Pengisthiran Kesultanan Sulu ada Kewajaran dan Berfakta

‘Pengisthiran Kesultanan Sulu ada Kewajaran dan Berfakta’  ia hendaklah dipandang terus Relevan hingga hari ini oleh semua lapisan Rakyat‘

Bercerita tentang fakta kesultanan Sulu di Sabah memang tidak dapat dinafikan berdasarkan fakta Sejarah dan Perjanjian Pajak Gadai 1881 (Perjanjian Bulan dan Bintang) diantara Sultan Sulu dan B.N.B.C (Syarikat Bristish) sehinggalah kedaulatan itu diambil-alih oleh kerajaan British pada tahun 1946.
Namun Hak Sultan Sulu tetap terjamin dan di-iktiraf oleh British bila waris terakhirnya Dayang Dayang Piandoa membawa kesnya ke Mahkamah Bristish pada tahun 1930 yang memberikan hak kepada beliau untuk menjadi pewaris sah Kesultanan Sulu yang berada di North Borneo pada masa itu dan berhak untuk meneruskan tuntutannya terhadap Perjanjian Bulan dan Bintang 1881 itu dengan memperolehi wang sewaan bernila 5,000 fens (Wang Spain), tetapi hari ini telah digantikan dengan wang berbentuk RINGGIT MALAYSIA yang terus diterima oleh waris waris yang berada di Sulu iaitu Sultan Ismail Kiram dan Keluarganya.
Niat baik Kesultanan Sulu terhadap kerajaan Malaysia harus dipandang secara positif dan tidak seharusnya kita berpandangan prejudis terhadap mereka apabila mereka memperjuangkan hak mereka terhadap apa yang sepatutnya mereka perolehi mengikut perjanjian ‘Bulan dan Bintang’ 1881.
Sabah terus membayar sewa Tahunan kepada Waris Kesultanan Sulu.


 

Pajakan keSultanan Sulu dari Kerajaan Malaysia

Dalam Isu perjanjian dan soal pembayaran yang telah menjadi perjajian diantara kerajaan dan kerajaan sepatutnya tidak timbul sama sekali kerana kita memang sudah biasa dengan perkara ini dan telah berjalan lama sebagai satu perjanjian yang perlu dipatuhi oleh semua pihak.
Sebenarnya Sabah amat beruntung kerana, kerana harga Pajakan diantara kesultanan Sulu dan British hanyalah RM 5,000.00 ringgi Setahun atau RM 13.69 sen sehari benbanding harga sewa sebuah kereta kancil RM 80.00 sehari  dan perkara ini juga berlaku diantara KeSultanan Kedah dan Pulau Pinang dimana Kerajaan negeri Pulau Pinang juga perlu membayar sewa pajak terhadap Pulau ini sebanyak RM 10,000.00 setahun menurut Perjanjian Bulan dan Bintang 1876 diantaran Francis Ligth dan Sultan Kedah dan sewa berkenaan dibayar Kepada Keluarga Diraja Kedah sehingga hari ini.
Pulau Pinang yang sebesar Pulau Banggi itu dapat sewaan  RM 10,000.00 setahun sementara Sultan Sullu Cuma dapat RM 5,000.00 setahun walau pun luas Geograpi Sabah hampir 10 Negeri di Semanjung Malaysia.
Begitu juga halnya diantara kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor yang perlu membayar Beratus billion ringgit dan perlu membayar 1 Billion setahun kepada Negeri Selangor kerana pajakan Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya tetapi tidak pula membayar Pulau Labuan.
Kearah Keamanan dan Pembangunan Sulu dan Sabah.
Rumah Bicara atau Istana Negara Kesultanan Sulu.Jolo

Saya masih teringat satu ketika 5 tahun dahulu  apabila  Kesultanan Sulu  Sultan Ismail Kiram seorang sehabat saya, pernah meminta bantuan khidmat saya supaya menyampaikan hasratnya terhadap kerajaan Malaysia mengenai Pembangunan Filipina Selatan dan perbincangkan soal kedaulatan serta keamanan dirantau ini.
Sebagai seorang sehabat saya diminta oleh beliau menjadi wakil khas Kesultanan Sulu secara rasmi dengan mengeluarkan satu surat Pelantikan dari Istana Rumah Bicara Maimbung Sulu Philippines tempoh hari , saya sendiri pernah menemui Perdana Menteri Malaysia (Abdullah Ahmad Badawi) untuk menghantar surat itu bagi membincang soal pembangunan dan keamanan dirantau ini khasnya Filipina Selatan dan Sabah bagi mengekalkan keamanan dan merancakan ekonomi pembangunan Petrolium,Pelancungan, Barter Trade dan Industries Rumpair laut kedua-dua Wilayah dengan sokongan kesultan Sulu yang berada di Philippines Selatan itu.
Jesteru itu marilah kita sama sama memandang Isu kesultanan Sulu ini dari sudut positif dan jangan ada diantara kita rakyat Malaysia khasnya di Sabah yang buta sejarah dan memandang secara prejudis serta prasangka terhadap mereka.

Laporan di Blog dan internet mengenai Kesultanan Sulu yang banyak diperbincangan secara bersosial FB dan Twitter , secara ilmiah dan secara sindiran serta tidak puashati rakyat terhadap isu ini boleh menjejaskan hubungan baik antara kaum di Negeri ini yang mana mempunyai sejarah panjang dan indah diantara kita Rakyat Malaysia dan Waris Waris kesultanan Sulu serta Mesyarakat Bajau Suluk di Negeri ini.
Namun tidak kiralah ianya siapa, semada Bajau, Suluk, China dan lain – lain mereka yang isthiharkan diri menjadi Sultan biarlah mereka dengan dunia mereka sementara kita rakyat Sabah dengan dunia kita sendiri.
Isu Kemiskinan, Isu Pembangunan dan Isu kedaulatan wilayah kita masih terjamin bebas dari ancaman walaupun  pengistiharan Kesultanan Sulu itu dibuat dalam Negera kita.
Semada ada anda Melayu, Cina, Kadazan Dusun sebenarnya kita semua adalah rakyat Sabah dalam Malaysia yang perlu menghormati aspirasi mesyarakat lain seperti mana yang dibuat oleh Bangsa Taosug dan bangsa Cina terhadap Negeri ini untuk mengistiharkan diri sebagai Sultan.
Mesyarakat Kadazan Dusun mempunyai Huguan Siau (Paramount Leader), Bisaya dengan Ganang Gayuhnya, Suluk dengan Sultannya, Bajau dengan Panglimanya.


Akjan Istiharkan diri sebagai Sultan -2011


Memang kita dikejutkan lagi dengan satu pertabalan Peribadi bersama 60 orang pengikutnya seorang Sultan baru di Kg. Likas Kota Kinabalu pada 4hb. Feb2011.
Saudara Datu Akjan Ali Muhammad sebelum ini dikenali sebagai si Akjan yang agak polular dengan kisah hidupnya yang menjadi bualan ramai.
celebreti ini yang telah mengistiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu seperti mana yang dilaporkan oleh laman web sabahkini.net tempoh hari dan beberapa akbar tempatan.
Tidak dapat dinafikan fakta dan sejarah kesultanan Sulu yang wujud telah tertulis sebagai rujukan genarasi akan datang khasnya rakyat Sabah.
Cuma rasanya adalah lebih baik kita tumpuhkan pemerintahan Negeri ini didalam Persekutuan Malaysia dimana kita mempunyai seorang Tuan Yang Terutama Yang Dipertuan Negara sendiri sebagai wakil Ketua Kerajaan Negeri dalam Majlis Raja Raja Malaysia.
Akjan yang mengistharkan diri sebagai Sultan Sulu langkap dengan Perdana menteri dan Kebinetnya kerajaan buangannya yang tidak Bernegara , Namun kita juga amat faham bahawa ada banyak waris Sultan Sulu menjadi Sultan atas keturunan masing-masing dimana rekod menunjukan 123 waris Sulu mengistiharakan diri Sebagai Sultan Sulu , North Borneo dan Mindanao di seluruh dunia mengikut risikan Agensi C.I.A Amerika.
Saya harap rakyat Sabah tidak cemas dengan tindakan beliau kerana kita berada dalam satu Negera yang berdaulat serta Merdeka secara mutlak  dibawah Pemerintahan DYMM Yang Di Pertuan Agong dan biarlah Akjan menguruskan kerajaan Buangannya bersama waris Sultan sulu yang lain.
SULTAN TOUSUG VS SULTAN TIONG HWA CINA
Allen Wong Mei Wah Ishiharkan diri sebagai KING OF BORNEO in Land of King Kong.

Saya juga amat tertarik denga pengistiharan seorang Sultan di Hong Kong, China dengan dihadiri oleh Hakim besar Bangsa Bangsa Bersatu iaitu Raja Borneo    King   Allen Wong Mei Wah yang telah diistiharkan sebagai King Of Borneo,Sulu & Mindanao dan langkap dengan barisan protokolnya tempoh hari.Untuk mengetahui secara lanjut Pengisthiharan RAJA BORNEO ini sila ke Laman Web Kami di www.ppsemporna.blogspot.com dimana Vedio Pengisthiharan beliau ada terdapat disana.

About 2000N
Firdaus Azinun 20 February - Ulitsa Volgina, Moscow

10 Responses to Pengisthiran Kesultanan Sulu ada Kewajaran dan Berfakta

  1. Dayang says:

    Sememangnya ramai orang yang beriya-iya mahu melantik diri masing-masing menjadi Sultan Sulu. Walaupun susur-galur keturunan mereka bercelaru & tiada lambang pusaka keturunan yang boleh mereka persembahkan untuk membuktikan kebenaran keturunan & tuntutan mereka.

    Kalau nak tahu “Waris Sebenar Sultan Sulu”, mengapa tidak RUJUK saja ke Brunei? Mereka lebih tahu akan susur-galur para waris Kesultanan Sulu sebenar yang sememangnya ada perhubungan darah dengan Kesultanan Brunei.

    Persoalan tentang Datu Akjan:

    Beliau menyatakan nama beliau sebagai Datu Akjan ibni Sultan Sharif Ali Muhammad Pulalun. Bermakna ayahandanya adalah “Sultan Sharif Ali Muhammad Pulalun”. Akan tetapi dalam Salasilah & rekod sejarah Kesultanan Sulu, tiada tercatat nama “Sultan Sharif Ali Muhammad Pulalun”. Yang ada cuma “Sultan Sharif Ali @ Sultan Berkat Ali”, iaitu Sultan ke-3 Kerajaan Kesultanan Brunei. yang memerintah sekitar 1400an. Dan nama Sultan Pulalun (Sultan Sulu) pula cuma memerintah pada tahun 1842 – 1862. Ini membuktikan bahawa, adalah MUSTAHIL Sultan Pulalun ini adalah Ayahanda kepada Datu Akjan.

    Mungkinkah mereka ini tersalah orang diantara “Sultan Pulalun @ Muhd Fadl” dengan seorang lelaki Sulu yang bernama “Sharif Pulalun”. Keturunan Sharif Pulalun kini juga ada menuntut sebagai Sultan di Sulu dengan nama “Sultan Sharif Ajibul Pulalun”. Maka fikir-fikirkan lah!

    Biar celik It & celik sejarah

  2. datu akjan sudah palui..pelipin ba dia tu..bagus suruh dia jual rukuk sana pasar kk…pelipin buduh tak sedar diri..sultan nenek dia la…

  3. Qisah Qaseh says:

    Apa???? Datu Akjan??? jadi sultan sulu??? seharusnya perlantikkan sultan sulu mestilah mengikut salasiah & protokol undang2 kesultanan bukan pada pengikut yang ramai or di kenali.

  4. HAHA says:

    Si Akjan ni bukan keturunan Datu mau pun Sharif dari sebelah bapa……mana layak jadi Sultan Sulu….kalo Sultan ULU mungkin la….Pandai2 jak letak nama DATU sama mengaku keturunan Sultan Shariful Hashim. Cermin2 la……

  5. Amin says:

    Melantik, dilantik atau terlantik.. jawatan atau tidak berjawatan.. tetap atau tidak.. berpencen atau KWSP.. apapun, semua perkara bukanlah mudah untuk dilaksanakan.. dalam keadaan Sabah di dalam Malaysia, saya kira bersyukurlah kita.Merdeka juga kita.. jika Sabah berada di bawah Kesultanan Sulu di mana Sulu itu di bawah Filipina (pada dasarnya, jika salah perbetulkan), maka berlainanlah sejarah kehidupan masyarakat Sabah.

    Saya pun tidak berapa faham, tetapi jika kita tidak mempedulikan hal ini tetapi kesultanan sulu buangan ini berusaha memperjuangkan hak mereka sehingga sanggup melakukan apa saja, bermakna masyarakat Sabah akan mempunyai masa depan yang lain daripada yang sekarang. Sama ada bertambah maju atau sebaliknya. Semua orang memang sukakan kuasa, tetapi jika kuasa itu memudaratkan masyarakat Sabah yang lain, padahal semua masyarakat Sabah kini berbahagia dan mendapat perhatian para pemimpin Sabah di segenap pelusuk daerah masing-masing, apakah kira-kira kita semua rasa? Rasa-rasanya bagaimana keadaan Selatan Filipina sekarang? palis-palis..

    Apapun, Sabah dalam sejarahnya dimiliki oleh 2 kuasa saja sebelum Syarikat Berpiagam Borneo, iaitu Kerajaan Brunei dan Kerajaan Sulu.

  6. dayang says:

    Statement tuntutan Datu Akjan ini banyak kecelaruan. Di katakan dia berketurunan terus dari Sultan Terakhir Sulu (Sultan Shariful Hashim I), sedangkan Sultan terakhir Sulu adalah Sultan Jamalul-Kiram-II (1884 -1936). Sultan Shariful Hashim adalah Sultan Sulu yang pertama memerintah sekitar 1450-1480. Namun keturunan terusnya (direct-descendent = Jalur Lelaki) hanyalah sehingga Sultan Betarashah Tengah ibni Sultan Pangiran Buddiman Ul-Halim. Kerana Sultan Betarashs Tengah tiada mempunyai “Zuriat”. Maka dari itu, keponakkanya yang bernama Pangiran Shahbandar Maharajalela @ Raja Bongsu ibni Sultan Muhammad Hassan (di Brunei) telah dilantik kemudiannya menjadi Sultan Sulu dengan gelaran Sultan Mawalil-Wasit-I @ Raja Bongsu. Maka bermula dari Sultan Mawalil-Wasit-I inilah Jalur keturunan Lelaki keluarga Diraja Kesultanan Sulu “Bernasab Terus” ke keturunan Darah Diraja Kesultanan Brunei. Sultan Mawalil-Wasit-I @ Raja Bongsu @ Pangiran Shahbandar Maharajalela ini adalah putera bongsu kepada Sultan Muhammad Hassan (Sultan Brunei ke-3) dengan isterinya “Puteri Sulu” ibni Sultan Pangiran Buddiman Ul-Halim, yang merupakan keponakan kepada Sultan Betarashah Tengah ibni Sultan Pangiran Buddiman Ul-Halim.

    Dengan ststement2 yang bercelaru tentang keturunan Datu Akjan ini, dapat dipastikan bahawa Orang yang melantik beliau itu (Datu Albi & Atty. Meltino Jaujan si Bulan) juga, tidak mempunyai KEFAHAMAN yang tepat tentang Susur-galur sebenar Pewaris Kesultanan Sulu.

  7. Luth says:

    Sultan ?? Susur galur dia dh terlampau banyak n merata-rata. Sesiapa sahaja boleh mengaku.. dia waris…. klu boleh di selidiki betul2 dulu dgn bukti2 yg nyata & boleh d jd kan sebagai bukti.. seterusnya di akui sebagai pewaris…. Jgn x semena mena tiba2 mengaku kita Sultan? Sultan tang mana? jgn org berkata Sultan Cap Ayam sudah…. hmmm

  8. momogun says:

    pndai2 jak sjarah kmu ni..pndai2 mw jd sultan kunuk…wei,sabah ni dri nenek moyang ku dlu2 lg,kmi ada sjrah sndri…xprnh kmi d jajah ole suluk ataw brunai…ko tgk kmi pnya bdaya,bhsa,cra hdup ada ka pngaruh2 dorg? dri sblm british smpai british gn jpun pn kmi rungus msh lawan..aki ku pn ada yg side by side dgn mat saleh tp bukn jd kuli…dia ikt sbb dorg kwn….jgn kc pnggir rungus brader,..kmi ada sjrah sndri N kmi xprnh d jajah! kc btl fakta kmu tu..

  9. Anonymous says:

    sudah-sudahlah menuntut tu,kalau fikir2 siapa berani balik jadi org Philipine.Tak ingin aku.biarlah kami hidup dengan aman di Sabah ni.Sipenuntut kena buat ujian DNA untuk mengesahkan waris sultan Sulu.

  10. mia says:

    Siapakah sebenarnya pewaris Kesultanan Sulu

    Datu Pengeran Tua
    4:03PM Nov 19, 2004

    Menyentuh tentang isu tuntutan Sultan Sulu ke atas Sabah, saya selaku wakil kepada pewaris Sultan Sulu yang sebenar, ingin memberikan sedikit ulasan mengenainya.

    Dunia akan selalu tergempar apabila timbulnya isu Sultan Sulu ingin menuntut Sabah (North-Borneo). Perlu dijelaskan bahawa penyerahan sesuatu “Tanah” bukanlah sesuatu yang mudah. Sebagai contoh, orang Kampung Baru di Kuala Lumpur begitu sukar untuk menyerahkan tanah mereka yang cuma seluas sekangkang kera kepada kerajaan untuk dibangunkan.

    Begitulah halnya dengan Sultan Sulu. Tanah wilayah North-Borneo yang seluas sebuah negeri itu bukanlah sebegitu mudah untuk diberikan kepada sesiapa jua. Walaupun Suruhanjaya Cobold (1963) telah membuktikan bahawa rakyat Sabah mahu merdeka dengan Malaysia, tetapi bagaimana dengan hak tuan punya tanah?

    Kesultanan Sulu yang mempunyai ramai pewaris � tidak termasuk mereka yang menyamar sebagai waris Sultan Sulu � akan sentiasa ingin membuat tuntutan ke atas Sabah dengan apa cara sekalipun.

    Di sini, selaku wakil yang sangat mengenali waris sebenar Sultan Sulu yang mempunyai hak dan kata putus di Wilayah Sulu dan North-Borneo (Sabah), saya ingin memberikan sedikit penerangan mengenai mereka yang membuat tuntutan itu.

    Walaupun ada 97 orang yang membuat tuntutan, namun ada lima kumpulan yang terbesar. Dan perlu diingatkan bahawa Kesultanan Sulu mempunyai tiga waris sebagai Keluarga Diraja Kesultanan Sulu (sepertimana dilambangkan dengan tiga lambang senjata dalam Bendera Kesultanan Sulu) iaitu:

    a) Keluarga yang dipanggil sebagai “Keluarga Pewaris Pertama”.

    1. Keluarga Kiram (Lambang Keris).
    2. Keluarga Shakiraullah (Lambang Barung/Parang Sulu Lebar).

    b) Keluarga yang dipanggil sebagai “Keluarga Pewaris Kedua”.

    3. Keluarga Maharajah Adinda/Dinda/Arinda.

    Dan juga perlu dimaklumi bahawa Kesultanan Sulu mengamalkan “Sistem Penggiliran Takhta” antara ketiga-tiga warisnya.(Seperti sistem yang pernah diamalkan di Perak dan Pahang).

    Tuntutan:

    1. Tuntutan dari Sultan Jamalul-Kiram-III dan saudaranya Sultan Esmail D Kiram-II ibni Sultan Punjunggan-Kiram.

    * Mereka ini bukanlah berasal dari darah zuriat sebenar Sultan Sulu, kerana Sultan Punjunggan-Kiram bukanlah anak sebenar Raja Muda Mawalil-Wasit-II. Sultan Punjunggan-Kiram itu adalah anak kepada “Encik Amir Hamzah” yang merupakan suami-pertama Puan Mora Napsa Laga. Di mana Puan Mora Napsa Laga ini telah diambil menjadi isteri kepada Raja Mawalil-Wasit-II ketika dia telah mengandung.

    2. Tuntutan dari Sultan Muhammad Yahcub ibni Sultan Azimuddin @ Alimuddin-V.

    * Merujuk kepada “Salasilah & Kitab Khutbah” Kesultanan Sulu, hanya ada disebut nama-nama Sultan Azimuddin @ Alimuddin I, II & III, dan tiada disebut nama-nama Sultan Azimuddin @ Alimuddin IV & V. Maka, tidaklah boleh “disahkan” akan kesahihan keturunan baginda ini selaku waris kepada Sultan Sulu.

    3. Tuntutan Sultan Julaspi-Kiram-II dan anaknya Sultan Roodinood ibni Sultan Julaspi-Kiram-II.

    * Merujuk kepada rekod dari P.A.W.C.I – dari USA dan dari catatan Prof Dr Nicholas Tarling dalam bukunya “Sulu and Sabah”, jelas menyatakan Sultan Sulu yang terakhir iaitu “Sultan Jamalul-Kiram-II” yang mangkat pada tahun 1936 “tiada mempunyai waris”. Maka, ini bermakna Sultan Julaspi dan anaknya Sultan Roodinood hanyalah “menyamar” selaku waris kepada Sultan Sulu.

    4. Tuntutan dari Sultan Jainal-Abidin dan Sultan Muhammad Azimuddin-Abidin.

    * Mereka ini adalah dari Keluarga Shakiraullah dan sememangnya berasal dari darah keturunan Sultan Sulu. Namun kerana mengikut “Sistem Penggiliran Takhta” antara tiga keluarga diraja Sulu, maka hak mereka ke atas takhta Kesultanan Sulu telah berakhir.

    5. Tuntutan dari Yang Mulia Datu Ali Aman @ Raja Bongsu-II ibni Yang Mulia Datu Aliuddin @ Datu Haddis Pabila @ Datu Maputih ibni Yang Mulia Datu Mohammad Sie/Seh/Sheikh ibni Maharajah Adinda/Dinda/Arinda Sultan Mohammad Aranan (Adanan) Puyo ibni Paduka Raja Muda Datu Bantilan ibni Sultan Azimuddin @ Alimuddin-II ibni Sultan Bantilan Muizzuddin ibni Sultan Badaruddin-I ibni Sultan Salahuddin-Karamat ibni Sultan Mawalil-Wasit @ Raja Bongsu-I ibni Sultan Muhammad Hassan (Sultan Brunei Ke-9).

    * Mereka ini adalah dari keluarga Maharajah Adinda/Dinda/Arinda yang merupakan “Pewaris Kedua Kesultanan Sulu”. Dengan kemangkatan Sultan Jamalul-Kiram-II pada 1936 dan dengan penguasaan takhta oleh “Pewaris Pertama Kesultanan Sulu” (Kiram dan Shakiraullah) sekian lama, maka kini takhta Kesultanan Sulu sepatutnya menjadi milik mutlak Pewaris Kedua Kesultanan Sulu.

    Maka waris sebenar Sultan Sulu inilah yang berhak menyelesaikan isu tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah (North Borneo). Ini bersesuaian dengan perkataan “Pewaris dan Penyambung” (the heirs and successors) dalam Perjanjian Pajakan North-Borneo 1878.

    Maka kini, sebarang penyelesaian ke atas North-Borneo (Sabah) adalah di tangan Keluarga Maharajah Adinda/Dinda/Arinda, dan bukannya dari Keluarga Kiram ataupun dari Keluarga Shakiraullah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 106 other followers

%d bloggers like this: