Imam Mahdi as, Nabi Isa as, Yakjuj dan Makjuj & Dajjal al-Masih
January 10, 2011 1 Comment
Keterangan disebutkan oleh hadith Rasulullah saw dalam kitab ‘Isya’ah li Ishratissa’ah’ ~ Tanda-tanda Kiamat halaman 130 dan 152, karangan Asy Syeikh Muhammad bin Abdu Rosul bin Abu Said al Alawi al Hussaini, berketurunan nasab Saidina Hussain binti Fatimah rda yang bermazhab Shafie.
Kitab yang siap cetak pada 1076 Hijriah ~ 1655 Masihi.
Beliau tanggal lahir pada sama dengan kelahiran Rasulallah saw yaitu 12 Rabiulawal 1040 Hijriah ~ 1619 Masihi di daerah bernama Zakoq, Madinah. Wafat pada Isnin 1103 Hijriah ~ 1682 Masihi dan dimakamkan di Permakaman Baqi’, berdekatan dengan dengan kuburnya Saidina Abbas bin Abdul Mutholib, bapa saudara Rasulullah saw.
Kitab ini menyebutkan…….
1. Imam Mahdi as dilahirkan di Madinah dan dibai’ah di depan Kaabah.
2. Nabi Isa as akan turun di Menara Putih, Masjid Umaiyah di Aleppo, Damsyik Syria.

Perkarangan Masjid Umaiyah di Aleppo, Damascus (Damsyik) Syria. Kelihatan dalam photo di bahagian kiri, Menara Putih.
3. Dajjal alMasih itu keluar dari kampung Rastaha di daerah Esfahan, Iran.
4. Manakala Yakjuj dari pergunungan Anatolia, Turkey.
5. dan Makjuj dari Bandar Dailam di Wilayah Bushehr, Iran. Mereka adalah dari keturunan Yafith bin Huh.






suatu yang interesting…maha suci allah!