Menjejak Lanun & Bangsa Mujahid Di Nusantara

Peta Lama Berkenaan Timur India pada tahun 1630

1.      Tidak ramai yang sedar istilah ‘LANUN’ adalah berasal daripada perkataan ‘Iranun’ yang merupakan salah satu kaum di Sabah. Iranun bermaksud “Berkasih-kasihan” yang menunjukkan wujudnya sistem hubungan sosial yang amat erat, yang terikat oleh tali persaudaraan yang amat intim. Negeri asalnya adalah Tempasuk dan di jajahan Riau mereka di sebut ‘Ilanun’.

2.       Suku Iranun ini pernah menjadi musuh utama syarikat british borneo utara (SBBU) yang pernah menjajah negeri Sabah.  Penjajahan SBBU di Sabah telah membangkitkan semangat Jihad dikalangan suku Iranun, menyebabkan para pembesar mereka mengisytiharkan perang dan kawalan ketat dikawasan perairan kepulauan Melayu.

3.       Perbuatan SBBU yang merompak kekayaan tanah air mereka, telah dibalas dengan beberapa siri serangan dan rampasan terhadap kapal-kapal penjajah yang melalui perairan di kepulauan Melayu. Sikap berani dan kepandaian mereka didalam bidang pelayaran telah membantu dalam menumpaskan kapal-kapal dagang yang lengkap bersenjata meriam serta senapang sedangkan mereka hanya bersenjatakan parang.

4.       Semangat perjuangan kumpulan Iranun ini mula meledak ketika berlakunya penjajahan Belanda dan Sepanyol pada penghujung abad 17. Justeru mereka melakukan operasi besar-besaran untuk berkawal di sepanjang Selat Melaka, Kepulauan Sulawesi dan Perairan Filipina. Operasi ini telah dibiayai oleh Kesultanan Sulu, Cotabato, Siak dan Sambas. Sekaligus membolehkan mereka mengawal hingga ke Teluk Benggal, dan New Guinea.

5.       Penguasaan mereka hampir di seluruh perairan Kepulauan Melayu telah  menyakitkan hati pihak Penjajah dan menakutkan syarikat-syarikat kolonial Barat. Laluan perairan sudah tidak selamat lagi untuk aktiviti perdagangan. Justeru, pembesar-pembesar mereka diberikan berbagai anugerah dan digelar ‘Datu’ sebagai penghargaan. Sebaliknya pihak barat pula mengecop mereka semua sebagai bajak laut dengan panggilan LANUN.

6.       Tuhfat An-Nafis karangan Raja Ali Haji pada 1865, lebih jelas menceritakan penglibatan bangsa Iranun ini dengan gerakan Jihad. Ia lebih membuktikan mereka sebenarnya adalah pejuang fi sabilillah dan bukanlah penjenayah seperti yang disebutkan didalam buku2 orientalis barat.

7.       Walaubagaimanapun istilah lanun yang digunakan untuk menghina bangsa Muslim ini, telah dikekalkan dalam sistem pendidikan malaysia. Sebaliknya sejarah perjuangan jihad mereka, bersih dipadam daripada minda secara sistematik.

8.       Begitulah alkisah sebuah bangsa.

 

Bentuk Perahu Layar bangsa Iranun

 

About 2000N
Firdaus Azinun 20 February - Ulitsa Volgina, Moscow

6 Responses to Menjejak Lanun & Bangsa Mujahid Di Nusantara

  1. Anonymous says:

    lanun bukan berasal dari perkataan iranun

  2. penjejak usul says:

    lanun bermula pada tahun 1315 lagi di perairan riau..mereka bukan lah bangsa ilanun ataupun iranun seperti yang saudara tuliskan..maksud lanun yang sebenarnya tidak boleh saya terangkan..ianya rahsia..tapi yang perlu diketahui lanun itu adalah pejuang islam..mereka menjaga kawasan laut..para pedagang yang lalu dan ingin memasuki riau harus mengucap dua kalimah syahadah..jika enggan mereka akan diusir..jadi ramailah pedagang yang memeluk islam..apabila kedatangan orang barat,mereka mengcop lanun itu sebagai penjahat..semata mata untuk memutarbelitkn fakta..

  3. 2000n says:

    Thumb s Up, tuan!

  4. penjejak usul says:

    lambang tengkorak berpalang pedang atau tulang itu pada usulnya bukan sebegitu..bukan bermaksud identiti lanun itu adalah jahat..tapi ia adalah huruf arab..lambang itu direka oleh pejuang islam yg mengawal perairan riau.saudara cuba la kaji tentang lambang itu..dan yang paling penting lanun pada usulnya dahulu adalah pejuang islam..

    • 2000n says:

      terima kasih penjejak usul.

      jika diperhati, kisah ini hampir sama seperti apa yg terjadi kpd org2 Islam di Spanyol yg berketurunan Morocco.

      Org2 kafir di Spain memanggil kumpulan muslim ini sebagai ‘Moor’, yg membawa maksud penghinaan dan juga digelar ‘moron’ iaitu kumpulan yg mengalami mental retardation didlm makna psychology.

      Apabila org2 Spain datang menjajah filipina, mereka jumpa orang2 Suluk/Tausug yg kebetulan cara hidup budayanya sama seperti orang2 islam di Spain,.. lalu gelaran ‘Moor’ ataupun ‘Moro’ diberikan kepada mereka sebagai penghinaan.

      Walaubagaimanapun, dalam ratusan siri perang yg diikuti oleh suku kaum tausug yg digelar moor ini, tiada satupun catitan sejarah yg merekodkan mereka pernah kalah ataupun menyerah dalam perjuangan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: