Akal Dan Khayal

Tamaddun yang dicapai Barat sekarang ini, adalah saripati daripada pelbagai tamaddun yang sedia ada; Yunani, Romawi, Zaman Tengah, Renaissance dan Zaman Baru.

Tapi isinya hanya satu, iaitu akal.

Akal adalah laksana aliran elektrik dalam peribadi insan, sehingga menimbulkan nyalaan pada lampu-lampu pancaindera.

Di Timur pula terdapat tamaddun besar. Saripati daripada tamaddun yang beraneka warna. Sejak Tiongkok, India, Parsi, Babilon, Arab dan lain-lain. Tetapi isinya juga satu, iaitu khayal.

Dan khayal laksana suria. Dia dapat memberikan terang yang gelap, yang seribu pelita pun tidak dapat mengisinya. Sungguhpun Timur dikatakan tamaddun khayal, bukan saya mungkiri bahawa akal ada didalamnya. Cuma akal ini sentiasa diseret oleh khayalnya.  Begitu juga Tamaddun Barat, tidak boleh dimungkiri bahawa akal barat pun mempergunakan khayal.

begitulah..,

Berselerak dihadapan akal alat segala pencari: teleskop, mikroskop, sampai kepada alat meneropong bintang dan planet-planet. Tetapi ada yang masih merasa buta, kerana belum juga dapat dicapainya apa yang dilihat oleh nya dari khayalnya. Maka khayal itu jualah yang sentiasa memanggil-manggilnya supaya melihat lagi. mencari lagi. dan meningkat lebih tinggi.

Telah ada telefon, telah ada radio television dan internet. Tetapi sentiasa terdengar diluar jangkauan telefon, radio dan television serta internet itu, suatu suara lain yang tetap terdengar oleh khayal.

Telah maju pesawat terbang dan jet yang cepat jalannya, entah piring terbang dan entah apa lagi. Tetapi khayal manusia itu masih mengatakan bahawasanya kakinya masih terikat. Sebab ada lagi yang ‘terbang’ jauh lebih tinggi, dan lebih tinggi dari apa yang didapatinya. ‘Penerbangan sekelip mata’, antara benua dan merentasi zamnan, dari mumkinul wujud kepada wajibul wujud.

Maka tetaplah jahil si akal akan perjalanan khayal yang serabut itu. Itulah sebabnya dia cuba hendak lari dari dalam pengaruhnya. Dia hendak memisahkan Akal dari Khayal. Alangkah sulit dan sakitnya. Lebih sukar daripada memisahkan rohani dan jasmani. Sebab perpisahan rohani dan jasmani, masih membuahkan maut. Tetapi apakah akibat perpisahan akal dan khayal?

Memang! Kalau kita bertanya kepada manusia, samada di Barat dan di Timur, yang lebih utaman antara Akal dan Khayal. Serentak mereka menjawab:

“Akallah yang lebih utama.”

“Apa sebab?”

Sebabnya kerana hidup manusia yang sekarang ini, masih bergantung kepada pancaindera.

Batu yang besar adalah barang yang nyata, tidak khayal lagi! Tetapi mereka lupa, bahawa terhadap batu itupun ada unsur khayal, bahawasanya batu adalah daripada khayal dari beribu-ribu bilion benda cair yang telah beku! Bila hal ini dibicarakan, mulut mereka kembali ternganga, laksana nganganya orang daripada pergunungan Himalaya yang baru masuk ke kota, ketika seorang profesor memberi penerangan dalam satu pembentangan umum tentang teori ‘Absolute Relatif’.

– isi kuliah drpd Prof Hamka

Manusia Menggunakan Akal Untuk Memuaskan Apa Yang diKhayalnya

About 2000N
Firdaus Azinun 20 February - Ulitsa Volgina, Moscow

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: