Dr Sulaiman : Slogan Kebebasan, Hak Asasi Senjata Revolusi Rakyat 200 Tahun Dulu

 

“Sejak 200 tahun dahulu sudah ada slogan ‘freedom’(yakni) bebas,’Equality’, ‘Fraternity’. Ini (slogan) freedom llluminati“, kata Profesor Madya Dr Sulaiman Noordin ketika ditemui abuaqif di Kajang, Selangor, 3 November lalu.

Dr Sulaiman, bekas Pengarah Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia berkata strategi mengunakan senjata liberty (kebebasan), equality (persamaan) dan fraternity (persaudaraan) pernah digunakan pada tahun 1789, semasa Revolusi Peranchis untuk membentuk sebuah Negara Liberalpertama di dunia.

Ketika itu beberapa slogan lain turut digunakan oleh kumpulan Freemasonry antaranya; “Strength (kekuatan), Equality (persamaan), Justice (Keadilan), namun slogan “Liberty, equality, fraternity” paling berkesan.

Menurut Dr Sulaiman slogan kebebasan dan hak asasi itu digunakan untuk mencapai cita-cita revolusi yang sebenarnya di bawah telunjuk kuasa asing untuk menjayakan agenda New World Order (NWO) atau Order Baru Dunia.

“Ia adalah slogan untuk mencetuskan revolusi rakyat menentang pengusaha (pemerintah) untuk mewujudkan..menyusun semula Order Baru Dunia.

“Order Baru Dunia ini ditaja oleh 7-10 keluarga pemilik bank antarabangsa yang terkaya di dunia

“Mereka ingin menguasai dunia yang disebut sebagai ‘global village’, di mana kuasa pemerintahan berpusat kepadanya dengan mewujudkan tiga kelas rakyat iaitu pemerintah, tentera dan pekerja”, katanya.

Menurutnya slogan ini adalah slogan sains sosialis untuk menyusun semula masyarakat yang bebas daripada nilai-nilai agama dan budaya kaum dan membentuk satu sistem sosialis komunis bentuk baru.

“Hak asasi manusia adalah slogan sosialis yang bersumberkan kitab Talmud (kitab agama Yahudi terpenting).

“Di belakang slogan ini adalah kuasa-kuasa ghaib yang berselindung di belakang pemilik-pemilik bank dunia”, katanya

Dalam buku The Hidden History of Money & Feudal Order Usury Secrets, karya Alexander James, mendedahkan, untuk mencapai cita-cita tersebut, langkah pertama yang perlu dilakukan oleh para pendokongnya dengan memporakperandakan ‘nilai-nilai agama’.

Hal ini terbukti, apabila, Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS), Lucy Mcfadden, tokoh yang terlibat secara langsung mengkaji perkaitan bank dengan kuasa mengesahkan bahawa pemilik-pemilik bank antarabangsa telah bekerja untuk mewujudkan suatu keadaan huru-hara dan kemiskinan supaya mereka (pemilik bank) boleh terus menjadi pemerintah (sebenar).

Selepas peristiwa 9/11, empat negara Islam, Iraq, Afghanistan, Mesir dan Libya menjadi sasaran melalui slogan tersebut.

Menurut Dr Sulaiman, kebanyakan pengkaji Barat mencurigai modus operandi berlakunya tragedi 9/11 dan kemungkinan besar tragedi itu sengaja direka untuk mempercepatkan kejayaan agenda NWO.

Selepas tregedi 9/11, negara-negara Islam menjadi sasaran, termasuk di Malaysia yang dilakukan oleh Datuk Ambiga Sreenevasan dalam perhimpunan haram BERSIH 2.0, 9 Julai lalu.

“Ambiga melalui BERSIH mendapat bantuan daripada NED (National Endowment for Democracy), pertubuhan topeng CIA, targetnya untuk melakukan huru-hara.

“Supaya mereka (Barat) boleh mengambil kesempatan seperti di Mesir dan Libya”, katanya.

Pada Julai lalu, sebelum menjelangnya perhimpunan haram BERSIH 2.0, Dr Sulaiman mendedahkanperhimpunan itu adalah sebahagian daripada agenda kuasa asing yang bertopeng ‘people power’ (Kuasa Rakyat).

Katanya, perkara ini semakin jelas, apabila Ambiga sendiri dijemput untuk merasmikan acara tahunan Seksualiti Merdeka 2011 yang bertujuan mahu mengiktiraf kumpulan seks bebas, LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender).

Katanya, program Seksualiti Merdeka adalah kesinambungan BERSIH 2.0 iaitu melakukan provokasi nilai-nilai ekstrim kepada masyarakat.

“Dalam demokrasi di Malaysia, mereka cuba merintis nilai-nilai ekstrim, seksual bebas, homoseksual, lesbian melalui NGO (hak asasi manusia).

“Kumpulan NGO ini berusaha mengancam nilai-nilai murni kumpulan rakyat yang majoriti yang (sudah pasti) tidak (akan) terima nilai-nilai seperti ini.

“Mereka menerima nilai kebebasan, persamaan dan persaudaraan sebagai perisai kerana di belakangnya adalah Soros, Cohen dan Madeline Albright.

“Mereka cuba membuat New World Order..di mana mereka (akhirnya menjadi) firaun terbesar”, katanya.

Menurutnya, kumpulan tersebut bersembunyi di sebalik istilah-istilah yang baik untuk menyembunyikan keganasan yang bakal mereka lakukan.

Dalam buku terbarunya bertajuk “Sejarah Pemikiran I – Sumber Ilmu, Perbandingan Ideologi dan Order Baru Dunia” menyimpulkan bahawa matlamat akhir kumpulan kebebasan dan hak asasi manusia itu adalah untuk menukar takrif nilai-nilai agama dan budaya tempatan.

Mereka mahu takrif nilai-nilai agama dan budaya tempatan yang baru yang kononnya bersesuaian dengan peredaran zaman.

“Tuntutan hak asasi ini yang sebenarnya ditaja oleh The Fabian Society di London, New York, yang berasaskan pemikiran sosialis marxisme yang di belakangnya dibiayai oleh pemilik bank antarabangsa.

“Mereka ingin menukar nilai masyarakat melalui kata ramai..kata majoriti (dunia)..nilai masyarakat moden..menggunakan slogan nilai perlu ikut zaman.

“(Nilai baru itu) mestilah lepas daripada kongkongan agama..agama itu katanya kuno, racun, membantutkan kemajuan dan sebagainya” katanya.

Namun begitu, mengikut kajian Victor E Marsden dalam bukunya, ‘The Protocols of the Elders of Zion’, merosakkan nilai institusi keluarga dan pembelajarannya adalah termasuk dalam salah satu protokol Zionis tersebut.

About 2000N
Firdaus Azinun 20 February - Ulitsa Volgina, Moscow

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: