“Islam Adalah Agama Rasmi Di Sabah” – Tun Datu Mustapha

Tulisan di bawah ini hanyalah sekadar untuk menukilkan kembali poin sejarah berkenaan perjuangan Islam dibumi Sabah, agar ia sentiasa segar dalam ingatan dan hidup tertanam dalam jiwa para anak muda yang masih mencari-cari.

Sejarah dan kisah bagaimana Islam diperjuangkan di Sabah sangat berbeza daripada situasi di Semenanjung. Perkembangan Islam di Sabah tidak pernah sunyi daripada masalah hinggalah dunia menuju ke abad IPhone dan Komputer tablet.

Islam di Sabah tidak diperturunkan melalui pendidikan yang teratur. Tidak mempunyai pondok pesantren agama, tidak ramai ulama mursyid seperti wilayah-wilayah Indonesia dan semenanjung. Akibatnya di Sabah, Islam tidak dapat diperturunkan dengan baik kepada setiap generasi penerus. Oleh itu tidak hairan jika harini kita melihat ada orang Islam yang ‘main sabung ayam’ selepas solat Jumaat. Jika di pasar ikan, peniaga-peniaganya penipu (tidak semua), walaupun solat 5 waktu… itupun, kedai jualan mereka biasanya ada yang berdekatan dengan masjid dan surau.

Walaubagaimanapun, perjuangan pemimpin-pemimpin Islam di Sabah sedikit sebanyak mampu memberikan sedikit harapan kepada usaha dakwah Islam terutamanya sejak tertubuhnya USIA menjelang akhir tahun 1969. Kemunculan USIA dengan cita-cita perjuangann serta gerakan dakwah yang dilancarkannya telah memberikan kesan penting terhadap perkembangan Islam dan pemikiran masyarakat di Sabah. Agama Islam dan pengikutnya di Sabah telah menikmati hak-hak tertentu yang sebelum itu tidak pernah berlaku. MUIS yang tertubuh hasil daripada perjuangan USIA, telah membolehkan beberapa masalah pentadbiran berhubung dengan agama Islam dijalankan dengan lebih kemas berbanding masa-masa sebelumnya.

Sungguhpun perjuangan ini mendapat tentangan hebat daripada pemimpin agama Kristian, USIA tetap meneruskan usahanya tanpa tolak ansur. Hasilnya, strategi dakwah USIA yang dijalankan selama ini semakin menampakkan kekuatan dan berupaya memjamin kejayaan melalui sudut politik. Sebagaimana MUIS, usaha USIA untuk menjadikan Islam sebagai agama rasmi di Sabah sudah tidak menghadapi kesulitan apabila usul tentangnya dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri pada 23 September 1973. Didalam pindaan Perlembagaan Negeri Artikel 5(A), agama Islam dicatatkan sebagai agama negeri tanpa menghalang agama-agama lain diamalkan dalam keadaan aman dan harmoni seperti berikut:

“Islam is the religion of the State, but other religions may be practiced in peace and harmony in any part of the state.”

Pengiktirafan agama Islam sebagai agama rasmi Negeri sabah disifatkan sebagai kejayaan untuk meletakkan agama itu pada kedudukan yang paling tinggi oleh pemimpin USIA seperti kata Tun Datu Mustapha:

“The religion of Islam reaches its highest status in the recognition of Islam as the religion of the state of Sabah”

Tinggal lagi kejayaan ini perlu diisi dalam usaha memberi erti terhadap usaha generasi sebelumnya……

Siapakah lagi pemimpin Islam yang lantang memperjuangkan Islam di Dewan Undangan Negeri (Sabah) pada hari ini agaknya..?

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 110 other followers