Kisah Pemerintah Brunei & Doa Org Soleh

“Di tahun 80-an saya sering dakwah di Sabah Serawak dan Brunai. Pada tiap mlm juma’t Pihin Umar Abdul Aziz menteri Besar Brunai (PM) mengadakan Yasinan Tahlilan dan doa di kediaman beliau. Satlah isyak juadah terhidang, jamaah d jemput makan, begitulah kebiasaan Pihin Umar Abdul Aziz.

Suatu malam, satelah solat isyak Pihin Umar ajak saya duduk di samping beliau, makan sambil berbual, beliu memulakan, kata beliau, ustaz saya ada yg mau saya sampaikan pada ustaz tentang sejarah Brunei ini, “Kami pada masa lalu tidak seperti ini, kami negeri yg sangat miskin, bukan saja rakyat miskin raja kami juga miskin. Hinggakan kalau masuk kapal dagang, cukai dari kapal dagang itulah buat bayar gaji pegawai.

Saya lihat air mata beliau tergenang d pelupuk matanya, beliau sebak, ucapannya tertahan tahan, tapi beliau teruskan juga, Ustaz, ukuran miskinnya raja kami, kadang-kadang dia (Inilah ungkapan sebenar pihin Umar) berhutang ikan dari penjual ikan berbulan-bulan untuk makan keluarganya.

Walau makanan enak pd mlm itu, tapi hati saya turut sayu mendengar cerita Pihin, suapan saya juga tersendat2.

Pihin teruskan ceritanya. Pada tahun 1920 Sultan pergi ke negeri Johor, di sana Sultan temui orang soleh yg barokah doanya, Sultan ceritakan kepada solihin itu ( sayangnya Pihin Umar A.Aziz tak sebut nama org soleh itu dan di mana tempat tinggalnya) dan Sultan minta tolong doakan dirinya agar dapat rezeki yg boleh memberi kelapangan hidup untuk rakyat dan keluarga.

Org soleh itu berkata pada Sultan “Jika tuanku berani berjanji untuk tegakkan syaria’t, saya bersedia berdoa untuk tuanku”.

Tuanku mengakui sanggup menegak syariat islam, lalu Orang Soleh itu ambil tongkatnya lalu memotong sepanjang jari telunjuk, orang Soleh berkata pada Sultan, “Bawa tongkat ini,tanam di negeri Brunei”.

Tahun 1920 tongkat itu d tanam 1929 keluarlah minyak d Brunai, mendapat wang minyak yg pertama, lansung sultan ambil guru2 agama dari negeri Johor.

“Ustaz!”, kata Pihin pada saya, “Saya khuatir melihat anak muda yang lupa Allah, seperti zaman sekarang, saya takut Allah sedut minyak ini kabawah maka tak naik naik lagi, saya lihat Pihin menahan tangisnya mukanya tunduk, saya terharu dan menahan sebak,
Ustaz, “Dulu datok nenek kami menjaga makan minum mereka tak mau makan shubhat lebih2 lagi yg haram, mreka minum yg manis dari gula tebu yg mereka perah sendiri.

Makanan mereka bersih dan halal oleh sebab itu doa mereka berkat, kekayaan Brunei ini berkat doa mereka, bukan hasil usaha kami, ini kurnia Allah, berapa oranglah dari kami yg bersyukur.
Suasana sepi saya jadi sayu, menangis dlm hati, barulah saya tau hati budi pemimpin Brunai, itu baru Menteri Besarnya, bagaimana hati budi Sultannya?

Sudah berkali kali Hasanul Bulqiah memerentah supaya melaksanakan hukum jinayah d Berunai, dari ucapan yg luar biasa bginda, Sultan Brunai bertitah “Siapalah kita di hadapan Allah untuk berkata, tidak, atau nanti dulu” untuk melaksanakan hukum jinayah.

Titah ini sarat dgn aqidah yg teguh, Baginda sedar akan dirinya sendiri yg tiada apa apa di sisi Allah, Baginda menafikan segala sesuatu dgn prtanyaan “Siapalah kita……….? dan mengithbatkan Allah dgn kata kata “….di sisi Allah…..”

Wahai kaum muslimin dan saudaraku yg beriman kpd Allah yg Maha Esa, terutama penduduk pulau Borneo satukan hati kita beri sokongan dokongan penuh kepada Baginda Sultan Brunei yg bertikad mau melaksanakan hukum jinayat di negara Brunei, mungkin nanti akan merambas ke Borneo seluruhnya.

dikisahkan & pengalaman drpd Al-Fadhil Ustaz Hj. Abd Halim Abas

About 2000N
Firdaus Azinun 20 February - Ulitsa Volgina, Moscow

3 Responses to Kisah Pemerintah Brunei & Doa Org Soleh

  1. Hadi Rofieea says:

    Alhamdulillah, kisah yang sangat memberi inspirasi. Terima kasih. Kita doakan semoga Islam dapat ditegakkan. Amin.

  2. Izah Norddin says:

    alhamdulilah satu cerita yang dapat memberi inspirasi..marilah kita bersama menegakkan agama islam dan syariat allah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: