Menyoal Revolusi 2011

“Apabila diserahkan sesuatu urusan itu kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran” – Nabi Muhammad S.A.W

Lagi hadis daripada junjungan Nabi Muhammad s.a.w…

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab: “Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (musik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – (HR. Ibnu Majah)

Gelombang Revolusi Pandemik, begitulah gambaran peristiwa yang sangat dramatik bagi permulaan tahun 2011.

Tunisia, Mesir dan sekarang Libya menanti giliran untuk kepimpinannya ditumbangkan.

Mungkin ada yang sedang ghairah meneriakkan berbagaimacam slogan ‘kebebasan’ dan ‘perjuangan hak’ dan sibuk membakar semangat rakyat lain untuk turut sama dalam kancah revolusi ini.  Revolusi tidak boleh dihalang! begitu ceritanya…

Pandemik adalah situasi jangkitan global. Boleh jadi ia merentas beberapa negara dan benua. Semakin diprovokasi dan dibakar2, semakin merebaklah jangkitan ini. dan antara negara yang sedang ‘guncang’ dengan jangkitan ini adalah Bahrain, Arab Saudi, begitu juga terdapat beberapa pemimpin negara Islam yang lain sedang berusaha untuk menyemarakkan semangat ini termasuklah di Malaysia. Tidak dinafikan memang terdapat ulama yang memanfaatkan situasi ini untuk memperjuangkan Islam, semangat ini cuba untuk terus dipacu sehinggalah ke titik pudarnya.  Namun, sama2lah kita melihat kemana hasilnya nanti..

Walaubagaimanapun,

Sewajarnya hadis-hadis nabi Muhammad s.a.w ditelaah dan diulang kaji bila melihat sesuatu peristiwa. Bahkan ayat al-quran sangat jelas dalam menyimpulkan sesuatu kejadian. Bertitik tolak dari situ, mungkin ada baiknya jika beberapa peristiwa revolusi yang sedang berlaku di beberapa negara Islam ini diteliti dan dibahaskan mengikut rangka landasan wahyu. Janganlah semata-mata kerana kebencian hati dan protes, menyebabkan kita membuat kesimpulan mudah terhadap sesuatu peristiwa. Sedangkan peristiwa-peristiwa ini selayaknya ditadabbur sepertimana yang disarankan Allah didalam Al-Quranul karim.

Beberapa persoalan berkenaan revolusi tahun ini untuk sama-sama difikirkan:-

1. Negara-negara Arab memang sudah sepatutnya dibiarkan ‘kacau’ untuk membolehkan kedudukan Israel di timur tengah sentiasa kukuh dan ‘stabil’. Bukankah begitu?

2. Revolusi pertama di Tunisia dimulakan dengan ‘membakar diri’. Hal ini jelas bertentangan dengan syar’ie. Walhal, ianya sangat menyerupai modus operandi sepertimana disebutkan Protokol Zionis yang menggunakan orang tertentu untuk membuat provokasi seberti membakar, mencederakan diri dan tunjuk perasaan.

3. Terdapat maklumat yang mengatakan beberapa kedutaan asing di Mesir telah menyalurkan sumbangan dan ‘supply’ senjata kepada para demonstran. Mubarak sempat meluahkan hal ini namun tidak menyebutkan kedutaan2 yang terbabit secara spesifik.

4. Rakyat marhain dan massa cuba digerakkan untuk menumbangkan sebuah rejim yang berkuasa sudah tentulah memerlukan penyusunan yang teratur. FB semata2 masih tidak mencukupi untuk membuat kempen. Pencatur sudah tentu mesti wujud. Yang dicatur adalah pemimpin2 demonstran, orang2 berpengaruh dan pemimpin parti politik yang membangkang rejim pemerintah. Pihak manakah yang mencatur agaknya?

5. Jika kedai2 tutup dan ekonomi lumpuh, demonstran tetap memerlukan makanan selama demonstrasi berlangsung. Lebih2 lagi jika demonstrasi berlaku hingga berminggu2. Jika sehari, setiap orang perlukan lebih kurang sepuluh ringgit untuk makan. Bagaimana pula dengan jumlah yang ribuan manusia di tiap-tiap bandar. Dimanakah makanan-makanan ini disediakan? ‘Katering’ mana satu yang supply? Pihak manakah yang sediakan bajet yang sangat besar ini untuk cover makan minum dan pastikan semangat revolusi ini untuk terus berlangsung selama berminggu2? Jika perhimpunan ‘BERSIH’ di KL yang berlangsung satu hari saja pun , sudah membuatkan ‘pemimpin2 tertentu’ garu kepala dan terpaksa minta dana hingga ke Australia dan Singapore. Jd, pihak manakah yang support dana untuk jumlah yang sangat besar sebegini?

6. Revolusi ini berlaku selepas peristiwa wikileaks mendedahkan pelbagai kecurangan, penyalahgunaan kuasa dan skandal politik yang dilakukan oleh kerajaan-kerajaan dunia. Menyebabkan rakyat bawahan marah dan cuba mencetuskan pemberontakan. Siapakah disebalik Wikileaks? Ketahuilah, orang muda yang mengoperasi wikileaks ini telahpun membuat ‘deal’ dengan kerajaan Israel untuk tidak mendedahkan apa2 yang boleh mencalarkan imej Israel secara teruk.

7. Mengapakah terlalu ramai ‘konspirator teorist’ semacam mengumumkan bahawa kiamat berlaku 2012. KETIDAK STABILAN ini dimulakan dengan kejatuhan nilai USD sedikit demi sedikit, negara yang menyimpan USD sebagai rizab mereka pun ikut jatuh. Rakyat akan kebuluran dan kemiskinan serta KETIDAK STABILAN berterusan melarat. adakah peristiwa Revolusi sepanjang 2011 ini sebahagian daripada storyline mereka sebelum klimaks 2012? KETIDAK STABILAN disebarluaskan hinggalah mudah dimunculkan Dajjal sebagai ‘PENYELAMAT’? Ingatlah bahawa zaman kedatangan Dajjal adalah zaman ketidakstabilan dan kelaparan, tidak heranlah jika orang ‘Islam’ pun turut serta dengan Dajjal sebab mahukan ‘Syurga Air dan Makanan’.

8. Dan yang lebih penting sekali, adakah segala macam revolusi ini bermula atas dasar tuntutan keimanan dan rasa Taqwa kepada Allah?

wallahu a’llam

About 2000N
Firdaus Azinun 20 February - Ulitsa Volgina, Moscow

One Response to Menyoal Revolusi 2011

  1. abu idris says:

    Negara Islam adalah Daulah Khilafah yang dipimpin oleh seorang Khalifah yang telah runtuh pada tahun 1924.

    Lihatlah Blog Ar Rayah World News
    http://ibnuyassir.blogspot.com/

    Untuk mengetahui perkembangan terkini kebangkitan KHILAFAH.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: