Manhaj Politik UMNO & PAS

UMNO (United Malays National Organization)

UMNO menggunapakai ijtihad Sheikh Ahmad Al-Fathani sebagai manhaj siasah mereka; iaitu menekankan kepada penguasaan ilmu dan kepandaian meliputi segala bidang serta strategi politik yang berkesan sebagai wasilah perjuangan untuk membina tamaddun bangsa Melayu yang muafakat dengan syarak. Ijtihad Sheikh Ahmad Al-Fathani adalah berdasarkan penyaksian terhadap faktor-faktor kegemilangan dan kejatuhan Daulah Uthmaniyah. Pemikiran beliau boleh dirujuk melalui Kitab As-Siyasatu wat Tadbir, Kitab Jumanah At-Tauhid (1876), Kitab Tashil Nail Al-Amani (1882), Kitab Al-Fatawal Fatahaniyah (1889), Hadiqul Azhar War Rayahin (1890) dan Kitab Mir-at Al-A’ajib (1906)

PAS (Parti Islam Semalaysia)

PAS pula berpegang kepada ijtihad Sheikh Abdul Qadir Al-Mandili, iaitu anak murid kepada Pak Cu Him dan Pak Da Eil (sepupu Sheikh Ahmad Al-Fathani) sebagai mazhab politik mereka; iaitu dengan mewajibkan umat Islam menyertai PAS untuk menolak pemikiran nasionalisme, undang-undang penjajah, kepemimpinan bukan Islam dan mewajibkan perjuangan menegakkan negara Islam. Ijtihad Sheikh Abdul Qadir Al-Mandili adalah ekoran daripada lahirnya pelbagai fahaman barat yang menolak Islam. Pemikiran beliau boleh dirujuk melalui buku-buku karangan beliau sendiri seperti Pendirian Agama Islam (1956), Islam : Agama dan Kedaulatan (1959), Kebagusan Undang-undang Islam dan Kecelaan Undang-undang Ciptaan Manusia (1961) dan Siasah dan Loteri dan Alim Ulama (1962)

About 2000N
Firdaus Azinun 20 February - Ulitsa Volgina, Moscow

One Response to Manhaj Politik UMNO & PAS

  1. Anonymous says:

    UMNO tak tahu malu ke mengaku Shaykh Ahmad al-Fatoni tu sebagai asas pemikiran mereka. Bacalah kitab dia bagi habis jangan ambil sekerat-sekerat. Shaykh Ahmad al-Fatoni ini adalah tokoh yang menubuhkan gerakan Islam yang pertama di rantau Melayu. Muridnya yang terkenal yang mengikut jejak langkahnya ialah Tok kenali di Kelantan. Murid Tok Kenali ini pulalah antara pelopor Hizbul Muslimin dan PAS, termasuk menjadi calon PAS. Shaykh Ahmad adalah antara penyokong kuat Khilafah Uthmaniyyah dan menentang usaha British dan Kamal Ataturk untuk menjatuhkan khilafah. Pemimpin UMNO pula pengkagum Kamal Ataturk seperti Dr Mahathir sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: