Keberkatan Perjuangan Tun Mustapha Datu Harun di Sabah

Telah ramai muncul pemimpin politik dari sebelah Timur, tapi kebanyakannya membawa ‘ism’ Nasionalis, sangat sedikit yang mau menegakkan Islam secara kaffah sebagai landasan perjuangan.

Pemimpin-pemimpin yang membawa agenda ‘non-islamik’ sering bertembung dengan pemimpin yang mahu mendaulatkan Islam secara kaffah. Pertembungan ini telah beberapa kali berakhir dengan pertumpahan darah. Ini seperti yang telah terjadi kepada Allahyarham Ust Ibrahim Libya dan orang-orang kampung yang mendokong beliau….

 

Gambar Tun Mustapha Dt Harun (kiri) dan Tun Sakaran Dandai (kanan) mengaminkan doa yang dibaca oleh TG Hj. Muda R.A. (ditengah) Kedua-dua pemimpin diatas adalah bekas Yg Dipertua Negeri Sabah & juga Bekas Ketua Menteri Sabah. Semasa hayatnya Tun Mustapha aktif membantu orang-orang Islam di Selatan Filipina bersama dgn Pemimpin Libya, Col. Muammar Ghadaffi. Manakala Tun Sakaran pula aktif membantu gerakan dakwah di Tasik Malaya, Indonesia melalui Tarekat Naqsyabandiyah.

 

Di negeri Sabah, …..antara pemimpin politik yang berjuang untuk Islam adalah Tun Mustapha Datu Harun.

Beliau hanyalah daripada orang biasa-biasa saja, bukan seorang ulamak, namun keberkatan daripada perjuangannya, telah membawa kepada pengislaman 50,000 saudara baru di Sabah, iaitu suatu Kejayaan gerakan dakwah besar-besaran di era 70-an. Sekaligus menukar Sabah kepada negeri yang majoriti Islam pada waktu tersebut.

Lebih menarik, kekuatan arus dakwah pada era ini telah mengetuk pintu hati pembesar2 Negeri Sabah untuk turut memeluk Islam. Antara pemimpin Sabah yang terawal memeluk agama Islam ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Tan Sri Donald Stephens, yang memilih nama Muhammad Fuad Stephens dan Menteri Pengangkutan Persekutuan Dato Ghani Gilong. Dari sinilah bermulanya  penubuhan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) melalui persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada 21 Julai 1971.

Tercatit di dalam buku ‘Sinar Perjuangan USIA’, bahawa kemuncak perjuangan dakwah ini ialah dengan kelulusan Sidang Dewan Undangan Negeri pada 23 September 1973 yang meluluskan peruntukan baru dalam Perlembagaan Negeri Sabah, iaitu menjadikan Islam agama rasmi Negeri tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni di mana-mana tempat dalam negeri.

 

Tun Mustapha memberikan amaran kepada pihak-pihak yang mungkir janji untuk membantu kewangan gerakan dakwah USIA, setelah Company mereka dibantu sehingga kaya oleh Kerajaan Sabah.

 

Pada tahun 1974, Tun Datu Mustapha telah dilantik sebagai Imam Khalifah Gayong bagi Negara-negara Islam, manakala Tun Abdul Razak yg merupakan Perdana Menteri Malaysia pula ditabalkan sebagai timbalannya…  Suatu penghormatan besar kepada beliau..

Sehingga hari ini, belum ada lagi mana-mana pemimpin politik Islam di Malaysia mahupun Asia Tenggara yang dapat memecahkan rekod dakwah seperti yang dilakukannya dalam politik.. Moga Allah S.W.T mencucuri rahmat atas rohnya… Al-Fatihah!……

Advertisements

Kisah Tun Dr Mahathir Mohamad & Keberkatan Doa Orang-orang Soleh

Bekas perdana menteri Malaysia Tun Mahathir Mohammad adalah seorang yang sangat percaya kepada doa-doa para wali dan alim ulama. Beliau rajin bertemu dgn wali-wali bukan sahaja di Malaysia malahan di India asal usul keluarganya.

Di Malaysia wali allah yang ditemuinya adalah Tuan Guru Pak Anjang Hj Ismail, menantu kpd Tuan Guru Haji Omar di Bukit Haji Omar Merbok. Ini berlaku ketika Tun Dr Mahathir dibuang daripada UMNO. Baraqah doa itu, dia dibawa masuk oleh Datuk Harun kembali kpd Umno di Rawang dan memuncak karier politiknya sehingga menjadi Perdana Menteri.

Tuan guru haji Ismail sungguh-sungguh berdoa kerana Mahathir berjanji akan bersungguh-sungguh menegakkan Islam di Malaysia. Ini di ceritakan oleh Pak Tam Hussin Imam Masjid baru Merbok anak kepada Tuan Guru Haji Ismail. Haji Ismail ini biras kepada Hj Osman Yunus yg merupakan Pesuruh Jaya PAS yang Pertama di Kedah Perlis. Selain daripada itu orang yang sering diminta pertolongan oleh Tun Mahathir ialah Tuan Guru Haji Daq (Haji Abdul Razak adik kpd Tuan Guru Hj Aziz Pendang).