Keberkatan Perjuangan Tun Mustapha Datu Harun di Sabah

Telah ramai muncul pemimpin politik dari sebelah Timur, tapi kebanyakannya membawa ‘ism’ Nasionalis, sangat sedikit yang mau menegakkan Islam secara kaffah sebagai landasan perjuangan.

Pemimpin-pemimpin yang membawa agenda ‘non-islamik’ sering bertembung dengan pemimpin yang mahu mendaulatkan Islam secara kaffah. Pertembungan ini telah beberapa kali berakhir dengan pertumpahan darah. Ini seperti yang telah terjadi kepada Allahyarham Ust Ibrahim Libya dan orang-orang kampung yang mendokong beliau….

 

Gambar Tun Mustapha Dt Harun (kiri) dan Tun Sakaran Dandai (kanan) mengaminkan doa yang dibaca oleh TG Hj. Muda R.A. (ditengah) Kedua-dua pemimpin diatas adalah bekas Yg Dipertua Negeri Sabah & juga Bekas Ketua Menteri Sabah. Semasa hayatnya Tun Mustapha aktif membantu orang-orang Islam di Selatan Filipina bersama dgn Pemimpin Libya, Col. Muammar Ghadaffi. Manakala Tun Sakaran pula aktif membantu gerakan dakwah di Tasik Malaya, Indonesia melalui Tarekat Naqsyabandiyah.

 

Di negeri Sabah, …..antara pemimpin politik yang berjuang untuk Islam adalah Tun Mustapha Datu Harun.

Beliau hanyalah daripada orang biasa-biasa saja, bukan seorang ulamak, namun keberkatan daripada perjuangannya, telah membawa kepada pengislaman 50,000 saudara baru di Sabah, iaitu suatu Kejayaan gerakan dakwah besar-besaran di era 70-an. Sekaligus menukar Sabah kepada negeri yang majoriti Islam pada waktu tersebut.

Lebih menarik, kekuatan arus dakwah pada era ini telah mengetuk pintu hati pembesar2 Negeri Sabah untuk turut memeluk Islam. Antara pemimpin Sabah yang terawal memeluk agama Islam ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Tan Sri Donald Stephens, yang memilih nama Muhammad Fuad Stephens dan Menteri Pengangkutan Persekutuan Dato Ghani Gilong. Dari sinilah bermulanya  penubuhan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) melalui persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada 21 Julai 1971.

Tercatit di dalam buku ‘Sinar Perjuangan USIA’, bahawa kemuncak perjuangan dakwah ini ialah dengan kelulusan Sidang Dewan Undangan Negeri pada 23 September 1973 yang meluluskan peruntukan baru dalam Perlembagaan Negeri Sabah, iaitu menjadikan Islam agama rasmi Negeri tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni di mana-mana tempat dalam negeri.

 

Tun Mustapha memberikan amaran kepada pihak-pihak yang mungkir janji untuk membantu kewangan gerakan dakwah USIA, setelah Company mereka dibantu sehingga kaya oleh Kerajaan Sabah.

 

Pada tahun 1974, Tun Datu Mustapha telah dilantik sebagai Imam Khalifah Gayong bagi Negara-negara Islam, manakala Tun Abdul Razak yg merupakan Perdana Menteri Malaysia pula ditabalkan sebagai timbalannya…  Suatu penghormatan besar kepada beliau..

Sehingga hari ini, belum ada lagi mana-mana pemimpin politik Islam di Malaysia mahupun Asia Tenggara yang dapat memecahkan rekod dakwah seperti yang dilakukannya dalam politik.. Moga Allah S.W.T mencucuri rahmat atas rohnya… Al-Fatihah!……

About 2000N
Firdaus Azinun 20 February - Ulitsa Volgina, Moscow

8 Responses to Keberkatan Perjuangan Tun Mustapha Datu Harun di Sabah

  1. Marylyn says:

    Pengislaman di Sabah pada Tahun Pemerintahan USNO adalah di bawah arahan Tun Dato Mustafa… beliau banyak menangkap paderi paderi supaya upaca Ekaristis tidak dapat di rayakan… tindakan anda sama sahaja dengan Nabi Muhammad…

    • 2000n says:

      Sabar Puan Marylyn. 🙂

      Sabah adalah negeri yang aman damai, masyarakat hidup harmoni dan tidak pernah sebarang rusuhan kaum berlaku sepertimana dibeberapa kawasan di Malaysia.

      Saya melihat perspektif Tun Mustapha yang mengatakan Sabah akan lebih cepat maju jika punyai semangat kekitaan yang tinggi dan punyai halatuju yang sama. Atas sebab itu beliau mengambil pendekatan untuk memilih Islam sebagai dasar perjuangan beliau kerana mempunyai sistem perundangan yang lengkap dan sesuai untuk dilaksanakan diperingkat negeri. Perbezaan yang terlalu banyak dengan kerajaan Pusat akan menyebabkan Sabah tertinggal dalam beberapa sudut.

      Adapun paderi-paderi yang ditangkap tersebut bukanlah penduduk tempatan. Isu utama yg berlaku kerana terdapat bukti dan usaha untuk cuba mencampuri urusan pentadbiran dan politik negeri Sabah. Selain mahukan supaya Sabah dikeluarkan daripada Malaysia, mereka juga menanam sifat tidak patriotik dan cintakan pentadbiran Kolonial Company British. Kejujuran Tun Mustapha ini terbukti semasa mempengerusi Komitee Operasi Negeri dan mengeluarkan kenyataan “Sudah sampai masanya urusan agama Kristian dipikul oleh pemuka Kristian tempatan. Daripada kejujuran beliau inilah para pemimpin non-muslim di Sabah berbondong-bondong memeluk Islam dan mengakui kebenaran ajaran Islam itu sendiri.Turut memeluk islam ini adalah daripada tokoh-tokoh politik, tokoh perniagaan dan pemimpin masyarakat hakka.

      Berkenaan Nabi Muhammad ini, beliau adalah pemimpin kami dan idola hidup kami. Baginda seorang manusia yang sangat agung dan sentiasa disebut-sebut oleh ummatnya dan juga musuhnya walaupun baginda sudah meninggal lebih 1400 tahun lalu. Kesempurnaan sifatnya sebagai seorang nabi menyebabkan musuh-musuhnya benci dan sentiasa mencari-cari apa lagi cara yg boleh untuk memburukkan beliau. Oleh itu, tiada siapa yang berhak menghina baginda sepertimana kami tidak menghina sembahan agama lain. Kami mencintai baginda sepertimana kami juga mencintai yesus nabi Isa a.s sebagai nabi kami.

      salam hormat dari saya
      – Firdaus Azinun

      • Al-fazzir says:

        Firdaus Azinun; terima kasih dengan penjelasan anda kepada Marylyn. ni la contoh muslim sejati. anda mewakali umat Islam sedunia utk menjelaskan perkara yg sebenarnya. Alhamdulilah….

  2. gaman manang says:

    dia ni
    penganut agama islam kah atau
    penganut ‘agama rasmi’?

  3. gaman manang says:

    jadi soalan saya tidak difahami?baik.adakah kamu fikir menjadi agama rasmi itu baik untuk agama itu sendiri?bila kerajaan beragama ‘itu’ melakukan kesalahan,agama tersebut turut mendapat nama buruk.bila golongan ‘bukan agama rasmi’ menentang ketidak-adilan kerajaan,kerajaan tuduh menentang ‘agama rasmi’.kamu fikir itu baik untuk agama?20 perkara dilanggar,negara Sabah dijajah,kamu rasa bangga?

  4. Bisa Ular says:

    “Paderi2 yg ditangkap bukanlah penduduk tempatan”? That is one of the dumbest and most racist remark i have ever seen in defending the evil thing done in the name of religion. So, is it right to do so if they’re foreigner? Who is this guy that made this dumb remarks? Are you truly Sabahan? I never saw a Sabahan who had that kind of thought. You are really living in denial for saying something that is not, just as a cover up for the killing and discriminations done in your religion. Just ONCE, tell the truth!!! What were the “promises” and “reward” for the people back then for converting to islam? YES, you knew that, i know, but you’ll never say it, still in denial. Do you know who were murdered back then? Heavy allegations, yes, but you can never change history. Cover it up, in all level, but someday, people will know. I WAS THERE back then!!! In the name of religion!! How many of the new generations know about the true story behind all this idiotic things that occured back then? Hell, it wasnt even mentioned anywhere be it the real story or the modified version (as usual), because people might find out the truth sooner or later. It was never mentioned in any history classes. Feed the people the truth, why dont you? The history of this country, as i see it, is more to fairy tales, mostly, which is more like a brainwashing material, too self-centered like we’ve never done anything wrong or evil, all is well, yeah right.. Everything was covered up, a conspiracy. Back then, “some” people didnt convert merely because of faith, they did it to SURVIVE! Be it the businessmen, the politicians, the people etc.. Surviving the regime.. How ignorant are you to believe all the conspiracy? I’m not a christian myself, you’ll be surprise if you know who i am. But i respect the christians back then because they didnt retaliate. That boggled my mind until today. The only reasons for the mass conversion, by force, by reward-bribing, by fear; back then was the same as it was 1500 years ago. Political, ideology, power and mind control. Dare to deny? If God is loving, then there should never be any teachings of hatred, narcissist and brutality in any way. Look besides you, behind you, above, below and in front of you, and really LOOK at it with the right mindset, with an open mind, and i bet you’ll know what happened all this while. Religion is Faith, NOT FEAR!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: