From afar there came a song.. Subhanallah wa Maashaallah, Lakal Hamd Wa Nasykuru ilaika Ya Allah

Advertisements

Tingkatan Cinta: Shaykh Hamza Yusuf Explaining What is Love and How It Works

Tingkatan Cinta:-

1. ‘Alaqah = Attachment

2. Iradah = Desire

3. Shobaba =Falling

4. Gharama = Punishment

5. Alwidad = Pure / The Affectionate

6. Shigaf = Memenuhi

7. Isyk = Asyik  , – Imam Al-Jazuli

8. Tatayyum = Serve..  – Sbhgn drpd Ubudiyyah,

9. Ta’abbud = Complete Slave, adore

10. Khullah = Level of Khalil, – Nabi Ibrahim (Highest level of Love) , Khaliilullah

Hakikat Laut Menurut Al-Quran

 

Sejak kehilangan dan misteri pesawat MH370 yang dinyatakan berakhir di selatan Lautan Hindi, para penyelidik antarabangsa menumpukan perhatian ke lokasi koridor tersebut.Berikut kita merungkaikan mengenai tragedi itu menurut perspektif al-Quran serta kajian saintis berkenaan dengan misteri dan hakikat laut serta pendapat para ulama Islam.

 

 

 

Informasi terkini dalam ilmu kelautan:

1) Laut terbahagi dua bahagian besar iaitu permukaan yang tercampur dengan energi dan sinar matahari; dan laut dalam di mana energi dan sinar matahari tidak lenyap.

 

2) Laut permukaan dan laut dalam berbeza dari segi suhu, massa, tekanan dan tingkatan cahaya matahari serta biota-biota yang hidup di dalamnya. Kedua-dua laut ini dipisahkan dengan gelombang dalam.

 

3) Gelombang dalam (internal wave) menutupi laut dalam dan merupakan garis pemisah antara laut dalam dan laut permukaan. Sebagaimana arus permukaan itu menutupi permukaan laut dan menjadi pemisah antara air dan udara. Gelombang dalam ini tidak ditemukan kecuali pada tahun 1904. Panjang gelombang dalam berkisar antara puluhan hingga ratusan kilometer. Sedangkan tinggi gelombang dalam berkisar antara 10 hingga 100 meter.

 

4) Kegelapan di lautan dalam semakin bertambah seiring kedalaman lautan hingga didominasi kegelapan pekat yang dimulai dari kedalaman + 200 meter.

Pada kedalaman ini dimulai penurunan suhu yang memisahkan antara air permukaan yang hangat dan air kedalaman yang dingin. Selain itu, pada kedalaman ini terdapat gelombang dalam yang menutupi air dingin di kedalaman lautan. Lalu cahaya tidak ada sama sekali pada kedalaman + 1,000 meter.

Alat paling sederhana untuk mengukur kedalaman tembusan cahaya di perairan samudera adalah The Secchi Disk. Kemudian alat pengukuran cahaya mengalami perkembangan dengan menggunakan sel-sel elektrolight pada tahun 30-an, seterusnya setelah manusia berjaya mencipta alat yang memungkinkan mereka untuk menyelam hingga kedalaman, bahkan ke dasar laut.

 

Kegelapan pekat yang dimulai dari 50 hingga 1,000 meter terjadi akibat berlapis-lapisnya kegelapan, dan ini timbul kerana dua sebab utama,

Pertama, kegelapan kedalaman. Cahaya matahari terdiri dari tujuh warna (merah, jingga, kuning, hijau, nila dan ultraviolet serta biru). Masing-masing warna memiliki panjang gelombang tersendiri. Kemampuan cahaya untuk menembus air tergantung pada panjang gelombangnya. Semakin pendek gelombang cahaya, maka semakin besar kekuatannya untuk menembus air. 
Kerana itu, cahaya warna merah akan terserap pada kedalaman + 20 meter, dan setelah itu keberadaannya tersembunyi. Dari sinilah muncul kegelapan warna merah.

Hakikat dan misteri laut ini sejak sekian lama telah digambarkan oleh al-Quran. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud : “Atau seperti gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan, gelap-gelita yang tindih-bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, dan barang siapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh ALLAH, tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun.” (An-Nuur : 40). 

Al-Quran memastikan keberadaan beberapa kegelapan di lautan yang dalam. Al-Quran menjelaskan dengan kata ‘lujjiyyin’ (sangat dalam) agar pembaca tahu bahawa kegelapan-kegelapan tersebut tidak ada kecuali di laut yang dalam. Ahli bahasa dan mufassirin menjelaskan kata tersebut. Qatadah dan penulis tafsir Al-Jalalain mengatakan bahawa kata lujjiyyin bererti ‘dalam’.

 Az-Zamakhasyari mengatakan ertinya adalah dalam lagi banyak airnya. At-Tabari mengatakan: “Kata laut disifatkan dengan kata ‘lujjiyyin’ yang bererti dalam dan banyak air.

Sementara al-Busyiri mengatakan bahawa maksudnya adalah laut yang tidak diketahui dasarnya. Kata tersebut terambil daripada kata ‘lujjah’ yang bererti banyak air. Kata ‘iltajja’ al-bahru bererti laut itu saling berhentaman ombak-ombaknya.

 Al-Quran menetapkan peranan ketiga tabir dalam membentuk kegelapan-kegelapan di laut yang dalam, dan bahawa kegelapan tersebut bertindih-tindih. Ayat tersebut juga mengandungi penjelasan tentang tujuh kegelapan di kedalaman pada bahagian awal, dan tiga kegelapan tabir di bahagian akhir.

Wallahu’alam.

Credit to: Ibrahim Abdullah

 

Travel While You’re Young & Able

Travel While You're Young & Able

Dakwah Rasulullah Dengan Cinta

Image

Jika kita dizalimi, apa yang akan kita lakukan? Melawan, diam tak berdaya, atau mengumpat dalam hati? Banyak dari kita yang ketika dizalimi akan mengumpat, terang-terangan atau di dalam hati. “Semoga engkau celaka!” “Kau akan mendapat balasan setimpal!”

Namun, sungguh berbeza dengan yang dilakukan oleh Rasulullah Saw. Beliau tidak membalas kezaliman dan perlakuan kasar yang ditujukan pada beliau dengan ucapan-ucapan buruk. Beliau justru mendoakan orang-orang tersebut. Bukan doa agar mereka diazab, melainkan doa agar Allah memberikan petunjuk kepada mereka.

Mari kita semak kisah berikut. Suatu hari Rasulullah Saw. pergi ke kota Thaif, sebuah daerah dekat Mekah. Tujuan beliau adalah berdakwah dan menyampaikan permintaan kepada suku Tsaqif agar melindungi dakwah Islam. Akan tetapi, suku Tsaqif justru mengolok-olok Rasulullah Saw. Mereka bahkan mengejar dan melempar beliau dengan batu! Tubuh beliau terluka. Darah mengalir di kakinya …. Rasulullah Saw. berlari menuju kebun milik Utbah bin Rabi’ah, seorang tokoh Quraisy untuk berlindung (menurut tradisi Arab, orang yang memasuki pekarangan orang lain akan mendapat perlindungan di sana).

Sambil mengusap keringat dan menyeka darah yang mengalir dari lukanya, Rasulullah Saw berdoa dengan khusyuk. “Ya Allah, kepada-Mu aku mengadukan kelemahanku, kurangnya kesanggupanku, dan kerendahan diriku berhadapan dengan manusia. Wahai Dzat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Engkaulah Pelindung bagi yang lemah dan Engkau jualah pelindungku. Kepada siapa diriku hendak Engkau serahkan? Kepada orang jauh yang berwajah suram terhadapku, ataukah kepada musuh yang akan menguasai diriku? Jika Engkau tidak murka kepadaku, semua itu tak kuhiraukan karena sungguh besar nikmat yang telah Engkau limpahkan kepadaku. Aku berlindung pada cahaya wajah-Mu yang menerangi kegelapan dan mendatangkan kebajikan di dunia dan di akhirat dari murka-Mu yang hendak Engkau turunkan dan mempersalahkan diriku. Engkau berkenan. Sungguh tiada daya dan kekuatan apa pun selain atas perkenan-Mu.” (Siratu Ibnu Hisyam 1/381)

Dalam sumber lain, Aisyah r.a. berkata, “Wahai Rasulullah, pernahkah engkau mengalami peristiwa yang lebih berat daripada peristiwa Uhud?”

Nabi Muhammad Saw menjawab, “Aku telah mengalami berbagai penganiayaan dari kaumku. Namun, penganiayaan terberatyang pernah aku rasakan ialah pada hari ‘Aqabah ketika aku datang dan berdakwah kepada Ibnu Abdi Yalil bin Abdi Kilal, tetapi tersentak dan tersadar ketika sampai di Qarnu’ts-Tsa’alib. Lalu aku mengangkat kepala dan pandanganku. Tiba-tiba muncul Jibril memanggilku seraya berkata, ’Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan dan jawaban kaummu terhadapmu, dan Allah telah mengutus malaikat penjaga gunung untuk engkau perintahkan sesukamu.” Rasulullah Saw. melanjutkan, “Kemudian malaikat penjaga gunung memanggilku dan mengucapkan salam kepadaku. Ia berkata, ’Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan kaummu terhadapmu. Aku adalah malaikat penjaga gunung. Rabb-mu telah mengutusku kepadamu untuk engkau perintahkan sesukamu. Jika engkau suka, aku bisa membalikkan Gunung Akhsyabin ini ke atas mereka.” Jawab Rasulullah, “Aku menginginkan Allah berkenan menjadikan anak keturunan mereka generasi yang menyembah Allah semata, tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun.” (HR Bukhari Muslim)

Subhanallah. Inilah Rasulullah. Siapa yang mampu mendekati kebaikan Nabi kita? Hati siapa yang tak tersentuh oleh kebesaran cintanya? Benarlah pujian Allah kepadanya.

“Sungguh telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.” (QS At-Taubah [9]: 128)

image

Usaha atas iman

Qawaid Fiqhiyah

Ibnu Nujaym meletakkan 6 qawaidul fiqh yang utama.

Tapi secara umum ada 5.

#Laa dharari wala dhiraran
#Al masyaqqah tajlibut taysir
#Al umuru bimaqaasidiha
#Alyaqinu la yuzalu bissyaq
#Ad Dharurah yuzaalu
#Shad azzaraie’
#Almaisur la yaskut bil maksur
#Ma la yatimmul wajib, illa bihi fahuwa wajib
#Al adat muhakkamah: Agama, Nyawa, Aqal, keturunan, harta benda
#Alhajat tunazzalu manzila Al darura
#Idzaj tamal halal wal haram, ghulibal haram

Sekadar mengulangi kaji ilmu-ilmu lama. Agar tidak pupus dek lupa kerana asid laktik banyak dikepala.