Datuk Dr.Jeffrey Kitingan Pemimpin UBF

image

Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan merupakan seorang ahli politik dari negeri Sabah, Malaysia. Beliau lahir di Kota Marudu dan merupakan siswazah dari Universiti Harvard (Sekolah Kerajaan John F. Kennedy). Abangnya ialah Joseph Pairin Kitingan, juga seorang ahli politik merupakan bekas ketua Menteri Sabah.

Kerjaya politik

Beliau dikenali sebagai seorang ahli politik yang kontroversi, pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana disyaki merancang untuk memisahkan Sabah daripada persekutuan Malaysia. Beliau juga dikenali telah bertukar parti politik beberapa kali, pernah menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Parti Angkatan Keadilan Rakyat(AKAR Bersatu) dan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO). Pada tahun 2003, beliau memohon untuk menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) tetapi ditolak.

Beliau merupakan salah seorang Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat sehingga meletak jawatan pada 28 October 2009.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau mencabar abangnya Joseph Pairin dari BN-PBS di kawasan Parlimen Keningau tetapi kalah.

(Sumber: Wikipedia)

About 2000N
Firdaus Azinun 20 February - Ulitsa Volgina, Moscow

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: