Makanan di Moscow Tidak Sedap

Bunyi macam tidak bersyukur. Tapi, hakikatnya memang begitu lah…

Tiada apa yg best untuk di makan bila d negara orang. lebih-lebih lagi negara sejuk spt Moscow.

ni..Kedai halal dekat Tupli Stan,……

Cuma ini saja yang ada… lebih kurang la…

Tp, Syukur.. dpt juga makan……. alhamdulillah…

Makanan, umpama ubat penenang bagi perut..  Kalau sedap, insyaallah perut pun ‘puas hati’..

Selalunya makanan yang sedap-sedap banyak d asian country.. tempat d mana rempah ratus tumbuh bila ditanam..

Kerana mahukan makanan sedap dan rempah ratus inilah, terbukanya jalan-jalan laut untuk perdagangan antarabangsa beberapa kurun sebelum ni. Peperangan dan pergaduhan kuasa-kuasa besar serta kemajuan ekonomi negara banyak ditentukan oleh ‘makanan-makanan sedap dan rempah ratus ini’.

Kerana rempah ratus ini jugalah negara yang dianggap kecil, mempunyai kuasa besar untuk membentuk politik antarabangsa suatu ketika dulu.,.

Hebat..!, namun, ianya tidak lebih melainkan cuma menunjukkan lagi sikap tamak dan cermin peribadi manusia yang bertuhankan nafsu perut.. Tidak sangka rupanya ‘keinginan perut’ juga boleh menyebabkan bencana yg sangat besar iaitu pertelingkahan dan peperangan..

Oleh yang demikian, PERUT dan keinginan2nya hendaklah diurus sebaik-baiknya.. supaya dapat mengurangkan risiko peperangan….

Ibnu Khaldun mengingatkan, penduduk negeri yang subur tanahnya yang mempunyai hasil pertanian yang banyak, makanan yang sedap, perisa dan buah-buahan yang banyak,…didapati, kasar tubuhnya dan tumpul fikirannya. Beliau membezakan keadaan penduduk Maghribi yang banyak rempah ratus dengan penduduk Sepanyol yang makan gandum saja. Orang2 Sepanyol lebih tajam fikirannya, cantik tubuhnya dan senang patuh arahan.

Beliau meringkaskan, kelaparan dan kawalan ketat terhadap ‘keinginan perut’, boleh memperbaiki susuk tubuh, menajamkan fikiran dan menambahkan sifat sabar..

Manakala orang yang selalu makan sedap-sedap,..seperti penduduk Barbar, dan orang-orang kebanyakan yang tinggal di kota, mempunyai susuk tubuh yang buruk, tidak mempunyai kesabaran, pancainderanya tumpul dan otaknya dungu!

Sebaik-baiknya, puasalah Isnin dan hari Khamis.. membiasakan berlapar, menahan keinginan-keinginan perut dan membiasakan diri dalam kesempitan hidup lebih memudahkan amal ibadat dan membaiki tubuh fizikal.. Begitulah sepertimana keadaan orang-orang di padang pasir, ketidakselesaan mereka dalam kehidupan, ketidaksedapan makanan, lebih memudahkan mereka menjadi seorang yang beriman… Kita pun boleh Try, insyaallah….

Advertisements

Man Jadda Wa Jadda

Siapa yang berusaha bersungguh2 akan berjaya!!!

Usaha mencapai kejayaan bermula dari diri kita sendiri. Begitu juga dalam meningkatn ilmu bermula dari diri kita. Persekitaran, guru, alat bantu dan lain-lain hanya faktor yg membantu. Pokok pangkalnya kita mahu atau tidak. Ketika berkunjung ke daerah-daerah pedalaman berbaagai keluhan yg singgah di telinga kita namun tak ada yg dtg berjumpa dan berkata “saya mahu belajar, bagaimana saya mendapatkannya? makanya yg kita temui dalam masyarakat kita adalah kebodohan dan kedunguan.

Di Sabah misalnya yg benar-benar berjaya secara merata adalah kaum bugis. Pasti sekurang-kurangnya mereka telah pergi naik haji dan setelah itu membina ekonomi dgn baik. Mereka belajar dan bersungguh-sungguh dalam sgala hal.

Jauh beza dgn masyarakat suluk, tidak ramai dikalangan mereka yang berjaya meningkatkan taraf hidup walaupun ada yg sudah tinggal 40tahun di Sabah. Mereka tetap tak ada dokumen pada hajika mereka berusaha menurusnya dari awal pasti hari ini mereka sekurang-kurangnya mendapat taraf penduduk sementara.

Bagaimana dengan kaum bumiputra pulak? Hakikatnya masih ramai yg hidup miskin. Tinggal seperti setinggan ditanah-tanah reserve kerajaan sejak datuk nenek mereka dahulu, usaha memiliki tanah sgt kecil. akhirnya menjadi penumpang di bumi sendiri. Pemimpin mereka pulak tak berusaha sungguh-sungguh supaya anak-anak buah mereka ini memiliki sekeping tanah. haram jadah… pemimpin mereka lagi yang mengambil tanah tumpangan rakyat diserahkan kpd bangsa asing yg ada kuasa wang kononnya utk membangunkan ekonomi negeri. segala pokok kelapa, betik, mangga, lalang bahkan kelapa sawit habis di sodok utk digantikan dgn usaha bangsa asing yg lbh nilai ekonomi.

By: Ustzah Ros.

Jadikan Tauhid Sebagai Asas Ilmu & Pemikiran

Dalam kitab suci Al-Quran, Allah S.W.T menegaskan bahawa sebelum Nabi Adam memulakan kehidupan dibumi bersama-sama isterinya, dia telah diajarkan dengan “nama-nama segala benda”. Allah S.W.T. telah mengarahkan Adam a.s. menzahirkan ilmu yang dikurniakan-Nya kepadanya berhubung nama-nama benda, sebagaimana firman-Nya:

“Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar”. (Surah al-Baqarah; ayat 31)

Kisah daripada Al-Quran ini membawa maksud bahawa sejarah tamaddun manusia tidak bermula dalam kejahilan dan kegelapan. Ianya telah jelas terbukti menerusi dalil yang hakiki. Bahawa manusia sudah dicukupkan dengan suatu tamadun ilmu dan bukan sepertimana gambaran ‘zaman paleolitik’ kehidupan gua yang didoktrinkan ke dalam minda anak-anak sekolah. Hakikat ini seharusnya mampu menafikan evolusi budaya yang didakwa sebagai suatu proses perubahan masyarakat dan budaya yang mengambil masa yang lama. Inilah idea yang dipopularkan oleh August Comte dan lain-lain sarjana kafir yang meresapi ilmu sejarah yang diajarkan di sekolah.

Menurut Islam, manusia yang mentauhidkan Allah muncul lebih awal dipentas sejarah daripada manusia musyrik. Syirik hanya muncul setelah lemahnya pegangan manusia terhadap aqidah tauhid dan mula memikirkan semata-mata kehidupan dunia lantaran kejahilan yang berleluasa.

Ilmu ini asasnya sangat mudah dan semuanya merupakan intisari daripada aqidah tauhid kepada Allah S.W.T. Oleh kerana benarnya ilmu dan keserasiannya dengan alam, semua makhluk, termasuk malaikat di langit dan ikan di air, haiwan yang bertebaran di darat serta burung yang berkicauan di udara sekalipun turut gembira dan mendoakan orang-orang yang mempelajari ilmu.

Dikisahkan daripada Sayyiduna Anas ibn Malik Radiallahu Anhu berkata: Telah bersabda Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam; “Barangsiapa keluar ia pada menuntut suatu pintu daripada ilmu, nescaya meliputi dengan dia oleh segala Malaikat dan mensholawatkan atasnya oleh segala burung pada hawa (udara) dan segala ikan di dalam air dan ditempati akan dia daripada ALLAH Subhanahu Wa Taala akan tujuh puluh tempat orang yang mati syahid, yakni disediakan akan dia pada ALLAH Subhanahu Wa Taala seumpama tujuh puluh tempat orang yang mati syahid”

Ibrah daripada hadith ini adalah bahawa orang-orang yang berilmu dalam erti demikian dapat menjamin pembangunan yang seimbang, adil dan tidak mengakibatkan sebarang kebinasaan kepada alam, manusia dan makhluk lain.

Realiti zaman sekarang

Diakhir zaman ini, kita diajarkan dengan bermacam-macam cabang ilmu. Ilmu-ilmu ini dipelajari bertahun-tahun semenjak disekolah rendah hingga ke universiti, jika dihalusi maksud tujuannya, adalah semata-mata untuk memenuhi keperluan ‘perut’.  Dan jika diteliti kesemua cabang ilmu ini, seolah-olah ianya dipaksikan kepada benda fizikal dan bersifat material semata-mata. Ianya jauh daripada maksud asal ilmu tersebut sehingga tidak nampak kemana dan apa dasarnya. Dari kecil, orang dididik untuk bekerja, bukan untuk memahami hakikat kehidupan dan kejadian. Sistem pemikiran ini dibangunkan seperti kilang. Ditarbiyah dengan pelbagai habuan dunia dan diasuh supaya mementingkan sijil dan bukan pengetahuan sebenar.

Hakikat sebenarnya mereka diprogramkan untuk melihat dunia keseluruhannya melalui perkataan Kos Sara Hidup, Kadar Pengangguran dan Keluaran Negara Kasar. Sistem ini sebenarnya membentuk pemikiran yang menyesatkan dan berjaya mengheret manusia sangat jauh daripada Allah s.w.t. Inilah yang dipanggil sebagai ilmu sekular. Iaitu ilmu-ilmu yang berjaya menjauhkan kita daripada maksud asalnya. Memisahkan segala-galanya dengan Tauhid Agama.

Pak Hamka pula pernah didatangi oleh seorang pemuda. Dia mengatakan: “Saya tidak percaya Allah itu ada, Pak Hamka!” Kenapa? “Saya tidak pernah melihat Allah dengan mata saya!” Selepas itu Pak Hamka menjawab spontan: “Matamu sendiri belum pernah engkau lihat, bagaimana engkau mengatakan akan melihat Allah”. Begitulah jika ilmu berdasarkan tauhid itu dipelajari, maka manusia akan mula memahami batas-batas dan kemampuan mata itu hingga kemana. Bukan sahaja ia membawa maksud akhlak dalam sains, bahkan ia membawa konotasi yang lebih jelas dapat ditanggapi tanpa melibatkan sebarang teori-teori spekulasi ilmu Barat. Inilah yang disebutkan sebagai ilmu sains yang pasti. Tidak perlu eksperimen dan ujikasi, Cuma perlu percaya sahaja dalil quran dan hadis.

Semangat dan cara berfikir yang kononnya ‘moden’ ini membelakangkan iman dalam ilmu pengetahuan. Ianya juga berusaha untuk membebeskan akal pemikiran daripada kawalan wahyu dan agama. Benda ni bertambah buruk bilamana kita didoktrin dengan pelbagai slogan ‘kebebasan berfikir’ kononnya akan membuatkan kita mampu mencapai kemajuan ilmu yang tidak terbatas.

Sistem pemikiran yang memutuskan hubungan akal dengan iman dan wahyu ini menimbulkan pelbagai kepincangan dalam ilmu-ilmu yang dipelajari. Natijahnya adalah sepertimana lahirnya kilang-kilang senjata yang merosakkan alam, dalam masa yang sama duit dan kempen kesedaran dilabur untuk menentangnya. Hanya buang masa.

Persoalannya juga bukanlah samada kita perlu berfikir atau tidak, tetapi cara kita sepatutnya berfikir. Dalam hal ini, yang dikatakan “seni berfikir Islam” itu bukanlah suatu konsep rekaan baru tetapi ialah suatu kenyataan dari dulu.

Begitu juga persoalan ilmu-ilmu seperti perubatan, fizik, matematik, biologi, sosiologi dan antropologi, bukanlah persoalan samada perlu atau tidak, tetapi, dalam acuan bagaimanakah seharusnya ilmu-ilmu ini dihidupkan dan dikembang majukan?

Oleh itu, dasar dan seluruh cabang ilmu itu adalah datang daripada Allah S.W.T, dan hanya kepadanya sajalah tempat yang paling layak dikembalikan segala perbincangan.