Manhaj Komunis dalam Gagasan Plato

Plato, digambarkan sebagai guru paling bijak dalam sejarah Yunani selain merupakan madrasah kepada pemikiran Aristotle peringat awal. Kalau tamadun akhir mengenali Aristotle melalui karya Ibnu Sina, Plato pula dikenali melalui karya Aristotle.  Karya agung daripada tokoh pemikir ini lahir dalam bukunya ‘The Republic’ 390 tahun sebelum nabi Isa A.S diahirkan.

Republic cuba membawa suatu konsep pemerintahan yang ideal. Dan ini cuba diimplementasikan dalam sistem Negara Athens, yang merupakan musuh kepada Sparta. Athens yang mengamalkan demokrasi ketika yang sama dijangkiti dengan penyakit perbalahan perebutan kuasa dan wujud ketidakadilan yang berleluasa serta kemerosotan sistem sosial yang stabil.

Plato secara ringkasnya mengenalkan sistem kasta. Beliau menyebutkan pemerintah adalah suatu kasta yang bebas daripada sebarang eksploitasi ekonomi. Membezakan sistem pendidikan antara dua kelas dan sekaligus membentuk suatu masyarakat elit. Masyarakat yang dikuasai oleh golongan elit turun temurun ini cenderung kepada kefahaman kebendaan dan penjajahan. Kebajikan warganegara tidak dipedulikan dan kezaliman yang ganas diwajarkan selain membenarkan kaedah tipu helah sebagai alat pemerintahan.

Inilah rahsia ‘komunisme’ dalam republic Plato. Konsep ini tidak mengendahkan kesan buruk daripada kuasa mutlak dan dari itulah para oligarki menggunakannya sebagai pembelaan yang ‘bertulis’ untuk berhujah. Pandangannya digunakan oleh raja yang zalim untuk mengamalkan tipu helah kepada rakyat, bahkan ianya dianuti bagi mewajarkan tindakan ahli politik yang mencari untung untuk diri sendiri.

Idea Plato tetap kekal hingga kehari ini, berulangkali mereka yang romantik dan bermimpikan Utopia kembali kepada ideanya untuk mendapatkan inspirasi.  Jadi, adalah tidak menghairankan bila Karl Marx mengambil Darwin sebagai gurunya untuk menghalalkan Komunisme Global melalui fekah biologi evolusinya. Walauapapun kaedah yang digunakan, matematiknya tetap sama. Das Kapital yang dipelajari Lenin mengambil Kesatuan Soviet sebagai model negara gagasannya. Negara ini menghasilkan buah pergolakan, perebutan kuasa, revolusi dan kezaliman total. Hinggalah riwayatnya ditamatkan dengan kelahiran negara ‘bertanah besar’ yang mengamalkan korupsi sana sini.

Namun demikian, walaupun tiada kedengaran semboyan Komunisme Global secara terang-terangan, sekarang pemerintahan yang ada berselindung disebalik demokrasi untuk mewajarkan kapitalisme. Iaitu suatu bentuk baru rejim komunis menghisap darah manusia, yang berevolusi daripada sistem politik kepada sistem ekonomi. – Firdaus Azinun

About 2000N
Firdaus Azinun 20 February - Ulitsa Volgina, Moscow

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: