Sejarah kesatuan “Dunia Berbahasa Melayu”

KISAH fenomena Melayu bersambung. Telah dinyatakan adanya: Realisasi yang paling nyata daripada mimpi lama ialah wujudnya kesatuan “Dunia Berbahasa Melayu” ya ng harus diperteguhkan.

Demikian disuarakan oleh Profesor Ismail Hussein dalam syarahan perdana di Universiti Kebangsaan Malaysia pada suatu masa lampau ketika menyambut ulang tahun ke-20 penubuhan UKM pada bulan Mei 1970.

Selanjutnya dihuraikan: Semenanjung Melayu adalah satu-satunya daerah di bumi Ilahi ini yang mengambil nama “Melayu”. Ini tanah asal bahasa dan kebudayaan Melayu yang intim di samping “Tanah Melayu” yang lain, iaitu pantai timur dan selatan Sumatera.

Semenanjung Melayu ditakdirkan terletak antara benua dan kepulauan, ia seolah-olah dikepung oleh Dunia Melayu yang cukup berbeza sejarahnya, yang satu telah mengalami kekalahan, yang lain sedang menuju kemenangan. Sempadan Dunia Melayu yang di benua, iaitu di antara dahulunya merangkumi selatan Vietnam dan Kemboja dan juga seluruh wilayah segenting kara hinggalah ke daerah Selatan Burma.

Dunia Melayu yang di selatan berkembang, gagah sebagai negara-negara kebangsaan yang baru, iaitu Indonesia, Brunei Darussalam dan Filipina. Bangsa Melayu di Malaysia yang terkepung di tengah dua dunia itu, hidup terumbang-ambing antara kekalahan dan kemenangan dan memberikannya dinamik yang luar biasa.

Dicatatkan oleh Ismail Hussein selanjutnya ialah beberapa peristiwa berkaitan dengan dunia Melayu:

* Dalam tahun 1879 Parlimen Hawaii di Honolulu telah membincangkan kemungkinan penyatuan Dunia Melayu-Polinesia yang luas.

* Sembilan tahun selepasnya (1898) Apolinario Mabini di Manila mencadangkan “Federation Malaya” dengan gagasan yang sama.

* Muncul di Filipina ialah wiranya yang terbilang, Jose Rizal yang diberi nama jolokan “The Pride of the Malay Race” atau “The Great Malayan”.

* Berikutan ialah peranan Wancelao Vinzons yang menyampaikan pidato bersejarah “Malaysia Irredenta” yang memaparkan mimpi penyatuan seluruh bangsa Melayu – Polinesia. Waktu itu beliau berusia 22 tahun dan seorang pemuja Rizal. Beliau selanjutnya mengarang buku mengenai “History and civilization of Southeast Asian countries belonging to the Malay race”.

Di samping itu di Indonesia ialah peranan Muhammad Yamin, berasal dari Talawi. sebuah kampung kecil di Sumatera Barat.

Menurutnya “Selat Melaka ialah corong kepulauan kita, Malaya ialah batang leher kepulauan Indonesia daerah yang delapan. Menceraikan Malaya dari Indonesia dalam perhubungan internasional”.

Keagamaan

Pada peringkat akhir syarahan perdananya Ismail Hussein menyebut: Dunia Melayu ini penuh keragaman dari segi keagamaan, kebudayaan, kesenian serta adat resam, tetapi di bawah keragamannya itu selalu terasa ada kesatuan yang mengikutnya”.

Dalam kertas kerjanya pula berjudul The Study of Malay Literature, Ismail Hussein menyebut mengenai kira-kira 2,000 manuskrip asli Melayu dihantar ke Eropah kebanyakannya untuk perpustakaan-perpustakaan Inggeris dan Belanda.

Lanjutan kisah ialah karya berjudul Malay, World Language of the Ages oleh Profesor James T. Collins, yang mengkaji bahasa dan pelbagai loghat Melayu di seluruh Asia Tenggara.

Beliau menyebut antara lain mengenai kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15 memeluk agama Islam. Ketika itu Melaka mempunyai kira-kira 200,000 penduduk dan berupa kota terbesar di Asia Tenggara. Kerana kaitan dengan Islam, tulisan Jawi menjadi bahan utama penulisan Melayu.

Pada 10 Ogos 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis yang kemudian meranapkan masjid-masjid serta istana-istana untuk mengubah segalanya. Namun, pada tahun 1522 kamus Melayu terbit hasil usaha seorang peniaga bangsa Itali, bernama Antonio Pigafetta. Antara contoh kata-kata:

Melayu 1522, Apenomaito?, Tida tahoSudah Macan,

Melayu 1996, Apa nama tu?, Tidak tahu, Sudah makan?,

Melayu 1534, Baparim de Pungor, Ange’ dia malu, Sita pa tau dor,

Melayu 1996, Berperang di Punggur, Nggak dia malu, Setapak tak undur.

Juga catat ialah surat tulisan Jawi dari Sultan Brunei pada tahun 1599 kepada Gabenor Manila setelah diserang oleh tentera Sepanyol. Surat tersebut masih disimpan di Sepanyol.

Mendapat perhatian ialah peranan seorang Paderi Kristian, Francisco Javier di Melaka setiba pada tahun 1545. Beliau mempelajari bahasa Melayu hingga boleh menterjemah ayat-ayat sembahyang penganut Katolik. Beliau mengadakan pelajaran-pelajaran agama Kristian dalam bahasa Melayu.

Pada tahun 1632, bahasa Melayu digunakan dalam mahkamah-mahkamah pemerintahan Belanda di Ambon. Seorang bangsa Maluku beragama Kristian, Jan Paijs menjadi petugas mahkamah menulis kenyataan-kenyataan dalam bahasa Melayu tulisan rumi. Surat-surat berumur 364 tahun itu masih disimpan di negeri Belanda.

Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca di Batavia semasa pemerintahan Belanda.

Pada tahun 1856, suratkhabar bahasa Melayu terbit di Surabaya untuk keperluan ahli-ahli perniagaan. Menjelang akhir abad ke-19, akhbar-akhbar Jawi dan Rumi terbit dipelbagai tempat Gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archiplago).

Semasa tentera Jepun menyerang dan menewaskan bala tentera British di Malaya dulu, pegawai-pegawai tentera Jepun membawa kamus Malay-English susunan Wilkinson, tulisan Rumi.

Menurut Profesor Collins, sepanjang sejarah 1,300 tahun bahasa Melayu telah menerima kata-kata bahasa Arab, Sanskrit, Portugis dan Belanda.

Advertisements

Dakwah di Pedalaman Sabah: Solat Jumaat 6 orang?

Di Sinulihan juga, telah ada kawan-kawan baru yang komited untuk belajar Islam. Saya bersama Ustaz Arabi sering ke sana, paling kurang seminggu sekali. Di hari-hari lain, kami akan bergerak ke kawasan-kawasan lain seperti Kabulu, Sook, Binuwou atau Nabawan.

Surau yang asalnya sunyi mula terisi dengan solat jemaah. Antara yang rajin belajar, Soupin dan Rubilin. Kedua mereka sudah berkeluarga, dan rumah mereka berdekatan di atas bukit.

Pengajian fardhu ain dimulakan. Perkara-perkara asas berkaitan fardhu ain diajar, disamping kuliah umum berkaitan kefahaman Islam.

Setiap kali kehadiran kami ke sana ada seorang nenek berusia 60an giat berkempen mengajak lelaki dan wanita hadir sama. Kadang-kadang pengajian di surau, tapi lebih kerap di rumah saudara Soupin.

Walaupun rumahnya kecil, tetapi lebih ramai kehadiran berbanding di surau. Pelik juga. Mungkin kerana yang hadir itu mereka yang berhampiran. Kebanyakan yang hadir kaum ibu. Makin hari makin ramai yang hadir.

Wajah Islam telah terserlah di bumi Sinulihan. Bukan saja kaum ibunya semakin ramai bertudung labuh menutup aurat, anak-anak perempuan di sekolah rendah juga telah bertudung dan berseluar panjang bagi pelajar lelaki.

Kain tudung, telekung, kopiah, serban yang dikirim kawan-kawan dari Kuala Lumpur habis diborong penduduk. Kesedaran beramal Islam begitu tinggi. Kini bukan lagi seorang muslimah yang berpurdah, tetapi telah lima orang.

Dakwah dirancakkan lagi dengan kedatangan Ustaz Hasyim Ahmad dari Kuala Lumpur. Beliau adalah salah seorang jurulatih kami dalam Qismu Dakwah Wal Qiadah.

Beliau kagum dengan perubahan yang berlaku, kerana menurutnya empat tahun lalu ketika berdakwah di Sabah, belum ada suasana seperti ini di pedalaman.

”Bila perubahan ini berlaku?” Ustaz Hasyim bertanya.

”Baru beberapa bulan yang lalu,” jawab Ustaz Mohd Arabi, ”Itupun kita belum pernah buat apa-apa kursus, hanya ziarah ke rumah dan kuliah ringkas,” tambahnya.

Ceramah di Surau malam itu dimulai dengan nasyid dan selawat. Ya. Anak-anak kampung telah pandai bernasyid dan berselawat. Kini nasyid telah menggantikan lagu-lagu popular waktu itu, kedengaran dinyanyikan kanak-kanak di mana-mana.

**********************************

Teringat di peringkat awal kami di sana, kebetulan hari itu Jumaat, kami ke Surau untuk solat Jumaat. Waktu zohor di sana lebih kurang 12.30 tengahari. Surau masih kosong, hanya kami bertiga. Saya, Ustaz Arabi, Ustaz Sayed Zainal.

Kami terus menunggu walaupun telah lama masuk waktu. Kira-kira jam 1.00, barulah kelihatan Saupin dan Rubilin datang. Tidak lama datang pula Cikgu Maslee.

Jam 2.00 petang, baru ada 6 orang. Bagaimana nak solat Jumaat, tak cukup 40 orang?

Akhirnya, jam 2.30, kami solat zohor saja. Itu yang boleh dibuat.

************************************

Mengimbau Perjuangan Rasulullah

Pernah berlaku di zaman Rasulullah, ahli jemaahnya hanya 12 orang, Rasulullah teruskan juga solat Jumaat.

Riwayat daripada Jabir yang bermaksud,

Bahawa Nabi ﷺ, pada suatu hari Jumaat, sedang membaca khutbah secara berdiri, tiba-tiba sampailah unta yang membawa barang perniagaan dari Syam, lalu orang ramai berkerumun kepadanya hingga tinggal 12 orang lelaki sahaja (yang mendengar khutbah), maka turunlah ayat ini mengenai solat Jumaat yang bermaksud:

”Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar – berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad:” Pahala – balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.” (Al-Jumu’ah 62:11)

12 orang, itulah bilangan yang pernah Rasulullah bersolat Jumaat, tetapi yang muktamad adalah 40 orang.

Sebagaimana Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud:

“Sesungguhnya Nabi ﷺ menunaikan sembahyang Jumaat di al-Madinah yang mana bilangan mereka seramai 40 orang; tiada bukti yang menunjukkan Nabi ﷺ menunaikan sembahyang itu dengan bilangan yang kurang daripada 40 orang.”

************************************

Bagaimana menetapkan hukum?

Semasa dilatih guru, sebelum bergelanggang dalam suasana sebenar, selalu kami diingatkan sebuah hadis, dialog yang berlaku ketika Muaz bin Jabal diutus menjadi wakil di Yaman,

Rasulullah ﷺ bertanya,

ما روى أن النبي (ص) قال لمعاذ : لما تحكم؟ قال بكتاب ألله تعالى , قال : فان لم تجد؟ قال : بسنة رسول ألله (ص) , قال : لم تجد؟ قال :اجتهد رأيى ولا آلو. فقال النبي عليه السلا الحمدلله الذي وفق رسول ألله (ص) لما يحبه ويرضاه فان رسول ألله .

(رواه أحمد و ابو دأود)

Maksudnya:

Bagaimanakah nanti engkau akan memutuskan hukum apabila dibawa kepada engkau sesuatu permasalahan?

Muaz menjawab: “Saya akan memutuskan hukum berdasarkan Kitab Allah SWT”

Nabi bertanya lagi, “Sekiranya kamu tidak mendapati di dalam Kitab Allah?”

Jawab Muaz. “Saya akan memutuskan berdasarkan Sunnah.”

Tanya Nabi lagi, “Sekiranya engkau tidak menemui di dalam Sunnah?” Muaz menjawab, “Saya akan berijtihad dan saya tidak akan mengabaikan perkara tersebut.”

Nabi pun menepuk dada sambil bersabda, “Segala puji bagi Allah yang telah memberi taufiq kepada utusan Rasulullah ke arah sesuatu yang diredhainya.”

(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

************************************

Ijtihad Dakwah

Oleh kerana terdapat hadis tentang solat Jumaat dibolehkan pada bilangan 12 orang pada keadaan tertentu, kami berazam, agar bilangan jemaah solat Jumaat akan bertambah sekurang-kurangnya 12 orang.

Jika kurang dari itu, kami akan solat zohor. Walaubagaimanapun, sebagai melatih penduduk solat Jumaat, diadakan juga khutbah, kemudian solat zohor.

Empat bulan pertama, kadang-kadang ada 10 orang,  kadang-kadang 11 orang. Jika kira termasuk kami yang bermusafir ini, belum cukup untuk tunaikan solat Jumaat.

Selepas kira-kira lima bulan berdakwah, suasana mula berubah. Kawan-kawan di Sinulihan giat berkempen, mengajak penduduk solat berjemaah dan solat Jumaat. Bilangan solat Jumaat kadangkala hampir-hampir 40 orang, walaupun terpaksa menunggu lama. Alhamdulillah, seruan menampakkan hasil.

Biasanya khutbah akan disampaikan oleh Ustaz Sayed Zainal, sebagai seorang guru yang akan menetap lama di situ. Maklumlah kami sentiasa bergerak dari satu kampung ke kampung yang lain.

Syukur tidak terhingga ya Allah. Engkau kabulkan doa kami untuk melihat syiarMu tertegak dalam masyarakat pedalaman ini. Tidak sedar airmata syukur mengalir deras.

Harapan kami, agar Sinulihan Baru menjadi model masyarakat Islam di kawasan Pedalaman.

ps: 

1. Pendakwah akan berdepan dengan pelbagai persoalan. Ketika itu kenalah bijak menetap dan melaksanakan hukum yang terkandung dalam Al Quran dan Sunnah, lebih-lebih lagi dalam masyarakat yang baru berjinak-jinak mengamalkan Islam.

 

2. Ustaz Hasyim Ahmad kini seorang tenaga penggerak utama di Fitrah Perkasa Sdn. Bhd.

3. Antara Program Islam yang dijayakan oleh anak jati Kampung Sinulihan

محمد فضلي بن يوسف

23 Jamadil Akhir 1432H

27 Mei 2011

Silakan share

 (Jika ingin kongsikan di blog, atau di copy paste ke nota anda, sila nyatakan nama saya dan buat pautan ke FB saya, agar saya mudah menjawab segala persoalan yang timbul dari artikel ini. Link terus ke FB saya: http://facebook.com/mfadli11 atau ke note ini, http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150261656621719)

 1. Saya sudah membuat nota  Cara Membina Link dan Share Nota , harap dapat membantu untuk share nota-nota saya untuk diri sendiri dan kawan-kawan.

2. Berumrah bersama kami – Bimbingan dan tarbiyah sepanjang jalan.  Rabbani Travel & Tours Sdn Bhd, hubungi saya 012-4962812, Mohd Fadli Yusof.

3. Sumbangan dialu-alukan sebagai saham akhirat untuk operasi dakwah di pedalaman Sabah. Keperluan untuk perjalanan pendakwah dan kebajikan mualaf antara yang amat diperlukan. Jika anda bermurah hati untuk menderma atau zakat, bolehlah masukkan ke akaun saya, 

164427309874 Mohd Fadli Yusof, Maybank.

14290000431202 Mohd Fadli Yusof, CIMB.

14014020737552 Mohd Fadli Yusof, Bank Islam.

email mfadli11@yahoo.com

Kalau sudah masukkan sumbangan, tolong nyatakan jumlahnya dan bila masa dimasukkan.

Lautan Manusia Dalam Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Moscow, Russia

This slideshow requires JavaScript.

Yahudi Memulakan Bisnes Tanpa Pinjaman Riba : : (Siri Kajian Mengenai Yahudi – Part 4)

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa riba dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa riba. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran – admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai ‘Mengapa saya gemarkan tomato! ‘ Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon

Di alih bahasa oleh : Adibah Mohd Noor Matriculation Lecturer, Department of Sciences UIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

Yahudi Bersembahyang Seperti Muslim? : (Siri Kajian Mengenai Yahudi – Part 3)

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menundukkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Cara Bagaimana Anak-Anak Yahudi Dididik : (Siri Kajian Mengenai Yahudi – Part 2)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Amalan Orang Yahudi Ketika Mengandung : (Siri Kajian Mengenai Yahudi – Part 1)

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)