Demonstrasi Mesir Didalangi Oleh Kuasa Luar

Jasmine Revolution yang berlaku di Tunisia selama 28 hari daripada 17 Disember hingga 15 Januari 2011 dikatakan menjadi inspirasi kepada demonstrasi seterusnya di Mesir. Benarkah Jasmine Revolution adalah kepingan puzzle pertama untuk mencetuskan teori domino kebangkitan yang sama di Lubnan, Jordan dan Yemen? Atau Jasmine Revolution adalah sebahagian daripada revolusi yang sudah dirancang untuk memenuhi sebahagian agenda penjajahan regime change barat. Rakyat yang terlibat dalam uprising tersebut tidak tahu dari mana rancangan sebenar itu diadakan. Apa yang mereka tahu setelah emosi bercampur baur adalah untuk menggulingkan pemerintah.

25 Januari 2011, bermula satu protes besar-besaran daripada rakyat di Mesir terhadap kerajaan pimpinan Presiden, Hosni Mubarak. Perhimpunan yang diseru oleh satu kumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka “April 6 Youth” ini dimulakan selepas solat Jumaat. Semuanya diadakan bertujuan untuk menggulingkan kerajaan Hosni Mubarak yang dikatakan sebagai tyranny. Siapakah kumpulan “April 6 Youth” ini?

Logo kumpulan “April 6 Youth” yang dipimpin oleh Ahmed Maher adalah satu kumpulan yang berasaskan cyber networking yang diasaskan pada 6 April 2007. Ahmed Maher menjadikan Orange Revolution yang dilakukan oleh orang Serbia untuk menggulingkan Slobodan Milosevic sebagai inspirasinya. April 6 Youth menggunakan medium media baru (Facebook, Twitter dan Blog) untuk membangkitkan perasaan marah rakyat pada Hosni Mubarak. Kumpulan April 6 Youth yang dipimpin oleh Ahmed Maher terlibat dalam sebahagian rancangan regime change ini sebagaimana yang didedahkan oleh The Telegraph.

The Telegraph, 1 Februari 2011 telah mendedahkan satu dokumen rahsia yang dihantar daripada kedutaan Amerika Syarikat ke Washington berkaitan sokongan Amerika Syarikat untuk mengadakan regime change di Mesir (baca sini). Turut terlibat dalam kerangka besar rancangan color revolution ini adalah George Soros (Pengerusi Open Society Institute) yang dipercayai membiayai Radio Kalima di Tunisia serta menyediakan geran latihan kepada NGO di Mesir iaitu The Egyptian Initiative for Personal Rights (baca sini).


Selain Soros, National Endowment for Democracy (NED) turut memainkan peranan di Mesir dan Tunisia (baca sini). NED telah menyedikan dana sejumlah USD$19,000 untuk youth forum bagi 150 pelajar universiti dari Gharbeya, Suez, Minya dan Assiut. Latihan tentang kesedaran politik dan teknik media baru didedahkan kepada pelajar tersebut. Koordinasi rancangan Soros dan NED ini dilakukan oleh satu kumpulan yang dinamakan sebagai International Crisis Group (ICG). Mengapa El Baradei yang mahu dipilih sebagai pengganti? Apa hubungan hubungan El Baradei dan Soros dalam ICG? El Baradei dan Soros adalah Executive Committe dalam International Crisis Group, ICG. Menggantikan Hosni dengan pemimpin yang sudah ditunjuk oleh barat sendiri.

Ada rakyat Malaysia yang suka melihat kejadian di Mesir berlaku begitu di negara ini. Sedangkan dalam masa yang sama, ibubapa pelajar di Malaysia amat bimbang keselamatan anak mereka akibat kekacauan yang berlaku di Mesir. Ikhwanul Muslimin dan kumpulan lain yang marah dengan Hosni Mubarak hanya menyertai gerakan demonstrasi tersebut selepas ianya telah dicetuskan. Sedangkan apa hakikat sebenarnya, punca dan perancangan tersebut dicetuskan oleh kuasa luar. Memang Hosni dikatakan sebagai punca demonstrasi namun majoriti rakyat lain tidak harus diheret sama dalam kancah kekacauan dan ketidakstabilan yang dicetuskan melalui demonstrasi. Siapa yang perlu dipersalahkan bila 5,000 orang banduan lari dari penjara dan mengganggu orang awam?

2 Feb 2011, pada jam 2.30 petang, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah menyeru ahli-ahlinya untuk berdemonstrasi di Wisma Putra, Putrajaya. Motifnya adalah untuk berhimpun dan menyerahkan memorandum. Mahasiswa perlu mengkaji dan banyak menganalisa, jangan terus termakan dengan cara revolusi yang sedang berlaku di Mesir. Perlunya rakyat Malaysia memahami bahawa Soros adalah pelindung dan penaja utama color revolution yang berlaku di seluruh dunia.

Rose Revolution di Georgia pada 2003

Rose Revolution di Georgia, Orange Revolution di Ukraine,Tulip Revolution di Kyrgyzstan, Green Revolution di Iran, Jasmine Revolution di Tunisia dan yang terbaru adalah di Mesir. Kejadian yang berlaku di Tunisia bukanlah puzzle permulaan, ianya adalah sebahagian rancangan regime change oleh pihak luar. Sewajarnya umat Islam bertindak secara berhikmah bagi mengelak yang tidak berdosa menjadi mangsa. Jangan terperangkap dalam jerat yang sudah dipasang oleh barat. Sesama Islam bergasak, barat ketawa melihat mangsa mereka memakan umpan yang sudah lama dipasang.

Sumber : http://anginperubahan.blogspot.com/2011/02/demonstrasi-mesir-didalangi-oleh-kuasa.html

-http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/africaandindianocean/egypt/8289698/Egypt-protests-secret-US-document-discloses-support-for-protesters.html

http://www.eipr.org/en

About 2000N
Firdaus Azinun 20 February - Ulitsa Volgina, Moscow

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: