Impak Kemunculan ‘Sultan-Sultan’ Sulu Di Malaysia

By: DATUK SERI YONG TECK LEE

THE fact that there are innumerable claimants to the Sulu sultanate is public knowledge, but to have a joker by the name of Datu Akjan Ali Muhammad to install himself in a self-styled coronation in Sabah as Sultan of Sulu is a direct and no joke challenge to Malaysia’s sovereignty over Sabah and an insult to the our Malaysian Sultans and our Sabah Head of State.

This so-called ‘Sultan of Sulu’, complete with a ‘Prime Minster’ of a government-in-exile expect people of Sulu descent to pledge loyalty to him, and not to our Malaysian Agong, our constitution and nation. The security implications are obvious and serious.

In 1995 or 1996, Akjan and several other UMNO operatives were detained under the Internal Security Act for the manufacturing of fake identity cards. I need say no more about this person except that Akjan is an active UMNO member. What is UMNO going to do about him?

If the Malaysian government does nothing to stop such flagrant violation of Malaysia’s sovereignty over Sabah, then Sabahans will being to wonder what it means to be a Malaysian.

(Note: Datuk Seri Yong Teck Lee is Ex-Chief Minister of Sabah, May 1996 – May1998)

Dipetik dari http://sabahkini.net bertarikh 09 Feb 2011, Rabu.

—————————————————————-

INTRODUKSI:
Penulis tidak akan mengatakan apa-apa tentang kenaikan sultan seperti yang dilapor oleh Sabahkini.net di atas tetapi apa yang penulis mahu ulas ialah situasi semasa apa dan kenapa bermunculannya individu yang melantik diri jadi Sultan Sulu sejak kebelakangan ini terutamanya di Malaysia dan Filipina (Kepulauan Sulu). Kalau pun ia berlaku di Filipina (Selatan) ianya lebih patut dan masih dalam pertimbangan waras berbanding yang dikatakan “Sultan Sulu ditabalkan di Kuala Lumpur atau di Sabah”.

Menurut laporan, individu yang melantik dirinya Sultan Sulu atau pun sekurang-kurang sebagai waris TUNGGAL Sultan Sulu (yang menjadi moyangnya) di Malaysia ialah 3 individu setakat ini termasuk cucu Datu Agasi yang membakar bendera Sabah di Lahad Datu tidak lama dulu. Mereka ialah:

  • Sultan Mudarasullail Kiram (Paijal) yang selalu mengadakan Majlis Penganugerahan Gelaran Datu di Semenanjung Malaysia. Tidak diketahui di mana dan siapa yang menabalkannya.
  • Datu Domek, cucu Datu Agasi dari Lahad Datu.
  • Sultan Shariful Hashim II Pulalun (Datu Akjan) ditabalkan di rumahnya sendiri di Likas, Kota Kinabalu baru-baru ini.

Nampaknya buku Tausug & Kesultanan Sulu yang dicetak dan diedarkan bukan sahaja di Malaysia malah Brunei, Singapura dan Indonesia (versi Bahasa Inggeris pula beredar seluruh dunia) telah menjadi punca keberanian mereka bersuara. Para individu yang berketurunan Datu yang sebelum ini takut mendedah identiti tiba-tiba jadi berani tahap sawan bila terbaca buku Tausug & Kesultanan Sulu tersebut. Apatah lagi mereka lihat buku tersebut selamat beredar di Malaysia tanpa sekatan dari KDN.

Buku tersebut mendapat perhatian kerana maklumat dan kandungannya ditulis oleh anak jati Suluk sendiri sehingga menjadi punca persatuan-persatuan Suluk atau Bajau semakin kuat dan di hargai oleh kerajaan Malaysia kemudiannya. Hal ini juga menjadikan Kementerian Penerangan mula terasa bahang kenaikan Suluk akan menjejaskan kaum-kaum lain pula, maka tidak hairan mengapa RTM menjalankan program menjejak kaum-kaum Pribumi lain untuk dikaji dan ditulis serta didokomentarikan walhal sebelum ini tidak diambil peduli. Ini bermakna kemunculan buku Tausug tersebut menyebabkan kaum-kaum lain juga turut mendapat manfaat. Penulis ucapkan ribuan terima kasih kepada RTM dan kerajaan Malaysia.

Anjakan paradigma yang dihasilkan oleh buku Tausug & Kesultanan Sulu begitu besar sehingga menarik perhatian Universiti Malaysia Sabah (UMS) Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan terakhir ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berjaya menganjurkan seminar keagungan Suluk di Malaysia baru-baru ini (sehingga berjaya mempertemukan Minang & Suluk dari satu keturunan terdekat?). Walau pun pada awalnya buku tersebut tidak diterima oleh orang Suluk sendiri kerana takut dengan tindakan kerajaan Malaysia namun setelah beberapa tahun sambutannya menjadi di luar jangkaan pula. Lebih-lebih lagi setelah ditranslasi ke bahasa Inggeris oleh Sabah Islamic Media SDN BHD yang kemudian diedarkan ke pejabat-pejabat setiap kedutaan luar begara termasuk kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.

Penulis mengambil gambar kenangan dengan memberikan hadiah buku Tausug & the Sulu Sultanate kepada Dr. Umar Vadillo ketika menghadiri pelancaran Dinar Kelantan tahun lalu.

IMPLIKASI
Samada buruk atau baik implikasinya terhadap Malaysia sebenarnya adalah harus berlaku kerana kontroversi Sabah yang mempunyai sejarah yang tidak dapat dipisahkan dari Kesultanan Sulu walau apa pun keadaannya. Perkara ini masih menjadi kebingungan bukan sahaja kepada kerajaan Malaysia dan Filipina malah Indonesia (Brunei dan Singapura sebagai pemerhati?). Keterlibatan Indonesia sangat ketara ketika menyuarakan tuntutannya terhadap Pulau Sipadan dan Ligitan.

Untuk membicarakan implikasi, keterlibatan Indonesia perlu diasingkan. Tumpuan harus hanya antara Filipina dan Malaysia untuk dicari jalan penyelesaiannya. Dalam hal ini penulis lebih suka mengambil sikap “selamat” yang hanya memihak kepada Islam dan kebenarannya. Membela Islam adalah dengan membela kebenaran sekali pun ia bersangkutan dengan kafir kerana orang kafir sendiri mempunyai hak asasi mereka sebagaimana yang diberikan Allah swt. Sebagai contoh Islam melarang merobohkan rumah ibadat mereka dan tidak boleh menghalang mereka melakukan ibadat mengikut cara agama mereka menunjukkan keadilan dan toleransi Islam yang sebenarnya.

Dalam hal ini Malaysia berada di tempat selesa berbanding Filipina kerana Sabah mempunyai perjanjian jelas dibawah Persekutuan Malaysia berbanding Filipina. Kemenangan terhadap Pulau Sipadan beberapa tahun lalu mengalahkan Indonesia menjadi bukti bahawa Malaysia lebih berhak ke atas wilayah Sabah. Kehilangan kerajaan Kesultanan Sulu hari ini menjadikan Filipina sendiri serta Indonesia kehilangan “hak” untuk menuntut wilayah yang mereka rasakan masih dalam wilayah mereka.

Sebenarnya Kesultanan Sulu terhimpit antara dua negara iaitu Malaysia dan Filipina. Ini kerana ketika peperangan MNLF melawan Marcos dulu, Malaysia membantu MNLF manakala Filipina pula memerangi MNLF sehingga hampir 70,000 orang menjadi pelarian di negeri Sabah antara tahun 1972 sehingga 1979. Secara sentimen orang-orang Tausug sebenarnya lebih memihak kepada Malaysia dari segala segi sebagai contoh sebahagian mereka lebih rela berada di dalam kekuasaan pimpinan Islam seperti Malaysia berbanding Filipina yang kafir. Hal ini berlaku kerana tiada seorang pun Tausug yang tinggal di kepulauan Sulu yang tidak mempunyai sanak saudara di Sabah. Mereka tahu kehidupan sanak saudara mereka di Sabah lebih aman dan hidup selesa di samping permintaan tenaga buruh yang tinggi berbanding di Filipina.

Berbalik kepada implikasi, apakah Malaysia terancam dengan kehadiran PATI Tausug dari Sulu? Jawapannya “tidak mengancam” kerana Tausug sangat diperlukan sebagai tenaga buruh dan “kerja-kerja politik” (Bab ni Mutalib MD lebih arif) Malaysia juga tahu bagaimana cara menjinakkan EGO Tausug yang mana Filipina sendiri gagal melakukannya, menjadi kelebihan tersendiri kepada Malaysia. Apakah Malaysia terancam dengan kemunculan beberapa Sultan yang sejak kebelakangan ini bermunculan seperti cendawan tumbuh selepas hujan di Sabah?

Beberapa sahabat Sabahan yang penulis tanya mereka beranggapan ianya tidak mengancam langsung ke atas kedaulatan mana-mana wilayah Malaysia, tinggal lagi sedikit sebanyak akan menjejaskan reputasi politik pemerintah. Kegagalan menghentikan pengaku Sultan Sulu yang bukan sahaja berkeliaran keluar masuk sewenang-wenang malah ditabal pula jadi Sultan di kawasan Negeri Sabah Malaysia, siap dengan liputan Media Massa serta boleh pula memberi anugerah pangkat Datu, Panglima dan sebagainya, menjadikan rakyat tempatan bertanya-tanya kehairanan “mampukah negara kita menjaga kedaulatannya?”.

Mari kita lihat penyelesaiannya…

MELIHAT PROTOKOL SULU SEBAGAI PANDUAN
Penulis melihat, Tausug yang melantik diri mereka Raja atau Sultan Sulu di Sabah (bukan di Sulu) telah tidak berlaku adil terhadap Malaysia. Perkara ini seharusnya dihentikan dengan menghormati pemimpin utama Malaysia sebagai saudara seagama. Memohon untuk bergerak di Sabah tidak mengapa tetapi untuk individu yang mengaku Sultan Sulu dengan kerakyatan Malaysia kemudian berkeliaran sehingga mengganggu sentimen rakyat tempatan amatlah tidak sesuai. Ia akan menghiris perasaan TYT, KM, PM dan Sultan Agung.

Dalam hal ini, sekiranya Malaysia keberatan untuk “mengganggu” Sultan-Sultan Sulu di Sabah ini mungkin salah satu cara ialah tidak mengiktiraf mereka sebagai Sultan Sulu serta gelaran Datu yang mereka anugerahkan, itu sahaja. Persoalannya sampai bila? Kemungkinan Malaysia keberatan “mengganggu” Sultan-Sultan ini adalah kerana Malaysia sendiri tidak memahami sistem atau Protokol kenaikan takhta Kesultanan Sulu. Takut-takut tersalah tangkap barangkali.

Di dalam ruangan terhad ini penulis akan cuba menjelaskan kaedah bagaimana mengesan atau mengklasifikasikan seseorang yang mengaku Sultan Sulu samada mereka benar atau pun salah, berhak dan layak atau pun tidak berdasarkan Protokol Sulu. Apakah yang dikatakan protokol Sulu atau Aturan Perlantikan Kesultanan Sulu?

Sebenarnya protokol Sulu dikenali sebagai TARITIB SULU yang ketika dulu ditulis kemudian disimpan oleh para Datu atau Syarif Tausug sebagai panduan kepada ahli Rumah Bichara melantik Sultan Suluh yang sah. Sebenarnya Protokol Sulu sekali pun kita tidak membacanya dari simpanan para Datu tetapi kita masih boleh mengesannya dengan melihat sejarah perjalanan Kesultanan Sulu semenjak ia bermula pada 1405 M sehingga kemangkatan Sultan Sulu terakhir pada 1936.

Ini bermakna Protokol Sulu terdapat dalam dua keadaan iaitu Protokol Ditulis dan Protokol Tidak Ditulis. Protokol utama seseorang layak diangkat oleh rakyat menjadi Sultan Sulu yang memerintah mereka ialah antaranya,

  • PERTAMA: Beliau adalah seorang Sayyid @ Syarif (Ahlulbait Rasulullah SAW @ Bani Hasyim) dalam masa yang sama keturunannya adalah dari darah kesultanan yang pernah memerintah yang dipanggil DATU.
  • KEDUA: Para Datu dan Syarif dalam Rumah Bichara serta rakyat jelata bersetuju melantik beliau sebagai Sultan Sulu. Rakyat perlu menghadiri upacara tersebut sekurang-kurangnya 5,000 hingga 10,000 kehadiran bukan hanya 50 ke 60 orang sahaja.
  • KETIGA: Beliau diangkat @ ditabal jadi Sultan Sulu mesti di Tanah Sug (Jolo, Lupa’ Sug) bukannya di luar seperti Tawi-Tawi, Basilan dan sebagainya. Sekiranya diangkat di luar Lupa’ Sug kerana risaukan keselamatan dan sebagainya maka dia dianggap tiada pengikut yang berani mempertahankan dirinya. Tidak mungkin beliau dinamakan Sultan Sulu tetapi Sultan mengikut nama tempat beliau diangkat (Sultan Manila gelarannya kalau ditabal di Manila, bukan Sultan Sulu).
  • KEEMPAT: Beliau mestilah kerakyatan Tausug Sulu bukan rakyat negara lain demikian dengan rakyatnya yang memang tersedia sebagai rakyat Tausug Sulu.
  • KELIMA: Mendahului mendaftar tanda kerakyatan dan kelahiran penduduk.
  • KEENAM: Mempunyai Bendera sendiri dari Sultan Sulu terakhir.
  • KETUJUH: Baligh, waras dan cukup sifat (bukan cacat atau sakit) dan beliau seorang Islam.

Kegagalan melengkapi 7 perkara Protokol Utama di atas beliau bukanlah Sultan Sulu yang layak dan sah. Maka sudah tentu kalau ada yang mengaku sebagai Sultan Sulu di masa-masa akan datang di Sabah atau di Semenanjung Malaysia tanpa kelayakan di atas maka janganlah dirisaukan.

  • HURAIAN 2 ELEMEN: Kaedah asas kelayakan menjadi Sultan Sulu

Apakah dengan hanya cukup memiliki dan tersenarai dalam Salasilah Kesultanan Sulu maka anda sudah layak di tabal menjadi Sultan Sulu? Sedarkah anda sepupu-sepipit anda (Keluarga Diraja Sulu) sudah beribu-ribu orang ramainya yang juga tersenarai dalam salasilah? Apakah dengan memeliki barang-barang warisan berupa ceret, mohor, bendera, keris, baju atau seluar dalam (Spender) moyang anda yang pernah menjadi Sultan Sulu maka anda sudah layak menjadi Sultan? Sedarkah anda bahawa barang-barang peninggalan tersebut hanyalah sesuai diletak dalam muzium antik negara?

Sedarkah anda bahawa setiap Sultan Sulu yang naik akan membuat mohor dan bendera baru sebagai tanda “Sultan telah berganti”? Simpanlah barang-barang peninggalan moyang anda atau beri sahaja ke Muzium Brunei sebagai bahan khazanah Kesultanan Sulu yang bersaudara dengan Kesultanan Brunei yang insyaAllah anda akan diberi honorarium paling sedikit pun RM60,000? satu barang oleh Pusat Sejarah Brunei Darussalam. Apakah dengan adanya bisikan-bisikan wasiat dari moyang anda yang pernah jadi Sultan Sulu bahawa keluarga anda lah yang sepatutnya naik jadi Sultan maka anda pun terus menjerit “Betalah Sultan Sulu sebenar yang paling sah”?

Sedarkah anda, telah tertulis dalam buku-buku sejarah Kesultanan Sulu bahawa para Datu naik jadi Sultan kerana mereka disokong oleh para Datu dan Panglima serta para Nakhoda (Nakura’) yang mana mereka ini pula mempunyai ramai TINDUG (Pengikut)? Tanpa tindug tiada erti bisikan pewarisan. Tanpa pengikut tidak akan tertubuh kerajaan. Apakah yang dikatakan pengikut atau tindug?

  • TINDUG dalam bahasa Sulug bermaksud “berdiri”. Sebagai contoh mengarahkan seseorang berdiri “Tindug kau!” bermaksud “Berdiri lah engkau!”. Tetapi akan berubah maksudnya sekiranya menyatakan “Tindug ku” bermaksud “Pengikut ku”. Tindug dari segi bahasa ialah berdiri yang punya pendirian untuk menyokong, membela, bersatu dengan apa pun keadaan yang menimpa. Tindug boleh terdiri dari keluarga, sahabat atau pekerja atau pun juga hamba.

Maka elemen pertama terpenting dalam Kesultanan Sulu ialah TINDUG kerana Tindug lah yang bakal menjadi rakyatnya. Tindug pula tidak boleh hanya berjumlah 500 orang kerana dengan jumlah yang hanya sedikit itu tidak akan dapat pertahankan Sultan dan negara. Jumlahnya mesti sekurang-kurangnya 20% dari populasi setempat yang boleh dilihat sebagai satu kekuatan yang sukar digugat. Elemen kedua terpenting ialah, dapat membentuk pentadbiran (mengurus) kerajaan Kesultanan.

Maka sebab itu, tindug itu tadi tidak boleh hanya satu golongan, sebagai contoh kalau tindug hanya golongan petani tanpa ada golongan pakar pentadbir dan pakar ekonomi serta mereka yang pandai merancang dan sebagainya negara akan pincang dan kucar-kacir. Kesultanan Sulu dahulu bertahan kerana elemen pentadbirnya cukup lengkap dan kuat. Sebagai contoh ialah Kesultanan Malaka pada abad ke-14 yang rata-rata sebahagian besar pentadbirnya ialah orang-orang Tausug sendiri.

Malaka adalah gambaran bagi sistem Kesultanan Sulu yang awal. Kalau Malaka ada Shahbandar, Tumanggung, Maharaja Lela dan sebagainya Kesultanan Sulu juga ada. Istilahnya pun sama. Sebab itu mengapa “Sultan Sulu” tidak boleh jadi Sultan tanpa tindug atau pengikut yang ramai dan lengkap untuk mentadbir negara.”

Ringkasan dua elemen yang boleh mengesahkan SULTAN SULU ialah,

  • Elemen pertama: Tindug (Pengikut).
  • Elemen kedua: Kerajaan (pentadbiran negara yang berfungsi).

Tanpa ada dua perkara di atas, walau pun gelaran anda “Sultan segala Sultan” namun anda sebenarnya hanya Individu Sultan yang tiada apa-apa. Sebab tu anda meraung, menjerit, melalak dalam media massa bahawa andalah Sultan Sulu sebenar tidak akan didengar atau diberi layanan malah anda akan digelar sebagai “Keturunan Sultan Sulu yang gila kuasa” yang jahil lagi bodoh. Tindakan anda meletak gambar di internet sebagai Sultan Sulu pun hanya akan dilihat sebagai “Anak Datu yang sudah kehilangan maruah”. Buktikan dahulu anda mempunyai Kerajaan dan rakyat, ketika itu tidak perlu melalak, mereka yang akan datang berlutut dan menyembah.

HURAIAN 7 ELEMEN SULTANIYAH
Sebelum penulis menyenaraikan 7 elemen Sultaniyah adalah lebih baik disenaraikan dahulu pra-syarat kelayakan menjadi Sultan Sulu. Pra-syarat tersebut ialah,

  • Bangsawan (berbangsa, nasab keturunannya mulia dan disegani. Kalau bukan keluarga para Datu, keluarga Syarif @ Syed juga boleh atau pun para pembesar negara atau pahlawan yang disegani),
  • Halimawan (harimauan, maksudnya berani. Berani menghadapi segala cabaran sekali pun melibatkan darah dan nyawa),
  • Ilmawan (mempunyai ilmu yang tinggi. Watak serba boleh: boleh berceramah dan berkomunikasi di khalayak sehingga mampu menawan hati-hati manusia. Boleh mendamaikan dua pihak yang bertelagah. Mempunyai pengetahuan Agama dan siasah),
  • Altawan (kaya dan berkemampuan dari segi masa, tenaga dan harta. Kaya dengan pengikut dan sokongan rakyat),
  • Rupawan (Berpenampilan dan berketerampilan, masih muda belia atau berupaya mengurus dan mentadbir).
  • Ummulan (Bijak mengisi usia dengan amal kebaikan, kebajikan, ihsan, ibadah dan keadilan).
  • Ugduk-Hula’ (Dipercayai, diyakini, dikasihi, dihormati sebagai seorang pemimpin kepada pengikutnya. Bukannya pembohong, penipu, buruk-siku, putar belit hinggakan rakyat tidak sanggup menjadi rakyatnya).
Antara tanda Sultan Sulu yang sah ialah berani dan berjaya memacak Bendera Rasmi Bersejarah Negara Sulu itu di tanah tempat baginda ditabal menjadi Sultan tanpa diiringi oleh bendera negara lain. Tanda sebagai negara merdeka tidak terjajah.

Para pengaku Sultan Sulu hari ini biasanya berjaya di bahagian BANGSAWAN kerana sememangnya mereka adalah para Datu Diraja Sulu malah ramai antara mereka yang kaya dan berharta (Hartawan) tetapi gagal pada Halimawan dan Ilmawan. Sebagai contoh, berapa ramai para pengaku Sultan Sulu yang bermunculan tetapi tidak ada satu pun yang berani berkempen membawa manusia berarak mengangkat bendera selama beberapa tahu berturut-turut di tengah Bandar Jolo “memperkenalkan semula kemerdekaan”. Berarak memerlukan keberanian, kesungguhan, kos yang besar dan kebijaksanaan mengatur manusia yang berterusan. Maka janganlah berangan-angan jadi Sultan Sulu kalau tiada “7 pra-syarat” di atas. Berikut adalah 7 elemen Sultaniyah

  • Tanah Jajahan.
  • Rakyat (memilih Amir mereka secara Syura).
  • Sultan (Khalifah @ Amirul Mukminin).
  • Kerajaan (Adil dan saksama tanpa mengira darjat keturunan).
  • Undang-undang Syari’ah (Al-Quran & As-Sunnah).
  • Matawang Dirham “Perak” & Dinar “Emas” (Wang kertas diharamkan kerana mudah dimanipulasi, intrumen kepada riba serta mempermudah inflasi).
  • Bala tentera yang beriman dan bertaqwa (Latihan tentera mengikut kaedah Islam sebagaimana tentera Sultan Muhammad Al-Fateh yang telah diisyaratkan oleh satu Hadith “Sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik tentera”).

Berbeza dengan Element of the State (International Law) iaitu,

  • People,
  • Teritory,
  • Sovereignty,
  • Government,
  • Recognition.

Untuk melengkapi segala elemen di atas terutama yang penulis namakan sebagai elemen Sultaniyah adalah sangat penting. Sebab itu mengapa Kerajaan Sulu dinamakan sebagai “Sultanate of Sulu Darul Islam” yang bermaksud Kerajaan Sulu yang dipimpin Sultan serta mengamalkan undang-undang Syariah. Undang-undang Syariah bukan sahaja dikenakan terhadap rakyat sekiranya bersalah malah Sultan sekali pun akan dihukum sesuai dengan peruntukan Syariah.

Rasulullah SAW sendiri pun telah menyatakan akan memotong tangan Sayyidatina Fatimah r.a. sekiranya beliau didapati bersalah mencuri. Sayyidina Umar Al-Farouk pun sama, beliau rela dihukum dengan mata pedang sekiranya tersalah tadbir maka dimanakah kekebalan SULTAN dalam undang-undang Syariah? Inilah keadilan Islam. “Sultan” sebenarnya adalah fungsi sebagai ketua kerajaan Islam berlandaskan Syariah dalam konteks moden hari ini.

Tanpa Sultan sebagai pemimpin ia tidak boleh dipanggil “Sultanate”, panggilan yang sesuai ialah Republik. Sebab itu kerajaan “Sultanate” tidak boleh dipimpin oleh Prime Minister yang mana kuasa penentu berada ditangannya. Ini yang berlaku di Malaysia dan kerajaan Republik yang menggunakan sistem Presiden. Jawatan Prime Minister dengan Presiden adalah sama dan mereka lah sebenarnya yang dinamakan “Sultan” (fungsi) kerana berkuasa menandatangani segala urusan negara.”

Nama “Sultanate of Sulu” bukan semata-mata “Kerajaan” tetapi satu gabungan elemen Islami yang mana Sultan adalah sebahagian elemen terpenting terbentuknya Kerajaan Islam “Sultanate”. Inilah yang tidak difahami oleh para individu pengaku Sultan Sulu hari ini. Mereka hanya “melihat” diri mereka yang sudah diangkat menjadi Sultan Sulu tanpa bertindak melengkapkan semua elemen untuk membentuk “Kerajaan Sulu”. Keyakinan mereka bahawa “kalau sudah ada sultan yang benar (kerana menganggap dirinya benar) maka Filipina dan negara lain akan mengiktirafnya” sebagai ketua negara Kerajaan Sulu.

Tetapi setelah beberapa ketika mereka mula kecewa, jangankan pengiktirafan malah setengah kes “Sultan Sulu” diugut akan ditangkap dan dipenjarakan oleh negara lain yang dikunjunginya. Maka, kalau anda mahu menjadi Sultan Sulu perlulah memahami 7+7 elemen di atas dan merealisasikannya dalam gerakan anda. Kalau anda kurang yakin dapat melakukannya maka jalan terbaik ialah masuk menyertai gerakan yang sudah sedia ada yang tentunya jauh lebih berjaya dari gerakan anda……

Satu lagi yang paling penting gerakan TC (Tausug Citizens) bukannya gerakan untuk “Menuntut Sabah” kerana kedudukan Sabah telah pun difahami. Kita sangat mengharapkan Kerajaan Malaysia dan Filipina serta Indonesia memberikan kerjasama kalau tidak pun kerana seagama sekurang-kurangnya kerana “serumpun”. Wallahu’alam.

Sdr: Asree Sug

About 2000N
Firdaus Azinun 20 February - Ulitsa Volgina, Moscow

21 Responses to Impak Kemunculan ‘Sultan-Sultan’ Sulu Di Malaysia

  1. jebat noor says:

    suluk dan tausug bukan bajau..bajau seperti kami tdk perlu ic palsu dan memeang ori sabahan..tausug dan suluk atau bangsa pelipin yang lain sering mengaku mereka bajau..mereka datang ke sabah membawa masalah yang cukup b esar..kalau kerajaan tidak ambil tindakan apada akjan yang mewujudkan masalah ini maka tiada guna kerajaan sekarang di bawah teraju dato najib.Hanya kerana pendatang semacam akjan satu malaysia takut?Akjan perlu ditangkap dan ditarik warganegaranya..Hishamuddin sudah pondankah?Umno aan hancur berkubur dengan akjan kalau tidak ada tindakan terhadap akjan …Tunggu dan lihat..

    • Saiful Ahmad Johor Baharu says:

      Saya adalah kaum bumiputra sabah yang lahir di Sandakan sabah. keturunan Al habib salasilah dari ibu hadarmaut yaman susur jalur kesulatan kalimatan Habib husin al qadiri dan bapa sulu … sharif datu… namun kami tidak pernah terpaggil untuk membincangkan tentang KESULATAN SULU…… bagi kami yang faham tentang icderita ni adalah SULTAN BERUNAI hingga kini………. tentang ( Datu )akjan dia dari awal awal adalah budak yang berkerja sebagai tukang kutip tiket bas atau pemandu bas sandakan kk sandakan pada tahun 70 an…… selepas itu dia telah berkawan baik dengan salah seorang kuat setiausaha politik menteri nombor 1 negara semasa UMNO berkembang di Sabah……… lepas tu dia dah tukar IC letak Datu ………dan dia konon konon nya telah diberi kuasa beri kan IC pada pendatang haram dan jual sijil beranak akuan surat sumpah…. Kalau nak tanya Datu akjan….TANYA SEKOLAH RENDAH DIMANA….. SEKOLAH MENENGAH DIMANA…. KOLEJ DIMANA…. UNVERSITI DIMANA………. di jawab Di LIKas…. atau Lahad datu …. Unversiti Haji Muda………..DULU POLIS TANYA KAU TINGGAL DIMANA ketika itu road bock………. TUAN SAYA MENINGGAL DI KG LIKAS……. abis pendatang haram dapat IC …………… Kawan Hisamuddin jangan tunggu lama guna ISA…………..

    • Anonymous says:

      oiiiii palao samal bangsa kaw tu kuli d zaman sultan sulu ………asal bajau dri pilipin jga ..jgan ko tembiran……..ko tak bljar ke sjrah d skolah atau ko ni bajau pilipin…..yg mmg dari pilipin .kayu……..

    • Anonymous says:

      jebat noor buat ape nak melalak klu ko tak buat salah..biasanya org yg melalak ni takut salahnye terbongkar..janganlh ganggu singa yg sedang tidur kang singa 2 bangun lintang pukang plk ko lari..hahahaha

    • Anonymous says:

      Ha3, bajau perasan.
      Sabah bukan milik Sulu tapi satu pertiga saja, selebihnya brunei yang punya. Saya kumpulan tausuq yang berada di Sabah sewaktu penubuhan Malaysia. Datuk, Pakcik2 dan bapa saya terlibat dalam menentang penjajah British dan Jepun.
      Tidak hairanlah rakyat sultan sulu ramai berada di Sabah sebab itu kesan wlayahnya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemasukan Tausuq yang baharu dalam beberapa dekad ini memberi impak yang lain kepada masyarakat Sabah kerana budaya dan cara hidup mereka agak kasar sedikit mungkin disebabkan kekurangan ilmu pendidikan dan tekanan hidup yang sentiasa dalam peperangan. Saya berpendapat satu penyelesaian menang-menang wajar direalisasikan.
      Pada hemat saya wilayah satu pertiga kesultanan sulu di Sabah sangat realistik berada bersama Kerajaan Malaysia berbanding kerajaan Filipina, Indonesia dan Brunei. Malaysia negara yang indah, aman, harmonis, berdaya saing, selamat dan contoh negara Islam moden berbanding negara jiarannya. Saya tausuq yang bangga bersama kerajaan Malaysia, berkat kemakmuran Malaysia saya berjaya memperolehi Ijazah dan Master dari Universiti Malaya. TQ Malaysia

  2. panglima uddang says:

    salam tuan begini…syg sgt setuju dgn text yg tuan tulis nh…..betul bnyk…..keturunan datu d sabah sampai sy pon sendiri mempunyai nama gelaran datu…..dan bg saya bajau ialah suluk ini mmg sama mksd sy dr segi budaya tidak laa seperti bajau sama@ kota belud mmg tidak termasuk…..dlm golongan suluk….sebenarnya mmg ada kalau kita kaji balik……mmg bersangkuat paut….bah…apa pon seperti yg tuan ckp sy ingin mengikut gerakn tuan

  3. smilejagat@gmail.com says:

    asalnya sama sahaja..bajau berevolusi mengikut dimana dia tinggal dan keadaan. keistimewaan bajau adalah mudah mengikut. tidak hairanlah kenapa bajau banyak jenis.apapun kembalilah kepangkal jalan.

  4. Anonymous says:

    mmg pun suluk/tausug bkn bajau… jebat noor bertaubat lah!!! engkau tak blh bawa ke dalam liang lahad ori sabahan kau tu… insaf lah… di sabah kau bajau di pilipin kau samal…. palau luwaan arong sihi…

  5. Anonymous says:

    tapi paling heran bangsa sungai pun ada orang suluk cakap dari pilipin……….
    tapi tiada bukti pun bangsaku berasal dari sana.

    • Msraisa says:

      mmh asal keturunan sungai sebenarnya brasal dr filipin,tausug..Maksud taosug ialah “org sungai”..teapi penggunaan bahasa pd abad2 yg lalu mnjadikan segelintir tausug yg datang ke sabah digelar orang sungai.

  6. Pingback: Homepage

  7. kayzechKA says:

    Maaf saya bertanya..Siapakah Sultan Sulu yang sebenarnya? Saya dah puas google di internet tapi masih tidak mendapat jawapan sebenarnya. Untuk pengetahuan, saya bukan orang Sabah atau Sulu, tapi saya sekadar ingin mengambil tahu sejarah kesultanan dan siapakah Sultan Sulu yang sebenarnya…Wassalam

    • Anonymous says:

      keturunan sultan sulu masih ada tp kurang berkemampuan and tidak mahu menonjolkan diri..sbb ramai yg akan menganggap keturuanan sultan sulu yg ada ni hanyalh pembohong..lebih baik berdiam diri dari pada di gelar gila kuasa..sekian terima kasih..

    • cucu-cucu sultan tajul muluk yang hilang itu; 1.Datu Panglima Laja.
      2.Datu Panglima Juani( Joney )
      3.Datu Panglima Mambang
      4.Dayang Lubaini
      5.Dayang Jumdaini
      6.Dayang bulaini.
      Sultan Tajul Muluk adalah gelaran( Nickname)
      Sultan Jamalul Alam @Azam 1863-18812.dan anak-anaknya ialah Sultan Badaruddin ll.
      (1881-1884)dan Sultan Jamalul Kiram ll.
      1884-1936.(duduk ditakhta kesultanan sulu selama 52 tahun)dan mangkat di Tong Si Ambo-Ambo /Kg.Pantau-Pantau Pulau Bum-Bum semporna pada 6/6/1936.da dikebumikan pada keesokkan harinya iaitu 7/6/1936.Cucu-Cucu Sultan Tajul Muluk yang hilang itu adalah anak-anak Sultan Jamalul Kiram ll.(dalam beberapa maklumat yang ditulis oleh penulis-penulis tertentu termasuk Nickorlas Tarling bahawa” Sultan Jamalul Kiram ll tidak ada anak,adalah tidak benar”yang benar baginda ada anak,ia itu enam orang cucu-cucu Tajulmuluk yang hilang itu adalah anaknya.Dayang-Dayang Piandao pun mmemaklumkan baginda tiada anak hanyalah untuk mengaburi mata pemerintah pada masa itu sebab untuk keselematan anak-anak kemanakannya yang hilang itu.

  8. Aleeya Anis says:

    Sultan Sulu wujud bila rasa kehilangan identiti diri dan rakyat.. Mainan politik sahaja..Pedulikan sahaja

  9. greatman from semenanjung says:

    kita satu Malaysia…

    • Anonymous says:

      Alu rayang kenapa si akjan sudah jadi sultan…kan dia org siasi…bila dia jadi doktor dan dimana dia bljar….kalau tak tau sejarah sultan..bagus diamlah….sultan sulu pergi balik sulu…disabah ani sultanya tak da tinggalkan pewaris takhta….anak anaknya pun tak rebut kuasa…cicitnya banyak tapi tak mau pun jadi sultan….yang mengaku sultan sabah atau sulu ni semuanya kurang siuman barangkali…..bagus bertaubatlah…selagi gunung kinabalu masih tegak berdiri…jangan mimpi nak dapatkan hak disabah…..

  10. Barbarossa_brothers says:

    salam, info yang baik, cuma kalau boleh info yang tertulis di atas (Sebagai contoh ialah Kesultanan Malaka pada abad ke-14 yang rata-rata sebahagian besar pentadbirnya ialah orang-orang Tausug sendiri.) perlu di selidiki lagi… tidak ada fakta/bukti -(cth-catatan sejarah lama, artifak, dsb) sejarah sahih, walaupun begitu saya menghormati perjuangan saudara Asree sug..

  11. Anonymous says:

    Byk keturunan suktan sulu asli masih wujud tapi x menunjuk sbb eko x menonjol dan satu lagi bahagia duduk di sabah sudah…

  12. uruslah dapurmu sendiri saudara,,tetangga jadi penonton lah,,

  13. Anonymous says:

    Sabah bukan milik Sulu tapi satu pertiga saja, selebihnya brunei yang punya. Saya kumpulan tausuq yang berada di Sabah sewaktu penubuhan Malaysia. Datuk, Pakcik2 dan bapa saya terlibat dalam menentang penjajah British dan Jepun.
    Tidak hairanlah rakyat sultan sulu ramai berada di Sabah sebab itu kesan wlayahnya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemasukan Tausuq yang baharu dalam beberapa dekad ini memberi impak yang lain kepada masyarakat Sabah kerana budaya dan cara hidup mereka agak kasar sedikit mungkin disebabkan kekurangan ilmu pendidikan dan tekanan hidup yang sentiasa dalam peperangan. Saya berpendapat satu penyelesaian menang-menang wajar direalisasikan.
    Pada hemat saya wilayah satu pertiga kesultanan sulu di Sabah sangat realistik berada bersama Kerajaan Malaysia berbanding kerajaan Filipina, Indonesia dan Brunei. Malaysia negara yang indah, aman, harmonis, berdaya saing, selamat dan contoh negara Islam moden berbanding negara jiarannya. Saya tausuq yang bangga bersama kerajaan Malaysia, berkat kemakmuran Malaysia saya berjaya memperolehi Ijazah dan Master dari Universiti Malaya. TQ Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 106 other followers

%d bloggers like this: