Lagi Bencana Pada 26 Haribulan

Gempa bumi 7.6 pada skala Richter menggegarkan barat lautan Pasifik

26/12/2010 2:09am

WELLINGTON 26 Dis. – Gempa bumi kuat berukuran 7.6 pada skala Richter telah berlaku di perairan cetek dekat Vanuatu di barat lautan Pasifik malam tadi, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS).

Pusat Amaran Tsunami Pasifik AS telah mengeluarkan amaran tsunami bagi Vanuatu, Fiji dan New Caledonia selepas berlaku gempa pada kedalaman kira-kira 24 kilometer di bawah dasar laut itu.

Amaran itu bagaimanapun ditarik balik setelah hanya tsunami kecil sahaja dan tiada sebarang kerosakan dilaporkan berlaku ekoran gegaran pada pukul 12.16 pagi (9.16 malam waktu Malaysia) itu.

Gegaran kuat itu berpusat di 135 kilometer ke barat Isangel, pulau Tanna di Vanuatu dan 200 kilometer ke utara Tadine di Pulau Loyalty, New Caledonia.

Vanuatu yang terletak antara Fiji, Australia dan utara New Zealand berada dalam `Lingkaran Api Pasifik’ dengan seismik dan gunung berapi yang aktif ekoran pergerakan plat dalam kerak bumi. – AFP

————————————————————————————————————————

Dalam masa beberapa minggu kebelakangan ini, banyak blogger & rantaian SMS mengingatkan kemungkinan akan berlakunya bencana alam pada 26hb Disember 2010.

Pada 23hb Dis 2010, Saya menerima sms drpd seorang Ust di Malaysia. seperti berikut :-

“Ass.ww. Mungkin ada malapetaka besar akan berlaku, samada meletus gunung berapi bawah laut, gempa atau taufan, atau serentak ketiga-tiganya sekali. Ini akibat orang mempermainkan kebenaran dan bergelumang dengan kebatilan. Maka kita hendaklah mempersiapkan diri dengan terus terusan berdakwah memperingatkan manusia dan bertasbih dan bertahmid dalam apa keadaan pun terutama waktu malam dan dini hari.

Untuk memahami lebih tepat baca segera ayat 1-49 surah 52 Athur juz 27.”

Kebanyakan negara-negara sejuk sekarang mengalami cuaca yang sangat pelik. Suhu sejuk melampau. Snow lebat hingga mengganggu aktiviti hidup manusia. Ariport & sekolah ditutup, program termasuk meeting2 kerajaan terpaksa dibatalkan. Kabus tebal umpama asap Ad-Dukhan seringkali menyelubungi bandar-bandar. Begitu juga di Moscow, turun naik suhu tidak menentu. Beberapa tukang ramal cuaca mengatakan tahun ini merupakan musim Winter yang paling sejuk dalam 1000 tahun.

Allah subhanahu wa Ta’ala berfirman:
فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُبِينٍ (10) يَغْشَى النَّاسَ هَذَا عَذَابٌ أَلِيمٌ. الدخان: 10-11
Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata, yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih. (ad-Dukhan: 10-11)

Dalam hadits riwayat Muslim dari Abu Hurairah, bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
بَادِرُوا بِاْلأَعْمَالِ سِتًّا طُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا أَوِ الدُّخَانَ أَوِ الدَّجَّالَ أَوِ الدَّابَّةَ أَوْ خَاصَّةَ أَحَدِكُمْ أَوْ أَمْرَ الْعَامَّةِ . رواه مسلم في الفتن وأشرط الساعة

Bersegeralah kalian beramal sebelum datangnya enam perkara: terbitnya matahari dari arah barat, datangnya asap, munculnya Dajjal, keluarnya ad-Dabbah (binatang yang dapat berbicara), kematian atau datangnya hari kiamat yang merata. (HR. Muslim dalam al-Fitan wa Asyrathu as-Sa’ah).

Bersegeralah beramal dan berusahalah meninggalkan segala kemungkaran serta merta.

Moga Allah s.w.t memberikan kesempatan utk menerima taubat-taubat kita. Amin.. ya Allah..

About 2000N
Firdaus Azinun 20 February - Ulitsa Volgina, Moscow

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: