Dakwah di Pedalaman Sabah: Solat Jumaat 6 orang?

Di Sinulihan juga, telah ada kawan-kawan baru yang komited untuk belajar Islam. Saya bersama Ustaz Arabi sering ke sana, paling kurang seminggu sekali. Di hari-hari lain, kami akan bergerak ke kawasan-kawasan lain seperti Kabulu, Sook, Binuwou atau Nabawan.

Surau yang asalnya sunyi mula terisi dengan solat jemaah. Antara yang rajin belajar, Soupin dan Rubilin. Kedua mereka sudah berkeluarga, dan rumah mereka berdekatan di atas bukit.

Pengajian fardhu ain dimulakan. Perkara-perkara asas berkaitan fardhu ain diajar, disamping kuliah umum berkaitan kefahaman Islam.

Setiap kali kehadiran kami ke sana ada seorang nenek berusia 60an giat berkempen mengajak lelaki dan wanita hadir sama. Kadang-kadang pengajian di surau, tapi lebih kerap di rumah saudara Soupin.

Walaupun rumahnya kecil, tetapi lebih ramai kehadiran berbanding di surau. Pelik juga. Mungkin kerana yang hadir itu mereka yang berhampiran. Kebanyakan yang hadir kaum ibu. Makin hari makin ramai yang hadir.

Wajah Islam telah terserlah di bumi Sinulihan. Bukan saja kaum ibunya semakin ramai bertudung labuh menutup aurat, anak-anak perempuan di sekolah rendah juga telah bertudung dan berseluar panjang bagi pelajar lelaki.

Kain tudung, telekung, kopiah, serban yang dikirim kawan-kawan dari Kuala Lumpur habis diborong penduduk. Kesedaran beramal Islam begitu tinggi. Kini bukan lagi seorang muslimah yang berpurdah, tetapi telah lima orang.

Dakwah dirancakkan lagi dengan kedatangan Ustaz Hasyim Ahmad dari Kuala Lumpur. Beliau adalah salah seorang jurulatih kami dalam Qismu Dakwah Wal Qiadah.

Beliau kagum dengan perubahan yang berlaku, kerana menurutnya empat tahun lalu ketika berdakwah di Sabah, belum ada suasana seperti ini di pedalaman.

”Bila perubahan ini berlaku?” Ustaz Hasyim bertanya.

”Baru beberapa bulan yang lalu,” jawab Ustaz Mohd Arabi, ”Itupun kita belum pernah buat apa-apa kursus, hanya ziarah ke rumah dan kuliah ringkas,” tambahnya.

Ceramah di Surau malam itu dimulai dengan nasyid dan selawat. Ya. Anak-anak kampung telah pandai bernasyid dan berselawat. Kini nasyid telah menggantikan lagu-lagu popular waktu itu, kedengaran dinyanyikan kanak-kanak di mana-mana.

**********************************

Teringat di peringkat awal kami di sana, kebetulan hari itu Jumaat, kami ke Surau untuk solat Jumaat. Waktu zohor di sana lebih kurang 12.30 tengahari. Surau masih kosong, hanya kami bertiga. Saya, Ustaz Arabi, Ustaz Sayed Zainal.

Kami terus menunggu walaupun telah lama masuk waktu. Kira-kira jam 1.00, barulah kelihatan Saupin dan Rubilin datang. Tidak lama datang pula Cikgu Maslee.

Jam 2.00 petang, baru ada 6 orang. Bagaimana nak solat Jumaat, tak cukup 40 orang?

Akhirnya, jam 2.30, kami solat zohor saja. Itu yang boleh dibuat.

************************************

Mengimbau Perjuangan Rasulullah

Pernah berlaku di zaman Rasulullah, ahli jemaahnya hanya 12 orang, Rasulullah teruskan juga solat Jumaat.

Riwayat daripada Jabir yang bermaksud,

Bahawa Nabi ﷺ, pada suatu hari Jumaat, sedang membaca khutbah secara berdiri, tiba-tiba sampailah unta yang membawa barang perniagaan dari Syam, lalu orang ramai berkerumun kepadanya hingga tinggal 12 orang lelaki sahaja (yang mendengar khutbah), maka turunlah ayat ini mengenai solat Jumaat yang bermaksud:

”Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar – berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad:” Pahala – balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.” (Al-Jumu’ah 62:11)

12 orang, itulah bilangan yang pernah Rasulullah bersolat Jumaat, tetapi yang muktamad adalah 40 orang.

Sebagaimana Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud:

“Sesungguhnya Nabi ﷺ menunaikan sembahyang Jumaat di al-Madinah yang mana bilangan mereka seramai 40 orang; tiada bukti yang menunjukkan Nabi ﷺ menunaikan sembahyang itu dengan bilangan yang kurang daripada 40 orang.”

************************************

Bagaimana menetapkan hukum?

Semasa dilatih guru, sebelum bergelanggang dalam suasana sebenar, selalu kami diingatkan sebuah hadis, dialog yang berlaku ketika Muaz bin Jabal diutus menjadi wakil di Yaman,

Rasulullah ﷺ bertanya,

ما روى أن النبي (ص) قال لمعاذ : لما تحكم؟ قال بكتاب ألله تعالى , قال : فان لم تجد؟ قال : بسنة رسول ألله (ص) , قال : لم تجد؟ قال :اجتهد رأيى ولا آلو. فقال النبي عليه السلا الحمدلله الذي وفق رسول ألله (ص) لما يحبه ويرضاه فان رسول ألله .

(رواه أحمد و ابو دأود)

Maksudnya:

Bagaimanakah nanti engkau akan memutuskan hukum apabila dibawa kepada engkau sesuatu permasalahan?

Muaz menjawab: “Saya akan memutuskan hukum berdasarkan Kitab Allah SWT”

Nabi bertanya lagi, “Sekiranya kamu tidak mendapati di dalam Kitab Allah?”

Jawab Muaz. “Saya akan memutuskan berdasarkan Sunnah.”

Tanya Nabi lagi, “Sekiranya engkau tidak menemui di dalam Sunnah?” Muaz menjawab, “Saya akan berijtihad dan saya tidak akan mengabaikan perkara tersebut.”

Nabi pun menepuk dada sambil bersabda, “Segala puji bagi Allah yang telah memberi taufiq kepada utusan Rasulullah ke arah sesuatu yang diredhainya.”

(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

************************************

Ijtihad Dakwah

Oleh kerana terdapat hadis tentang solat Jumaat dibolehkan pada bilangan 12 orang pada keadaan tertentu, kami berazam, agar bilangan jemaah solat Jumaat akan bertambah sekurang-kurangnya 12 orang.

Jika kurang dari itu, kami akan solat zohor. Walaubagaimanapun, sebagai melatih penduduk solat Jumaat, diadakan juga khutbah, kemudian solat zohor.

Empat bulan pertama, kadang-kadang ada 10 orang,  kadang-kadang 11 orang. Jika kira termasuk kami yang bermusafir ini, belum cukup untuk tunaikan solat Jumaat.

Selepas kira-kira lima bulan berdakwah, suasana mula berubah. Kawan-kawan di Sinulihan giat berkempen, mengajak penduduk solat berjemaah dan solat Jumaat. Bilangan solat Jumaat kadangkala hampir-hampir 40 orang, walaupun terpaksa menunggu lama. Alhamdulillah, seruan menampakkan hasil.

Biasanya khutbah akan disampaikan oleh Ustaz Sayed Zainal, sebagai seorang guru yang akan menetap lama di situ. Maklumlah kami sentiasa bergerak dari satu kampung ke kampung yang lain.

Syukur tidak terhingga ya Allah. Engkau kabulkan doa kami untuk melihat syiarMu tertegak dalam masyarakat pedalaman ini. Tidak sedar airmata syukur mengalir deras.

Harapan kami, agar Sinulihan Baru menjadi model masyarakat Islam di kawasan Pedalaman.

ps: 

1. Pendakwah akan berdepan dengan pelbagai persoalan. Ketika itu kenalah bijak menetap dan melaksanakan hukum yang terkandung dalam Al Quran dan Sunnah, lebih-lebih lagi dalam masyarakat yang baru berjinak-jinak mengamalkan Islam.

 

2. Ustaz Hasyim Ahmad kini seorang tenaga penggerak utama di Fitrah Perkasa Sdn. Bhd.

3. Antara Program Islam yang dijayakan oleh anak jati Kampung Sinulihan

محمد فضلي بن يوسف

23 Jamadil Akhir 1432H

27 Mei 2011

Silakan share

 (Jika ingin kongsikan di blog, atau di copy paste ke nota anda, sila nyatakan nama saya dan buat pautan ke FB saya, agar saya mudah menjawab segala persoalan yang timbul dari artikel ini. Link terus ke FB saya: http://facebook.com/mfadli11 atau ke note ini, http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150261656621719)

 1. Saya sudah membuat nota  Cara Membina Link dan Share Nota , harap dapat membantu untuk share nota-nota saya untuk diri sendiri dan kawan-kawan.

2. Berumrah bersama kami – Bimbingan dan tarbiyah sepanjang jalan.  Rabbani Travel & Tours Sdn Bhd, hubungi saya 012-4962812, Mohd Fadli Yusof.

3. Sumbangan dialu-alukan sebagai saham akhirat untuk operasi dakwah di pedalaman Sabah. Keperluan untuk perjalanan pendakwah dan kebajikan mualaf antara yang amat diperlukan. Jika anda bermurah hati untuk menderma atau zakat, bolehlah masukkan ke akaun saya, 

164427309874 Mohd Fadli Yusof, Maybank.

14290000431202 Mohd Fadli Yusof, CIMB.

14014020737552 Mohd Fadli Yusof, Bank Islam.

email mfadli11@yahoo.com

Kalau sudah masukkan sumbangan, tolong nyatakan jumlahnya dan bila masa dimasukkan.

About 2000N
Firdaus Azinun 20 February - Ulitsa Volgina, Moscow

2 Responses to Dakwah di Pedalaman Sabah: Solat Jumaat 6 orang?

  1. Assalamualaikum,

    Saya Nor Hayati Nia Ellen Binti Abdullah, berasal dari Tamparuli, Sabah akan tetapi menetap di Kuantan, Pahang.

    Walaupun saya berasal dari Sabah, tetapi tempat-tempat pedalaman yang disebut belum pernah ku dengar. Apatah lagi, dijejaki.

    Saya berhajat untuk masuk ke tempat tersebut untuk melihat sendiri persekitaran kampungnya.

    Macamana cara saya masuk ke sana atau ada tak saluran cara berhubung dengan sesiapa yang saudara kenali menetap di sana?

    Jika sekiranya sudi, boleh add saya di akaun facebook saya. “Kongsi Kisah Saudara Baru”.

    Atau boleh email saya di hajah_hayati2012@yahoo.com berhubung perkara ini.

    Sekian dan terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: