan says:

    aku bangga menjadi sahabatmu..teruskn perjuangan…x sabar plak mo panggil Dr. Firdaus nnt…amin

  4. salah lorong says:

    Assalamualaikum, Alhamdulillah saudara saya bangga dengan saudara sebab saya berasala tawau sabah juga…

  5. Anonymous says:

    Moga Allah memberi laluan yang lebih luas untuk saudara meneruskan usaha jihad ini. Amin

  6. Assalamualaikum saudara,
    Semoga berjaya…

    Insya Allah

  7. cahayanatrah says:

    Barakallahufiq. Semoga Allah mengira setiap apa yg telah dikorbankan dlm menyebarkan kebaikan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: