The Healing Power Of Sufi Meditation – Ilmu Lama Yang Dipinggirkan

The Healing Power Of Sufi Meditation - Ilmu Lama Yang Dipinggirkan

Detail of a 16th century Persian miniature showing a Sufi meditating in the trunk of a çinar.
(source: front cover of the paperback edition of Henry Corbin's Histoire de la philosophie islamique, Paris: Gallimard, 1986, The image credit inside the cover does not identify the manuscript. It says only that it is the property of the Reza-ye Abbasi Museum in Tehran)

 

Bangsa melayu ialah bangsa yang terkenal di nusantara, terkenal dengan keberanian dan semangat waja. Lagenda menyatakan bahawa orang pertama mengelilingi dunia ialah orang melayu bernama Panglima Awang atau dikenali di barat dengan nama Enrique atau Henry The Black. Beliau lah yang melengkapkan pengembaraan Ferdinand Magellan mengelilingi dunia, Rahsia kekuatan beliau salah satunya terletak didalam seni tafakkur.

Asal usul seni tafakur ini adalah dari golongan pahlawan , mereka menggunakan seni ini untuk memperolehi kekuatan luar biasa. Mereka menggabungkan kekuatan fikiran bawah sedar dan spiritual untuk mencapai perkara yang dihajati. Hasilnya para pendekar melayu ini mampu bergerak dengan lebih pantas, mampu menahan kesakitan, mampu menyembuhkan diri sendiri dan lain lain perkara yang mereka hajati sesuai dengan diri mereka.

Rahsia ini dipusakai oleh para guru, mahaguru dan pendita silat melayu dan hanya diwariskan kepada mereka yang benar benar layak dan sanggup menerima amanah untuk menjaga rahsianya.

Setelah kedatangan agama Islam di nusantara pada penghujung kurun 13 seni ini mengalami asimilasi dimana unsur mistik alami (animisme) diganti dengan amalan amalan berunsur kerohanian islam.

Pada tingkat ini lah para pendita silat tersebut  berjaya mencapai tahap yang tertinggi yang dipanggil kesedaran minda tertinggi. Kaedah ini juga diamalkan oleh para ulama, sesuai dengan ajaran Islam yang  menganjurkan tafakur . Ia diperbaiki dari masa ke semasa  menjadi satu seni dan kaedah  mengenal diri yang sempurna dan sesuai sepanjang zaman.

Kerana itulah semenjak beribu-ribu tahun dahulu, meditasi telah menjadi sebagai sebahagian dari mana-mana amalan yang berbentuk seperti amalan berbentuk “mistik”, amalan yang berbentuk kerohanian dan amalan berbentuk kebatinan (bertapa di gua-gua dan sebaginya).

Tafakkur ataupun ‘Meditasi’ ini juga sudah menjadi satu amalan “wajib” bagi membangunkan potensi diri seseorang. Hatta bagi seorang pencipta lagu atau pencipta sajak mahupun penulis buku pun perlu “bertafakkur/bermeditasi” untuk mendapatkan ilham dan idea. Tetapi ia boleh disebut sebagai meditasi yang ringan iaitu bersifat “relaxation” atau me“relax”kan minda sebelum ilham yang kreatif akan mula datang ( kreativiti dijana dari otak kanan yang sinonim dengan kemampuan minda separa sedar).

Bagaimanapun, kerana pencipta-pencipta lagu atau pencari idea kreatif ini sudah selalu melatih diri cara “termenung” memasuki “relaxation state” tersebut, mereka tidak memerlukan cara asas yang banyak digunakan oleh para pemeditasi iaitu perlu bersila atau duduk dengan “posture” yang tertentu. Sebaliknya mereka hanya perlu memcari sesuatu situasi yang telah di’anchor” oleh mereka sebagi satu proses memasuki potensi minda ini. Cuma panggilan bagi meditasi ini berubah dan berbeza kerana faktor bahasa dan agama yang berbeza-beza.

Persoalannya kenapa bertafakkur/bermeditasi mempunyai kesan besar pada tubuh badan?

Beberpa manfaat yang didapati dari kajian saintis neurologi tentang kesan meditasi kepada kesihatan otak seorang individu:-

Kajian menunjukkan amalan tafakkur/meditasi yang betul akan meningkatkan kadar hormon DHEA (Dehydroepiandrosterone) di dalam otak. Apakah DHEA dan bagaimana ia memberi kesan pada diri anda. Dalam mana-mana jurnal kesihatan telah menerangkan bagaiman kekurangan kadar DHEA (dihasilkan oleh kelanjar adrenal) di dalam badan mempunyai kaitan rapat dengan risiko serangan jantung, diabetis, kanser, masalah kereputan tulang dan pelbagai lagi masalah kesihatan. Kadar DHEA yang baik memebri kesan jelas dari segi peningkatan daya ingatan, `mencegah depresi, dan memberi kenaikan yang signifikan kepada kesihatan psikologi dan kesihatan tubuh badan. Selain itu DHEA juga sangat berkait rapat dengan system immune badan manusia. Kurangnya hormon DHEA akan memebri kesan besar pada system immune badan yang mempercepatkan kadar penuaan tubuh badan fizikal manusia dengan menganggu kadar tidur, stress, dan seksual individu.

Meditasi didapati meningkatan hormon Melatonin. Melatonin adalah hormone yang dihasilkan oleh kelanjar pineal dari asid amino acid tryptophan. Kadar melatonin memainkan peranan penting ke atas tidur yang cukup (baca:sihat). Diketahui stress akan mengurangkan kadar melatonin. Selain itu Melatonin juga adalah satu antioxidant yang baik. Kadar melatomin yang cukup memyebabkan anda mempunyai tidur yang lena.

 •Meditasi meningkatkan hormone serotonin. Serotonin adalah neurotransmitter and neuropeptide utama yang mempunyai pengaruh besar ke atas mood dan tingkahlaku seseorang individu. Kekurangan serotonin banyak dikaitkan dengan masalah emosi dan psikologi seperti depresi, obesity, insomnia, migraine. Malahan kerungsingan (anxiety) dan depresi yang dirawat dengan kaedah perubatan ( unsure dadah) diberi ubat seperti Prozax, Paxil dan Zoloft yang meningkatkan/stimulasikan kadar serotonin di dalam otak. Tetapi meditasi meningkatkan serotonin secara semulajadi.

Meditasi meningkatkan Endorphins. Endorphins adalah neurotransmitter yang dihasilkan oleh badan dan bertindak sebagai “painkiller” di dalam tubuh manusia. Ia menghasilkan kesan “kegembiraan” di dalam diri seseorang individu. Endorhpin sangat berkait rapat bagi seseorang yang mementingkan senaman setiap hari.

Meditasi merendahkan hormone Kortisol. Kortisol adalah hormone yang dihasilkan jika seseorang individu mengalami stress atau tekanan. Smakin kuat kadar tekana pada diri seseorang individu makin banyak kadar kartisol dirembeskan. Kortiso akan merosakkan sel-sel didalam otak dan membunuh banyak sel penting otak. Ia mempercepatkan penuaaan didalam otak dan melemahkan otak mansia. Kortisol danyak dijumpai di dalam tubuh seorang pesakit jantung, darah tinggi deabetis, stress kronik, stroke dan banyak lagi maslah kesihatan yang lain. Kortisol juga adalah penyebab utama maslah kelemahan ingatan/memori masalah pembelajaran.

Meditasi meningkatkan kadar neurostrasmitter GABA ((gamma aminobutyric acid). GABA adalah neurotransmitter penting di dalam system nervous otak. Ia mempunyai kaitan penting dalam memstabilan masalah gangguan mood/emosi. Runsing, tekanan (stress), insomnia dan sawan adalah antara faktor kegagalan otak menghasilkan tahap GABA yang mencukupi.

Di Washington, terdapat satu kajian terbaru mendakwa amalan meditasi bukan setakat mengurangkan tekanan tetapi membantu memperbetulkan aliran tekanan darah tinggi selain mengatasi perbagai kesan sampingan dan keburukan akibat pengambilan ubat anti tekanan

Dalam kajian ini, penyelidik Universiti Kentucky melakukan Sembilan ujian yang dikawal dengan meditasi sebagai amalan utama oleh pengidap penyakit tekanan darah tinggi sebagai pesertanya.

Apa yang didapati amalan itu terbukti menjadi punca utama pengurangan tekanan darah tinggi sebanyak 4.7 milimeter (sistolik) dan 3.2milimeter (diastolic).

Ketua penyelidik Dr James W Anderson yang juga professor perubatan falkulti perubatan universiti itu, mendakwa pengurangan tekanan darah sedemikian boleh mengurangkan ancaman atau risiko penyakit berkaitan, termasuk masalah jantung.

Lebih menarik lagi, pengurangan itu berlaku tanpa sebarang kesan sampingan pengambilan ubat berkaitan.

Oleh itu, perbanyakkanlah berzikir dan tafakkur mengenai kebesaran Allah s.w.t…… subhanallah….

About 2000N
Firdaus Azinun 20 February - Ulitsa Volgina, Moscow

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: