Lautan Hindi & Lautan Atlantik – Travelog

Image

Ini gambar tahun lepas semasa berada di Cape Town, Republic of South Africa, Afrika Selatan..

Alhamdulillah, mungkin ini salah satu daripada siri latihan.. untuk menajamkan mata pemerhatian terhadap sebahagian dari isi alam.. Daripada banyak penciptaan, salah satu daripada tanda kebesaran Allah s.w.t, dapat dilihat jelas ketika ini. Iaitu apabila berada di tempat pertemuan antara dua buah lautan, antara Lautan Atlantik dan Lautan Hindi. 

Secara umum, banyak perbezaan ketara antara dua laut bersejarah ini. Lautan Hindi agak sedikit tenang. sedikit masin berbanding Atlantik yang deras dan tidak semasin laut cina selatan ataupun laut sulu di perairan sabah.. Jika diperhati air laut Atlantik lebih ketara timbul ‘garam’ seperti seolah-olah tidak larut. Mungkin kerana airnya lebih sejuk berbanding lautan yang lain, menyebabkan garamnya tidak berapa larut.. Barangkali ini menjawab persoalan, kenapa air laut di bahagian bawah yang sejuk, lebih tawar rasanya berbanding kawasan permukaan laut yang rasanya lebih masin..

Image

Hindi

Kali pertama menjejakkan kaki, airnya rasa sejuk menusuk sampai ke tulang.. Buih daripada ombak juga sangat banyak.. Oleh kerana ombak yang deras, Atlantik memang sesuai untuk ‘windsurfing’ dan ‘bodyboarding’. macam main ski atas ombak laut..

Jika berdiri diantara point dua laut ini boleh nampak seolah-olah ada garisan pembahagi antaranya, melalui beza ‘wave’ gerakan ombak dan warnanya. Beza warna laut selalunya dipengaruhi oleh biasan cahaya dan spesis plankton yang hidup didalam air tersebut, ia dipengaruhi oleh kadar garam setiap lautan.. Sebenarnya sekali pandang pun boleh nampak jelas beza antara dua laut ini. Bagi yang biasa dengan laut, insyaallah boleh tahu dengan cepat.

Image

Atlantik

Kawasan laut sebelah Atlantik agak berkabus, nampak thrilling dan kadangkala menakutkan jika gelap. Kawasan disekitar titik pertemuan laut ini tinggi berbukit dan berbatu. Ramai yang telah mati apabila cuba berenang untuk melintasi kawasan yang terletak di titik pertemuan laut di Cape of Good Hope ini. Daripada cerita orang tempatan, hanya seorang ulama’ berasal dari tanah Melayu yang pernah melintasinya. (Ramai bangsa Melayu yang tinggal  sejak beberapa generasi dan menghidupkan dakwah disini, insyaallah akan dinaqalkan pada siri seterusnya).

Puji dan syukur kepada Allah s.w.t, Berdiri dihadapan antara titik pertemuan dua laut…rasa seolah-olah dapat sedikit ‘feel’ daripada kisah perguruan Nabi Musa A.S. kepada Khidir A.S. yang bertemu dikawasan seperti ini. Didalam Al-quran kawasan yang diistilahkan ‘marajal bahraini yaltaqiyan’.. Disini Alquran menunjukkan hakikat mengenai air laut yang berbeza karakternya.. 

Dari sini para saintis dapat memahami kebenaran Alquran tentang sifat dan karakter laut yang berbeza-beza serta tidak bercampur. Iaitu disebutkan bahawa Allah membiarkan dua lautan ini mengalir yang keduanya kemudian bertemu, dan diantara kedua lautan ini terdapat ‘pembatas’ yang tidak akan dapat saling menembus..  Dari sini jugalah ‘oceanographer’ Perancis tercengang apabila menjumpai sungai didalam laut. Beliau mula mengakui keagungan ayat-ayat Allah s.w.t dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w yang akhirnya memeluk Deenul Islam.. Hasilnya explorasi dasar laut ini berterusan dan membawah lebih banyak penemuaan sungai dan pohon-pohon dibawah laut dibeberapa tempat.. 

 




"Dan Dia yang membiarkan dua laut berdampingan yang satu tawar lagi segar, yang lain masin lagi pahit ; dan Dia jadikan diantara keduanya batas yang membatasi” - Al-Furqan:53

About 2000N
Firdaus Azinun 20 February - Ulitsa Volgina, Moscow

One Response to Lautan Hindi & Lautan Atlantik – Travelog

  1. shahirah says:

    sesunguhnya allah membuat sesuatu kerana kehendaknya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: